Siti Nur Alyssa Sahabudin atau lebih dikenali sebagai Iman Troye (lahir 25 Disember 2002) merupakan seorang penyanyi, model dan personaliti media Malaysia.[1] Beliau mula meraih pengiktirafan meluas menerusi single sulungnya, "Teman" mempunyai jumlah tontonan di YouTube sebanyak 20 juta melalui muzik videonya dan lagunya telah distrim sebanyak 1.5 juta melalui Spotify. Beliau juga merupakan peserta daripada rancangan nyanyian yang disiarkan oleh TV3, iaitu I Can See Your Voice Malaysia musim kedua pada 2019.[2][3]

Iman Troye
Kelahiran
Siti Nur Alyssa binti Sahabudin

(2002-12-25) 25 Disember 2002 (umur 21)
Pusat pendidikanUniversiti Teknologi MARA (UiTM)
PekerjaanPenyanyi, model, personaliti media
Tahun aktif2018–kini
Kerjaya muzik
Genre
InstrumenVokal
Syarikat rakaman
XO House
Pengkarya berkait
Naim Daniel, Danial Chuer

Kerjaya

Iman Troye memulakan kerjaya awal sebagai model sambilan untuk jenama pakaian Muslimah tempatan, Leeyanarahman.[1] Selain itu, beliau juga memuat naik nyanyian lagu sadurannya di media sosial.[1] Bakat nyanyian yang dimilikinya membolehkan beliau mendapat jolokan sebagai 'Nabila Razali 2.0' kerana vokalnya yang hampir serupa dengan Nabila.[4] Beliau juga ialah salah seorang daripada para peserta I Can See Your Voice Malaysia musim kedua di TV3.

Beliau melancarkan single sulungnya, "Teman" pada 25 September 2020.[5] Lagunya berjaya mengetepikan lagu "Cute (Stop Lah Being So Cute)" nyanyian Harith Zazman bersama MFMF dan Loca B, "Penat" oleh Andi Bernadee dan lagu duet "Terlanjur Cinta" oleh Hael Husaini dan penyanyi Indonesia, Cakra Khan sebagai antara lagu paling banyak distrim sepanjang awal Oktober 2020.[1][2]

Iman bersama-sama 15 artis berbilang kaum termasuk Layla Sania, Ariff Bahran, Priscilla Abby dan Henley Hii menyumbangkan suara untuk lagu patriotik sempena Hari Kemerdekaan negara ke-64 bertajuk "We Are One" hasil karya Teng Bee terbitan Multimedia Entertainment. Lagu ini diterbitkan bagi membangkitkan semangat rakyat Malaysia memerangi penularan pandemik COVID-19.[6]

Single ketiganya, "Nang" dikeluarkan pada Oktober 2021.[7] Pada November, wajahnya dipilih menghiasi papan iklan digital gergasi di Times Square, New York, Amerika Syarikat. Ini menjadikan Iman sebagai penyanyi bertudung Malaysia ketiga dan artis wanita tempatan keempat yang terpilih menjayakan kempen Equal yang dikendalikan platform muzik digital, Spotify untuk memupuk ekuiti dan mengetengahkan artis wanita dari seluruh dunia.[8]

Namanya semakin melonjak naik setelah menyertai pertandingan The Masked Singer musim kedua dengan bawaan lagu Kamelia. Pada tahun 2022, beliau muncul dengan single ketiga, "Harum Sundal Malam".[9]

Kehidupan peribadi

Iman Troye merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor.[1] Beliau mula dikenali dengan nama panggilannya 'Iman' sejak beliau berusia 14 tahun tanpa mempunyai perkataan 'Troye' di belakangnya.[1] Beliau mempunyai jumlah pengikut di Instagram seramai 985,000 pengikut.[2] Iman mendedahkan dalam satu temuramah bersama Astro Gempak bahawa beliau pernah ditinggalkan kekasih dan bernekad untuk berkahwin apabila usia menginjak 30 tahun.[10]

Beliau pernah menerima kejutan daripada penyanyi idolanya, Siti Sarah yang hadir ke sekolahnya bagi memberikan kata-kata semangat sewaktu beliau menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2019.[1][11]

Kontroversi

Beliau pernah mencetuskan kontroversi pada Mei 2020 kerana tindakannya berbaring atas pokok di sekitar kawasan River of Life milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) semasa menjayakan penggambaran jenama fesyen muslimah milik Leeyanarahman.[12][13] Tindakan beliau mengundang kecaman warganet yang menyifatkannya merosakkan harta benda awam, Iman dilaporkan memohon maaf atas tindakannya itu.[14]

Pada 25 Mei 2021, Iman Troye turut dikecam gara-gara tulisan ciapannya di Twitter yang bertulis “Happy 6.9K everyone. Congratulations." ("Selamat 6,900 semua. Tahniah. Harap esok dapat 7,000 [merujuk kepada jumlah kes harian pandemik COVID-19 di Malaysia ketika itu],”) tulisnya sambil menyindir kerajaan. Beliau dikecam teruk sehingga bertindak menyahaktif akaun Twitternya. Walau bagaimanapun, Iman enggan mengulas lanjut mengenai status hantaran Twitter tersebut.[15][16][17]

Diskografi

Single

Tahun Tajuk Kedudukan tertinggi
ERA FM Suria FM JOOX Lagu Bingitz ON-e
2020 "Teman" 15 1 1 1
2021 "Pejam Celik Hari Raya" - - - -
"Nang" - - - -
2022 "Harum Sundal Malam" - - - -
"Omong Kosong" - - - -

Single promosi

Tajuk Tahun Catatan
"We Are One" 2021 Lagu patriotik Hari Kebangsaan ke-64. Bersama Layla Sania, Jack Lim, Han Xiiao Aii, Ariff Bahran, Priscilla Abby, Yise Loo, Firdhaus, Juztin Lan, Pauline Tan, Henley Hii, Jie Ying, Daphne Low, Ztish El Nino dan Nadia Pang.

Filemografi

Televisyen
Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2019 I Can See Your Voice Malaysia (musim 2) Peserta TV3
2020 Gegar Vaganza (musim 7) Artis Undangan dalam pentas akhir bersama Nabil Ahmad dan Jihan Muse Astro Ria
Panggung Karoot Artis Jemputan Astro Warna
2021 Punchline DAC
Live Orchestra RTM TV2
Temasya Aidilfitri
Havoc Nak Raya (Edisi Raya) TV3
MeleTOP Astro Ria
2022 The Masked Singer Malaysia (musim 2) Peserta sebagai Aiskrim Roti Astro Warna
2023 Anugerah Juara Lagu ke-37 Finalis TV3

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya Tercalon Keputusan
2023 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 Penyanyi Wanita Popular Dirinya sendiri Tercalon

Rujukan

  1. ^ a b c d e f g "Biodata Penyanyi Iman Troye (Imantroye)". iluminasi.com. 22 Oktober 2020. Dicapai pada 22 Oktober 2020.
  2. ^ a b c Amri Hassan (20 Oktober 2020). "Pernah baring atas pokok DBKL, kini jadi penyanyi viral 2 juta, semak fakta menarik tentang Iman Troye". Astro Gempak. Dicapai pada 11 Disember 2020.
  3. ^ Sudirman Mohd Tahir (27 Oktober 2020). "Iman Troye luar biasa". Harian Metro. Dicapai pada 27 Oktober 2020.
  4. ^ Qarami Hashim (30 Oktober 2020). "Iman Troye dilabel Nabila Razali 2.0, ada juga kata seiras Emma Maembong! - "Lainlah... dia lagi cantik"". mStar Online. Dicapai pada 30 Oktober 2020.
  5. ^ Georgie Joseph (25 Oktober 2020). "Iman Troye tak sangka". Harian Metro. Dicapai pada 11 Disember 2020.
  6. ^ Najiy Jefri (26 Ogos 2021). "15 artis bersatu suara". Harian Metro. Dicapai pada 27 Disember 2021.
  7. ^ Alif Fadli Mohd Sori (24 Oktober 2021). "Iman Troye dan Nang". Utusan Malaysia. Dicapai pada 20 November 2021.
  8. ^ "Wajah Iman Troye pula di Times Square". Harian Metro. 18 November 2021. Dicapai pada 20 November 2021.
  9. ^ Ain Mahthir (16 Mac 2022). "Harum Sundal Malam Terbaharu Dari Iman Troye, "Lagu Ni Melekat Dlm Kepala!"". Himpunan Cerita Lawak. Dicapai pada 26 September 2022.
  10. ^ Hanafis Haris (11 November 2020). ""Tak cukup satu, tak apalah moga bahagia" - Ditinggalkan kekasih, Iman Troye mahu kahwin umur 30 tahun". Astro Gempak. Dicapai pada 11 Disember 2020.
  11. ^ "Beri Kejutan Untuk Peminat SPM, Siti Sarah Siap Pergi Ke Sekolah!". Astro Gempak. 8 November 2019. Dicapai pada 8 November 2019.
  12. ^ Nurfarhana Abdul Manan (10 Mei 2020). "Aksi Instafamous baring atas pokok dikecam". Sinar Harian. Dicapai pada 10 Mei 2020.
  13. ^ Amri Hassan (10 Mei 2020). "Rosakkan lanskap River of Life, netizen kecam jenama fesyen tempatan - "Gigih tu biarlah bertempat"". Astro Gempak. Dicapai pada 11 Disember 2020.
  14. ^ Shuhaniza Said (13 Mei 2020). "Posing sampai patah ranting pokok hiasan DBKL, pengurus pertahan ia aksi spontan selebriti Instagram - "Iman sedih... minta maaf"". mStar Online. Dicapai pada 11 Disember 2020.
  15. ^ Asyraf Roslan (26 Mei 2021). "COVID-19: Iman Troye mohon maaf gara-gara tweet 'Happy 6.9k'". Astro Awani. Dicapai pada 9 Oktober 2021.
  16. ^ ""Happy 6.9k Everyone!" Iman Troye Deactivates Twitter After Joking About Rising Covid-19 Cases". Hype. 24 Mei 2021. Dicapai pada 16 Mei 2022.
  17. ^ Mohammad Shahemy Azmi (25 Mei 2021). "Twitter Iman Troye 'hilang dari radar' selepas dikecam". Kosmo!. Dicapai pada 16 Mei 2022.

Pautan luar