Imam Marajukin L. Ahad

Leftenan Muda Imam Marajukin L. Ahad dilahirkan pada 9 April 1918 di Mantabuan/Tawi-Tawi, Filipina. Leftenan Muda Imam Marajukin L. Ahad telah berkhidmat dari tahun 1941-1946 semasa Perang Dunia Kedua dengan nombor perkhidmatan 209264. Pentadbiran Ketenteraan Phi-USA secara rasmi melantik Imam sebagai Ketua Platun Askar Phi-USA di North Borneo & Ketua Gerila Sulu di negeri tersebut era Perang Dunia Kedua. Beliau juga merupakan perancang utama dalam Pemberontakan Double Tenth. Imam Marajukin yang ditugaskan oleh Pentadbiran Ketenteraan Phi-Us ketika itu [1] berganding bahu dengan rakannya dalam Gerila Kinabalu pimpinan Dr Albert Kwok dan beberapa pemimpin kanan yang lain. Beliau diarahkan oleh Pentadbiran Tentera Filipina-Amerika ke Borneo Utara pada Julai 1943 hingga akhir 1944 bagi membantu penentangan Jepun ketika itu. Banyak terlibat dalam aksi perang kombat sekitar Sabah termasuk di Jesselton, Inanam, Tuaran, Kota Belud, Labuk Sugut, Sandakan dan Lahad Datu. Sandakan adalah tempat pertama beliau bertempur. Banyak penglibatan aksi kombat beliau dan beberapa orang rakan di kalangan askar Phi-US serta masyarakat setempat di daerah tersebut. Sedikit latar belakang beliau :

Iman Marajukin menyertai perkhidmatan dengan tentera Amerika Syarikat/Filipina pada 18 Disember 1941. Dia akhirnya berkhidmat sebagai Sarjan dengan Kompeni Pengganti ke-2, Batalion Pengganti Pertama, Tentera Filipina. Dia kemudian bertugas dengan Pasukan Kedua, Regimen Infantri ke-125, Divisyen Ketenteraan ke-10 di Bato-Bato. Dia terbabit dalam kempen di Borneo Utara, Sabah, Kepulauan Sulu, Kepulauan Filipina, Tawi-Tawi dan dalam Kempen bagi Leyte. Sebelum bersara pada 15 Mac 1946, dia berkhidmat sebagai Leftenan Muda, dan bertugas dengan Kompeni H, Batalion ke-2, Regimen Infantri ke-2 di Bongao, Filipina.

Nama sebenarnya Imam Marjukin bin Mohammad Ahad dilahirkan pada 09 April 1918 di Tapian Bohey, Mantabuan, Filipina. Berketurunan Arab dan Bajau (dari sub etnik Sikubong) di sebelah bapa manakala ibunya berdarah Suluk/Cina.Beliau dengan rasminya menganggotai tentera Bersekutu, USAFFE (U.S. Armed Forces in the Far East) yang beribu pejabat di Mindanao, Filipina pada 18 Disember 1941 dan memegang tag nombor 209264 Infantry semasa Perang Dunia Kedua dengan pangkat Sarjan. Turut dikenali dengan nama Imam Jamalul a.k.a. Imam Illawwah.

Ditugaskan sebagai salah seorang perajurit Filipina-Amerika yang beribu pejabat di Bato-Bato bagi kawasan selatan Filipina dengan nama 209264 Sgt. Imam Marajukin L. Ahad.Mulanya beliau ditempatkan dalam 2nd Replacement Co. 1st Replacement Battalion, Philippine-America Army, Apo #72 di San Jase, Leyte, Filipina. Kemudian diberi tanggungjawab besar dalam Divisyen Loc. Section No. 3 Team II Apo 707 di bawah 125th Infantry Regiment 10th Military District, Bato-Bato HQ. Banyak siri peperangan dan misi khas yang diarahkan oleh Pentadbiran Ketenteraan Phi-USA ketika itu kepada Leftenan Muda Imam Marajukin antaranya ;

Battle Of Leyte, Battle of Manuk Mangkaw, Penentangan secara gerila di North Borneo, Pemberontakan Double Tenth, Battle Of Pacific Theatre, Battle Of Philippine Island, Battle Of Sulu Archipelago, Battle Of Mindanao, Battle for Tawi-Tawi dan New Guinnea Campaign.

Beliau telah dianugerahkan 5 buah pingat dan beberapa buah lencana (insignia) daripada kerajaan Amerika Syarikat kerana penglibatan cemerlang dalam bidang ketenteraan menentang musuh semasa Perang Dunia Kedua. Kerajaan Filipina turut menganugerahkan 3 butir pingat dan lencana penghormatan kepada beliau dalam membantu Filipina dan Amerika Syarikat menentang Jepun di sekitar Kepulauan Filipina dan Sabah.

Dia juga berhak dianugerahkan U.S. Presidential Unit Citation (Amerika Syarikat), Pingat Pembebasan Filipina dan Pujian Unit Presiden Filipina ("Philippine Presidential Unit Citation").

Pingat yang diperolehi sunting

  • Bintang Gangsa ("Bronze Star - BS")

Pangkat Serjan, diberikan pada 21 Disember 1954, bagi pencapaian terbaik dalam operasi darat menentang musuh dalam Operasi mdan Pasifik, semasa Kempen Leyte.

Gambaran sunting

Pingat Bintang Gangsa kedua dalam bentuk gugusan daun oak untuk dikenaan pada riben Bintang Gangsa pertama. Ia dikurniakan sebagai Bintang Gangsa kedua tetapi yang pertama diterima.

  • Bintang Gangsa ("Bronze Star - BS")

diberikan pada 31 Disember 1954, bagi keberanian dalam operasi kombat di darat sekitar Borneo, Tawi-Tawi, Kepulauan Sulu dan Kepulauan Filipina.

  • Bintang Ungu ("Purple Heart")

diberikan pada 31 Disember 1954, bagi kecederaan sebasa bertugas pada 27 Januari 1945 di Kepulauan Filipina.

  1. PURPLE HEART (PH-USA)
  2. WWII BRONZE STAR (BS-USA)
  3. THE BRONZE STAR MEDAL (FIRST OAK-LEAF CLUSTER-USA)
  4. ASIATIC-PASIFIC CAMPAIGN MEDAL (USA)
  5. WORLD WAR II VICTORY MEDAL (USA)
  6. COMBAT INFANTRYMAN BADGES (FIRST AWARD)-(USA)
  7. US ARMY & AIR FORCE PRESIDENTIAL UNIT CITATION (USA)

Pingat Anugerah Kerajaan Filipina :

  1. THE MILITARY MERIT MEDAL
  2. THE PHILIPPINE INDEPENDENCE MEDAL
  3. THE PHILIPPINE LIBERATION MEDAL
  4. THE PHILIPPINE PRESIDENTIAL UNIT CITATION

Setelah tamat Perang Dunia Kedua dan Jepun menyerah kalah kepada Amerika Syarikat pada tahun 1945, beliau menyambung tugasan di bawah pentadbiran Co.’H”, 2nd BN., 2nd Infantry Regiment, yang beribu pejabat di Bongao. Tidak lama selepas itu, beliau telah memilih untuk bersara dari bidang ketenteraan pada 15 Mac 1946 dan menyambung kehidupan di Sabah.Bertitik tolak dari itu, pentadbiran ketenteraan Filipina-Amerika Syarikat telah menganugerahkan pangkat Leftenan Muda (2nd Lieutenant) bagi menghargai jasa dan pengorbanan dalam penglibatan cemerlang beliau semasa Perang Dunia Kedua dari tahun 1941 – 1946 yang membantu tentera Bersekutu di sekitar Kepulauan Filipina, Kepulauan Pasifik, Tawi-Tawi dan juga di Borneo (Sabah). Setelah bersara daripada dunia ketenteraan, Imam Marajukin banyak menghabiskan sisa-sisa hidupnya mengajar fardhu ain kepada masyarakat setempat di Daerah Semporna. Beliau menghembuskan nafas yang terakhir pada 25 Disember 1972.

Rujukan : sunting

  1. ^ [buku rujukan Sejarah Malaysia Bab Nasionalisme'
  1. AHAD, Iman Marajukin L.
  2. www.wwiimemorial.com
  3. www.thepurpleheart.com
  4. The Japanese Occupation of Borneo, 1941-45 By Keat Gin Ooi
  5. Carian di Google Books.
  6. Sijil-Sijil Penganugerahan Kerajaan Amerika Syarikat Semasa Perang Dunia Kedua.
  7. Pingat-pingat Penganugerahan Kerajaan Amerika Syarikat dan Filipina.
  8. Buku Catatan 2nd Lieutenant Imam Marjukin L. Ahad.
  9. Buku rujukan Sejarah Malaysia Tingkatan 6 dan Sejarah Malaysia IPTA & IPTS