Imbuhan kata kerja (bahasa Melayu)

Imbuhan kata kerja ialah satu perkataan yang me mengandungi dua benda:

Tiga suku kata

Per,men,mem,ter dan banyak lagi

Contoh perkataan imbuhan kata kerja ialah:

Peringatan Mencuci Memberi Terambil

AwalanSunting

meN-Sunting

Imbuhan awalan "meN-" menunjukkan perkataan tersebut ialah sejenis kata kerja yang membawa erti-erti berikut kepada kata dasar dalam sesebuah ayat aktif (subjek ayat menjadi pelaku), tidak kira transitif atau tak transitif:

  • melakukan perbuatan
    Siapakah yang mengetuk pintu?
  • membuat objek
    Saya membakar roti.
  • menjadi
    Tengok, dia sudah meradang.
  • mengeluarkan bunyi
    Harimau mengaum sekuat-kuatnya.
  • menghala ke arah
    Kereta menuju ke arah sana.

Awalan "meN-" berubah bentuk mengikut fonem pertama dalam kata dasar:

di-Sunting

Imbuhan awalan "di-" merupakan pengganti imbuhan "me(n)-" dalam ayat pasif (subjek ayat menanggung perbuatan). Bezanya, fonem pertama kata dasarnya tidak perlu diubah. Contoh:

  • Kuda menarik pedati. → Pedati ditarik oleh kuda.
  • Dia membawa dompet. → Dompet ini dibawanya.

beR-Sunting

Imbuhan awalan "ber-" menunjukkan perkataan tersebut ialah sejenis kata kerja yang membawa erti-erti berikut kepada kata dasar dalam sesebuah ayat aktif (subjek ayat menjadi pelaku), tidak kira transitif atau tak transitif:

  • memiliki
    Tauke berkereta mewah.
  • menghasilkan
    Pokok sudah berbuah.
  • menaiki
    Kami berbasikal ke sana.
  • mengikuti atau menghadiri
    Mereka berbincang dengan guru.
  • menganggap sebagai
    Saya berkawan dengannya.
  • dilakukan kepada diri
    Kita harus bertahan.
  • perbuatan saling berbalasan
    Mereka tengah berborak.

teR-Sunting

Imbuhan awalan "ter-" membawa erti-erti berikut:

  • tersedia ada
    Lamanya dia tertunggu di situ.
  • tidak sengaja
    Kereta terlanggar kancil.
  • menggambarkan keadaan
    Dia terkenang ibunya sewaktu di perantauan.

peR- dan mempeR-Sunting

Imbuhan awalan "per-" dan "memper-" hanya digunakan dalam kata kerja transitif. Imbuhan "per-" selalunya digunakan dalam ayat suruhan, sementara ayat biasa pula melengkapkannya menjadi "memper-". Kegunaannya adalah seperti berikut:

  • menjadikan lebih/bertambah
    Mereka sedang memperluas padang.
  • menjadikan makna perbuatan kata dasar sebagai kiasan
    Rakyat dilarang memperhamba kanak-kanak sebagai buruh kasar.
  • mendapat sesuatu
    Saya memperoleh 100 markah dalam ujian.

dipeR-Sunting

Begitu juga dengan awalan "meN-", awalan "memper-" dalam ayat pasif ditukar menjadi "diper-".

  • Ahmad memperbesar padang. → Padang diperbesar oleh Ahmad.
  • Dia memperoleh 100 markah. → 100 markah diperolehnya.

TahanSunting

-iSunting

ApitanSunting

Imbuhan apitan boleh digunakan pada kebanyakan kata kecuali kata Adjektif.

meN-…-iSunting

ke-…-anSunting

memper-…-kanSunting

imbuhan “memper-kan “digunakan pada kata dasar untuk menukarkan menjadi kata kerja dan digunakan selepas subjek.

Kerajaan memperlebarkan jalan raya

memper-…-iSunting

SisipanSunting

Lihat jugaSunting