IN2IT (Hangul인투잇; digayakan sebagai IN2IT) adalah sebuah kumpulan muzik lelaki dari Korea Selatan. Kumpulan ini terdiri daripada enam orang ahli; Yoo Ji-ahn, Jung Yeon-tae, Hwang In-ho, Han Hyun-uk, Lee In-pyo dan Isaac Voo. IN2IT merupakan pemenang rancangan realiti Mnet.[1][2] iaitu Boys24 yang ditayangkan pada 2016. Mereka debut pada 26 Oktober 2017 dengan album mini pertama Carpe Diem dan single utama, "Amazing". Pada asalnya kumpulan ini mempunya lapan orang ahli dengan salah seorang ahli iaitu Isaac Voo merupakan artis Kpop pertama yang berwarganegara Malaysia. [3] Pada Mac 2018 Kim Jin-sub meninggalkan kumpulan ini atas sebab kesihatan, manakala Kim Sung-hyun meninggalkan kumpulan pada 4 September 2019, atas sebab peribadi.[4][5]

IN2IT
180902 스카이페스티벌 인투잇 1.jpg
IN2IT di 2018 Incheon Airport Sky Festival
Latar belakang
Berasal dariSeoul, Korea Selatan
Genre
Tahun aktif2017 (2017)–kini
Syarikat rakaman
  • MMO Entertainment (tamat)
  • Stone Music Entertainment (tamat)
  • Independent (31/2/2020)
Pengkarya berkait
Boys24
Ahli
  • Jiahn
  • Yeontae
  • Inho
  • Hyunuk
  • Isaac
  • Inpyo
Bekas ahli
  • Jinsub
  • Sunghyun

NamaSunting

Nama kumpulan membawa maksud terang bagi perkataan "Intuit" dan frasa "In to it" yang membawa maksud "the boys will make fans fall into their intuitive charms".[6]

SejarahSunting

2016-2017: Pra-debutSunting

Semua ahli IN2IT berasal dari program pra-debut Boys24. Selepas penggambaran sebanyak 8 episod Boys24, mereka melakukan pertunjukkan dan latihan bersama sejumlah 260 persembahan konsert selama satu tahun dan enam bulan di Mesa Hall Concert dari awal 2016 hingga akhir tahun 2017.[7] Pada awal tahun 2016, sejumlah 5,500 pemohon telah mengikuti ujian untuk Boys24 , yang hanya sebilangan kecil (kurang daripada tiga puluh orang) dipilih sebagai ahli 'Boys24' untuk mendaftar dalam program selama satu tahun dan enam bulan. Selepas Boys24 The Final, lapan ahli dipilih untuk debut dalam kumpulan IN2IT.[8]

2017: Debut dengan Carpe DiemSunting

 
In2It pada 2017

IN2IT debut dengan album mini Carpe Diem yang menandakan perubahan dari 'kanak-kanak' ke 'lelaki'. Album mini pertama telah dikeluarkan pada 26 oktober 2017, lagu dihasilkan dari komposer Duble Sidekick, Cha Cha Malone dan Paul Rein. Single utama Amazing.[9] Video muzik untuk single "Amazing" yang difilemkan di Kolsai Lake National Park, Kazakhstan, pada 13 September 2017.[10][11]

IN2IT membuat debut mereka di M! Countdown pada 26 Oktober 2017 dengan lagu "Amazing" dari album Carpe Diem, dan pada 9 November lagu itu berada di tempat kelima pada carta M! Countdown.[12] IN2IT mengadakan IN2IT showcase' "Carpe Diem" di Jepun dari 3 Disember hingga 10 Disember 2017 [13] In2It mengadakan empat konsert yang dinamakan "In2It Winter Paradise" di Korea Selatan pada 24 dan 25 Disember 2017.[14] In2It menghadiri "2018 Taipei High City" Parti Malam Tahun Baru pada 31 Disember 2017.[15]

2018: Jelajah asia pertama, Jin-sub mininggalkan kumpulan, Snapshot dan Into The Night FeverSunting

IN2IT membuat Jelajah Asia pertama mereka ke Singapura, Malaysia dan Indonesia pada 2 Februari, 4 Februari dan 10 Februari 2018.[16]

Pada 26 Mac 2018 MMO Entertainment mengumumkan, bahawa Kim Jin-sub tidak akan meneruskan aktiviti bersama dengan kumpulan ini kerana dia telah menderita penyakit Ménière's disease.[17]

Pada 19 April 2018, IN2IT melakukan comeback dengan single bertajuk "Snapshot".[18] Mereka melakukan persembahan dengan lagu "Snapshot" serta "Be Bop Baby" di KCON Japan pada 15 April 2018.[19] Seterusnya, mereka terus melakukan persembahan di "Power of K Live" di Jepun pada 30 April,[20][21] dan di "Dream Concert" yang diadakan di Stadium Piala Dunia Seoul pada 12 Mei 2018.[22]

IN2IT mengeluarkan single kedua mereka Into The Night Fever dengan menampilkan tiga lagu "Sorry For My English", "Geronimo" and "It's U" pada 26 Julai 2018.[23] IN2IT membuat persembahan di Korea Music Festival yang diadakan di Stadium Sky Gocheok pada 1 Ogos 2018.[24] IN2IT membuat persembahan di KCON LA pada 11 Ogos 2018[25]

2019: Run Away, Sunghyun meninggalkan kumpulan dan PUZZLESunting

Pada 6 Ogos 2019 IN2IT telah mengeluarkan single digital pertama mereka yang bertajuk Run Away.

Pada 4 September 2019, Sunghyun diumumkan akan meninggalkan kumpulan ini.[26]

Pada 14 November 2019, IN2IT telah mengeluarkan album single ketiga yang bertajuk PUZZLE, album ini mempunyai 3 buah lagu iaitu "Ullala: POISONING", "Young & Dumb" dan "!F".

2020: Meninggalkan MMO dan bergerak secara independentSunting

Pada 31 januari 2020, In2it & MMO entertainment umum tamatkan kontrak.

Pada 10 Februari 2020, MMO entertainment telah umumkan bahawa pada 31 januari 2020 iaitu bulan lepas In2it & MMO telah menamatkan kontrak ekslusif dan In2it akan meneruskan groupnya dengan independent, segala media sosial dan fan cafe akan diserahkan kepada member in2it! In2it tidak bubar cuma independent!.[27]

AhliSunting

  • Yoo Ji-ahn (유지안)
  • Jeong Yeon-tae (정연태)
  • Hwang In-ho (황인호)
  • Han Hyun-uk (한현욱)
  • Isaac Voo (아이젝, 邬凯名/鄔凱名[28][29])
  • Lee In-pyo (이인표)

Bekas ahliSunting

  • Kim Jin-sub (김진섭)
  • Kim Sung-hyun (김성현)

DiskografiSunting

Album miniSunting

Tajuk Butiran album Kedudukan tertinggi carta Jualan
KOR
[30]
Carpe Diem
Daftar lagu
  1. Paradise
  2. Amazing
  3. Cadillac
  4. Rising Star
  5. Tomorrow
6

Album singleSunting

Tajuk Butiran album Kedudukan tertinggi carta Jualan
KOR
[30]
SnapShot
  • Dikeluarkan: 19 April 2018
  • Label: MMO Entertainment, CJ E&M
  • Format: CD, muat turun digital
Daftar lagu
  1. Snapshot
  2. 2U
  3. Be Bop Baby
  4. SnapShot (Inst.)
  5. 2U (Inst.)
  6. Be Bop Baby (Inst.)
9
Into the Night Fever
  • Dikeluarkan: 26 Julai 2018
  • Label: MMO Entertainment, CJ E&M
  • Format: CD, muat turun digital
Daftar lagu
  1. It's U
  2. Sorry For My English
  3. Geronimo
  4. It's U (Inst.)
  5. Sorry For My English (Inst.)
  6. Geronimo (Inst.)
14
Puzzle
  • Dikeluarkan: 14 November 2019
  • Label: MMO Entertainment
  • Format: CD, muat turun digital
Daftar lagu
  1. ULlala: Poisoning
  2. Young & Dumb
  3. If It's a Dream (꿈이라면 만약)
43
(Kit)

SingleSunting

Tajuk Tahun Kedudukan tertinggi carta Album
KOR
[35]
JPN
[36]
Korea
"Amazing" 2017 N/A Carpe Diem
"SnapShot" 2018 Snapshot
"Sorry for My English" Into the Night Fever
"Run Away" 2019 Single bukan-album
"ULlala: Poisoning" Puzzle
"Be The Future"
(bersama Dreamcatcher & AleXa)
(Sebagai Millenasia Project)
2020 Single bukan-album
Jepun
"I'm Your Joker" 2020 19 Akan diumumkan

Runut bunyiSunting

Tahun Lagu Drama/Filem Ref
2017 "My Way" (dinyanyikan oleh Jeong Yeon-tae) Revolutionary Love [37]
2019 "Shining Star" Her Private Life [38]
2019 "Hero" (Ditulis dan dinyayikan oleh Isaac Voo) Lookism (Adaptasi China untuk webtoon Lookism)

Konsert & jelajahSunting

Asia Showcase TourSunting

Tarikh Bandar Negara Tajuk Tempat
2 Februari 2018 Singapura Singapura In2It Asia Showcase "Carpe Diem" in Singapore SOTA
4 Februari 2018 Kuala Lumpur Malaysia In2It Asia Showcade "Carpe Diem" in Malaysia PJ Live Art
10 Februari 2018 Jakarta Indonesia In2It Asia Showcase "Carpe Diem" in Indonesia The Kasablanka

IN2IT X ION TourSunting

Tarikh Bandar Negara Tajuk Tempat
April 15, 2019 Mumbai India In2it First Tour In India "IN2IT X ION" Ravindra Natya Mandir
April 19, 2019 New Delhi India In2it First Tour In India "IN2IT X ION" Siri Fort Auditorium
May 31, 2019 Tokyo Japan In2it First Tour In Japan "IN2IT X ION" Kanda Akirajin Hall

RujukanSunting

  1. ^ "'소년24' 8人, 올 가을 데뷔 확정..팀명은 IN2IT" (dalam bahasa Korea). Naver.
  2. ^ "[인터뷰종합] '데뷔' 인투잇이 말한 #한솥밥 워너원 #소년24 #팬논란". osen.
  3. ^ "'소년24' IN2IT, 26일 데뷔 앨범 '카르페디엠' 발매" (dalam bahasa Korea). Hankyung.
  4. ^ "인투잇 측 "김진섭, 메니에르 병으로 활동 중단"(공식입장)". ZenithNews.
  5. ^ https://entertain.naver.com/read?oid=109&aid=0004080796
  6. ^ "'소년24' 최종 8인, 인투잇으로 팀명 확정... 가을 데뷔 예정" (dalam bahasa Korea). Zenithnews.
  7. ^ "[인터뷰] 인투잇 "260회 상설공연·소년24, 도약 위한 밑거름..성장할 것"". enews24.
  8. ^ "[TEN 현장] '소년24', '프로듀스101'·AKB48과 달라야 한다". tenasia.
  9. ^ "[Z인터뷰] 인투잇 ① '내일'을 약속한 소년들의 '오늘', 도약 위한 밑거름..성장할 것". zenithnews.
  10. ^ "[가을 가요대전①]'프듀101' JBJ·레인즈 '소년24' 인투잇…꿈은 이루어진다". Tenasia.
  11. ^ "말도 안 되게 "Amazing"한 신인그룹 IN2IT의 데뷔 앨범, [Carpe Diem]의 자켓&뮤비 촬영 현장 속으로". Naver.
  12. ^ "[BF TALK] 인투잇 인표 "활동 마치고도 인터뷰, 꿈같은 일... 팬분들께 감사"① (인터뷰)". beffreport.
  13. ^ "IN2IT 1st Mini Album "Carpe Diem"の日本プロモーションイベント開催が決定!!". kissent.
  14. ^ ""달콤한 성탄"…IN2IT, 팬들과 함께 하는 크리스마스 팬콘". Sports Chosun.
  15. ^ "IN2IT&비, 타이페이 신년 카운트다운 참석…'韓가수 최초'". Sports Chosun.
  16. ^ "보이그룹 인투잇(IN2IT), 아시아 3개국 쇼케이스 투어 개최". The Star.
  17. ^ "인투잇 측 "김진섭, 메니에르 병으로 활동 중단"(공식입장)". ZenithNews.
  18. ^ "[오늘뮤직] 'SnapShot' 인투잇, '아이돌이야, 모델이야?'". ZenithNews.
  19. ^ "청하 엔플라잉 인투잇..'KCON 2018 JAPAN' 최종 라인업 합류". ENews24.
  20. ^ "ゴールデンウィークのKchan!韓流TVは Power of K 生中継&韓ドラ バラエティをイッキ見 K-POPガールズグループ特集 オリジナル番組も". jiji.
  21. ^ "Power of K LIVE 独占生中継". powerofk1.
  22. ^ "'2018 드림콘서트' 오늘(12일) 예매 시작, 글로벌 K팝 팬들 '뜨거운 관심'". TVDaily.
  23. ^ "'D-1' 인투잇, 새 앨범 '인투 더 나이트 피버' 하이라이트 메들리 공개". zenithnews.
  24. ^ "[2018 KMF] 워너원-김동한 Pick! 블랙홀 같은 '블랙'의 매력 4". zenithnews.
  25. ^ "'KCON 2018 LA', 한 시간 만에 2만 5천여 석 매진". tenasia.
  26. ^ https://entertain.naver.com/read?oid=109&aid=0004080796
  27. ^ "[공식입장] 인투잇(IN2IT), 소속사와 전속계약 해지 "팬카페-SNS, 멤버들이 직접 관리할 것" - 김효진 기자". 톱스타뉴스 (dalam bahasa Korea). February 10, 2020. Dicapai pada February 10, 2020.
  28. ^ "《少年24》9成员诞生!大马isaac撐足1年正式出道". Sinchew.
  29. ^ "《少年24》9成员诞生 大马Issac撑足1年韩国出道". Orientaldaily.
  30. ^ a b "Gaon Album Chart". Gaon Chart.
  31. ^ Cumulative sales for "Carpe Diem":
  32. ^ Cumulative sales for "SnapShot":
  33. ^ Cumulative sales for "Into the Night Fever":
  34. ^ Cumulative sales for "Puzzle":
  35. ^ "Gaon Digital Chart". Gaon Music Chart.
  36. ^ "I'm Your Joker". March 16, 2020.
  37. ^ "인투잇 연태, 첫 OST 도전..'변혁의 사랑' 힘 싣는다". osen (dalam bahasa Korea). November 23, 2017.
  38. ^ Kim, Joo-hyun (April 24, 2019). "인투잇, '그녀의 사생활' 출연 이어 OST 가창까지... 'Shining Star'". Beff Report (dalam bahasa Korea). Dicapai pada April 24, 2019.