Imigran ialah sebuah filem komedi drama Malaysia 1993 yang ditayangkan pada tahun 1993. Filem ini telah diarahkan oleh Nahar Akhbar Khan.[1]

Imigran
PengarahNahar Akhbar Khan
PenulisNahar Akhbar Khan
Dihasilkan olehAbdullah Omar
Dibintangi
Dikisahkan olehNahar Akhbar Khan
Muzik olehRoss Ariffin
Diedarkan olehExcellent Ventures
Tarikh tayangan
1993
Masa tayangan
100 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Sinopsis sunting

Mengisahkan Hisham (Imuda) yang mempunyai masalah kerapa kali datang lewat ke pejabat. Hisham diberikan cuti untuk mengurangkan tekanannya oleh majikannya, Puan Ramlah Jantan (Rozi).

Sementara itu, Faridah Sudiro (Nanu Baharuddin) seorang pekerja warga asing berasal dari Indonesia telah disahkan tamat tempoh visanya untuk bekerja di Malaysia. Pak Abu (Mahmud June) selaku majikannya berjanji akan memperbahrui tarikh visa Faridah secepat mungkin.

Suatu hari, Jimmy (Ahmad Busu) dan Daud (Sabri Yunus) telah datang ke kedai Pak Abu untuk menuntut hutang Boss (Rambo Chin). Tetapi keadaan menjadi huru hara ekoran tindakan kasarnya yang menyebabkan Pak Abu meninggal dunia. Mayatnya berjaya disembunyikan. Tetapi mereka ternampak akan kelibat Faridah yang melarikan diri selepas menyaksikan kejadian pembunuhan itu, lalu dikejarnya namun tidak berjaya kerana Faridah berjaya keluar dari kedai Pak Abu melalui tingkap di dalam bilik air.

Kebetulan pada masa yang sama, Hisham tiba di kawasan tersebut, dia memberhentikan keretanya untuk menghantar sepucuk surat ke dalam peti pos. Di kesempatan itu, Faridah berjaya membuka pintu belakang kereta tersebut dan memasukinya tanpa rasa bersalah. Jimmy dan Daud ternampak akan Faridah yang telah masuk ke dalam kereta Hisham. Hisham yang ketakutan bingkas memecut keretanya kerana dia agak risau mengapa ada dua orang lelaki mengejar dan memaksanya untuk membuka pintu keretanya. Di dalam kereta itu, Faridah pula menjerit apabila ternampak akan wajah Hisham. Dia sempat menceritakan perkara sebenarnya kepada Hisham tetapi dia tidak mahu Hisham melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis. Dengan itu, Hisham mengambil keputusan untuk membawa Faridah pulang ke kampung halamannya di Muar, Johor.

Sesampainya di sana, Faridah dikenalkan kepada ibunya, (lakonan Noraini Hashim) dan adiknya, Aida (Ruhil Amani). Ibunya mempercayai helah Hisham yang mengatakan Faridah adalah rakan pejabatnya dari Jakarta, Indonesia dan semasa dalam perjalanan beg bajunya telah dicuri.

Sementara itu di Kuala Lumpur, Ida (Sahrifah Shahirah) dan Kaseem (Mohamad Ismail) telah dijadikan tebusan Boss melalui anak buahnya, Jimmy dan Daud. Faridah pula sempat menghubungi Ida melalui telefon dan memberitahu lokasi terkininya walaupun mula berasa risau dengan keadaan suara Ida sperti ketakutan. Ini memudahkan kerja Jimmy dan Daud untuk menjejaki Faridah dan Hisham di Muar. Dan dalam masa yang sama, Azura (Nina Juren Hanif) juga ingin bertemu Hisham. Tony sempat memberitahu Azura yang Hisham telah pulang ke kampungnya di Muar.

Hisham dan Faridah pula semakin hari semakin mesra dan mendapat restu dari ibunya untuk dijadikan menantu kelak. Aida yang pada mulanya berasa curiga dengan Faridah lama kelamaan sudah mula menyanyangi Faridah. Kehadiran Azura lagi membuatkan tipu helah Hisham terbongkar satu persatu. Dalam masa yang sama, Jimmy dan Daud tiba di kampung Hisham untuk menculik Faridah.

Di malam harinya, Jimmy dan Daud mula memasang strategi untuk menculik Faridah. Namun mereka tersalah mangsa, disangkakan wanita tersebut adalah Faridah rupa-rupanya Azura. Mereka mengirim sepucuk surat kepada Hisham agar segera serahkan Faridah kepada mereka di sebuah jambatan sungai tanpa melaporkan kepada pihak polis.

Hisham mengambil keputusan untuk tidak membawa Faridah bersama ke lokasi penculikan bagi menyelamatkan Azura. Tanpa membuang masa, Faridah terus menghubungi pihak polis untuk menyelamatkan Hisham dan Azura. Akhirnya, Boss, Jimmy dan Daud berjaya diberkas pihak polis diatas kegiatan jenayah yang telah dilakukan. Hisham pula telah dipuji oleh Puan Ramlah dengan perubahan yang ketara selepas diberikan cuti. Namun begitu, Hisham terus menanti kehadiran Faridah sehinggalah Faridah sekali lagi berjaya memasuki ke dalam kereta Hisham. Faridah memberitahu kepada Hisham yang pihak polis telah membantunya untuk melanjutkan tempoh visanya untuk dibenarkan menetap di Malaysia.

Pelakon sunting

Rujukan sunting

Pautan luar sunting