Immortal Songs Malaysia

Immortal Songs Malaysia (atau Immortal Songs) merupakan rancangan televisyen pertandingan nyanyian muzik yang diadaptasi daripada program siri televisyen realiti Korea Selatan bertajuk sama atau khususnya bagi versi 2011 di mana formatnya menampilkan penyanyi dan penggubah muzik zaman masa kini akan menyanyikan dan harus mengubah melodi asal lagu-lagu nyanyian penyanyi-penyanyi legenda zaman 80-an hingga 90-an. Rancangan ini telah memulakan siaran di TV3 bermula 30 Ogos 2020, pada setiap hari Ahad jam 9 malam dan dihoskan oleh Ain Edruce, Fad Bocey dan Amy Mastura.

Immortal Songs Malaysia
GenreMuzik
Nyanyian
Hiburan
Berdasarkan daripada
Immortal Songs: Singing the Legends oleh KBS
PenciptaKwon Yong-taek (KBS)
Ditulis olehNor Farzlin
PengarahAiezul Redza Ismail
Abdul Ghani Mohd Mokhtar
PengacaraAin Edruce
Fad Bocey
Amy Mastura
Negara asalKorea Selatan Korea Selatan
Malaysia Malaysia
BahasaBahasa Melayu
Bilangan musim1
Bilangan episod7
Penerbitan
Penerbit eksekutifMas Ayu Haji Ali
PenerbitChong Kien Wen
Yean Zhi Hong
Pemasangan kamera
Tetapan multi kamera
Tempoh siaran90 minit (per episod)
Syarikat penerbitan
Korean Broadcasting System
Primework Studios
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar480i (SDTV)
1080i (HDTV)
Format audioDolby Digital
Siaran asal30 Ogos 2020 – kini

FormatSunting

Rancangan hiburan Immortal Songs ialah rancangan TV Korea Selatan terbitan Korean Broadcasting System (KBS). Dalam setiap episod, seorang ikon lagenda serta enam penyanyi terkemuka tanah air yang datang dari pelbagai latar belakang dan genre muzik akan membuat penampilan di dalam rancangan ini. Enam penyanyi tersebut akan berentap antara satu sama lain menerusi persembahan dalam versi yang tersendiri menyanyikan semula lagu ikon legenda tersebut.

Di samping itu, sebelum membuat persembahan, para penyanyi akan memperkenalkan diri serta ditemubual oleh tiga orang hos di ‘Farm Fresh Lounge’. Turutan persembahan akan ditentukan secara rawak di pentas utama di mana ianya akan diputuskan melalui undian yang bakal dicabut hos pentas utama menerusi cabutan bola yang mengandungi nama penyanyi. Persembahan para penyanyi akan dinilai oleh lapan orang juri dari kalangan pihak media selepas setiap persembahan. Skor maksimum bagi setiap persembahan adalah sebanyak 800 mata. Penyanyi yang berjaya mendapat skor tertinggi akan dinobatkan sebagai pemenang dalam setiap episod.

Musim 1 (2020)Sunting

Episod # Tarikh siaran Legenda atau Tema Penyanyi undangan Lagu Pemenang Akhir (Undian)
1 30 Ogos 2020 Ning Baizura Akim & The Majistret "Selagi Ada Cinta" Hael Husaini (686)
Neeta Manisha "Awan Yang Terpilu"
Syafiq Farhain "Dugaanku"
Hael Husaini "Kau Dan Aku"
Ippo Hafiz "Ku Kesali"
Wany Hasrita "Curiga"
2 6 September 2020 Ella Sarah Suhairi "Rama Rama" Naim Daniel (766)
Naqiu Boboy "Layar Impian"
Insomniacks "Di Perlumbaan Ini"
Aman Aziz "Pedih"
Naim Daniel "Sepi Sekuntum Mawar Merah"
Kaka Azraff "Sembilu"
3 13 September 2020 Fauzi Marzuki Kugiran Masdo "Jejaka Idaman" Azmi Saat (735)
Tajul "Pada Syurga Di Wajahmu"
Azmi Saat "Penghujung Rindu"
Luqman Faiz "Lagenda"
Amir Masdi "Sepi Sekuntum Mawar Merah"
Fieya Julia "Di Alam Fana Cinta Mu"
4 20 September 2020 Dato' M. Nasir Shiha Zikir "Raikan Cinta" Stacy (722)
Yonnyboii "Keroncong Untuk Ana"
Zizi Kirana "Malam"
Stacy "Mustika"
Haikal Farid "Sentuhan Listrikmu"
Sufian Suhaimi "Suatu Masa"
5 27 September 2020 Dato' Khadijah Ibrahim Aina Abdul "Tangisan Hati Yang Derita" Aina Abdul (741)
Irfan Haris "Ku Sangka Siang Rupanya Malam"
Daniesh Suffian "Janjimu"
De Fam "Doa Buat Kekasih"
Ariff Bahran "Ku Pendam Sebuah Duka"
Muna Shahirah "Ku Gembira Di Sampingmu"
6 4 Oktober 2020 Dato' Jefrydin Floor 88 "Siti Haida" Sharul Kamal (745)
Indah Ruhaila "Selamat Tinggal Ku Ucapkan"
Aiman Tino "Mas Mona"
Kucaimars "Termenung"
Haqiem Rusli "Kenanganku"
Sharul Kamal "Seruling Anak Gembala"
7 11 Oktober 2020 Fauziah Latiff Adzrin "Dia" Syamel (746)
Layla Sania "Gubahan Rindu Puisi Syahdu"
Adira "Apa Sebenarnya"
Ernie Zakri "Setia Ku Korbankan"
Khai Bahar "Enggan"
Syamel "Teratai Layu Di Tasik Madu"

Musim 2Sunting

TriviaSunting

Pada siaran episod 7, Syamel telah dipilih oleh Fauziah Latiff sebagai pemenang mingguan berikutan Ernie Zakri juga mempunyai jumlah skor undian yang sama dengan Syamel iaitu sebanyak 746.

HadiahSunting

Pemenang Mingguan/Susunan Lagu Terbaik
  • Wang tunai RM10,000

PenajaSunting

RujukanSunting