Incantation (filem)

Incantation (Bahasa Cina: pinyin: Zhou; "mantera") ialah sebuah filem seram Taiwan 2022 yang diarahkan oleh Kevin Ko daripada lakon layar yang ditulis beliau bersama dengan Chang Che-wei. Filem ini telah dikeluarkan di Taiwan pada 18 Mac 2022, dan menjadi filem seram Taiwan dengan kutipan tertinggi. Ia menerima pengedaran antarabangsa daripada Netflix pada 8 Julai 2022.

Incantation
PengarahKevin Ko
Lakon layar
  • Chang Che-wei
  • Kevin Ko
Dihasilkan oleh
  • Push Yang
  • Kevin Ko
  • Chen Chun-lin
Dibintangi
  • Tsai Hsuan-yen
  • Huang Sin-ting
  • Kao Ying-hsuan
  • Sean Lin
  • RQ
SinematografiChen Ko-chin
Disunting olehKevin Ko
Muzik olehRockid Lee
Tarikh tayangan
  • 18 Mac 2022 (2022-03-18)
NegaraTaiwan
BahasaMandarin, Cina Taiwan
Pecah panggung$5.7 juta

Plot sunting

Seorang wanita bernama Ronan menceritakan filem itu, memohon penonton untuk menghafal suatu lencana dan melantunkan mantera, "Hou-ho-xiu-yi, si-sei-wu-ma", untuk menghantar berkat dan mengangkat sumpahan dari anaknya Dodo yang berusia enam tahun. Lencana dan mantera ini sering diselitkan sepanjang filem untuk menggalakkan penonton berdoa bersama. Peristiwa filem itu ditayangkan secara tidak linear (tidak menuruti kronologi).

Enam tahun lalu, Ronan, teman lelakinya Dom, dan sepupu Dom, Yuan, melanggar pantang larang agama semasa mendokumentasikan upacara bagi saluran Internet mereka, Ghost Busters. Mereka pergi ke kampung terpencil puak Chen, yakni Dom dan saudara-mara Yuan, yang mengamalkan suatu agama esoterik Yunnan yang menyembah dewa yang dipanggil Bonda Buddha (Buddha-Mother). Puak itu dengan berat hati mengizinkan Ronan selaku orang luar ke kampung mereka, kemudian meminta ketiga-tiganya menyerahkan nama mereka dengan mantera kepada Bonda Buddha. Seorang tua puak memberitahu Ronan bahawa selepas anak perempuannya dilahirkan, dia juga mesti melakukan perkara yang sama. Ronan terkejut kerana dia tidak menyedari bahawa dia hamil. Pada malam itu, kumpulan itu mengintip puak yang melakukan upacara itu, di mana seorang gadis muda nampaknya bersedia untuk dijadikan korban. Gadis yang tidak sedarkan diri dengan tubuhnya ditutupi tulisan rune, ditinggalkan di hadapan terowong, yang menjadi tempat larangan masuk oleh puak itu. Ronan menunggu bersamanya manakala Dom dan Yuan memasuki terowong selepas memusnahkan penghadangnya. Sejurus itu, Yuan keluar dari terowong sambil menjerit manakala Dom kemudiannya didedahkan telah meninggal dunia. Rakaman dari dalam terowong itu telah rosak dan tidak boleh dimainkan. Selepas Dodo dilahirkan, Ronan meninggalkannya di rumah jagaan angkat dan mendapatkan bantuan psikiatri.

Pada masa kini, Ronan telah pulih dan membawa Dodo untuk tinggal bersamanya. Rumah mereka tidak lama kemudian menjadi dipenuhi dengan kejadian yang tidak dapat dijelaskan dan Dodo terganggu oleh kehadiran bayangan. Dodo secara beransur-ansur mengalami penyakit yang melemahkan diri dan kesihatan mental Ronan semakin merosot. Apabila pekerja sosial tiba untuk membawa Dodo pergi, dia dan Ronan melarikan diri dengan bantuan Ming, pengurus yang bersimpati di rumah jagaan angkat itu. Mereka membawa Dodo ke sebuah kuil, di mana seorang paderi dan isterinya bersetuju untuk mempertaruhkan nyawa mereka untuk merawat Dodo, dengan Dodo dilarang daripada makan apa-apa selama tujuh hari berikutnya. Apabila keadaan Dodo semakin merosot dan tulisan rune muncul di seluruh badannya, Ronan memberinya makan. Paderi dan isterinya dibunuh kejam, dan Ronan membawa Dodo ke hospital.

Sementara itu, Ming pergi ke Yunnan untuk menjalankan lebih banyak penyelidikan tentang agama puak Chen dan menugaskan para profesional untuk memulihkan rakaman Ghost Busters yang rosak. Ming menghantar video yang dipulihkan kepada Ronan dan mati selepas berulang kali menghancurkan kepalanya sendiri. Dalam rakaman itu, ditunjukkan bahawa Dom dan Yuan sampai ke mizbah Bonda Buddha, yang mukanya ditutup dengan kain litup. Semasa cuba menanggalkan litpan itu, Dom telah dirasuk dan mati selepas memecahkan kepalanya.

Ronan mengaku bahawa dia telah berbohong kepada para penonton selama ini. Didedahkan bahawa seorang paderi Yunnan telah memberitahu Ming bahawa Bonda Buddha adalah suatu entiti yang jahat dan jika anda menyerahkan nama anda dengan mantera, ini bermakna anda bersetuju untuk membawa sumpahan itu. Mantera itu sebenarnya berfungsi untuk mencairkan sumpahan, dan bukannya memberikan berkat. Apabila lebih ramai orang melafazkannya, sumpahan itu akan tersebar dan beban sumpah kepada mereka yang memikulnya menjadi lebih ringan. Sumber sumpahan itu ialah wajah Bonda Buddha yang perlu ditutup. Ronan, kini dilitup sepenuhnya dengan rune, kembali ke mizbah di dalam terowong dan meminta nama para penonton sebelum mendedahkan wajah Bonda Buddha pada kamera. Dia dirasuk dan menghancurkan kepalanya sendiri di atas mizbah. Filem ini diakhiri dengan rakaman Dodo sihat dan gembira, membayangkan bahawa beban sumpahan telah dikongsi dengan semua orang yang menonton filem itu.

Pelakon sunting

  • Tsai Hsuan-yen sebagai Li Ronan
  • Huang Sin-ting sebagai Dodo
  • Kao Ying-hsuan sebagai Ming
  • Sean Lin sebagai Dom
  • RQ (Wen Ching-yu) sebagai Yuan

Penghasilan sunting

Latar belakang sunting

Kisah ini diilhamkan oleh suatu kejadian di Daerah Gushan, Kaohsiung pada 2005. Sebuah keluarga enam orang telah mendakwa bahawa mereka dirasuk oleh pelbagai dewa agama rakyat Cina, dan menuduh satu sama lain bahawa mereka dirasuk syaitan yang menyamar sebagai dewa. Mereka membakar satu sama lain dengan kemenyan, memukul satu sama lain dengan kayu dan papan roh, dan menyimbah najis dan air kencing antara satu sama lain dalam usaha untuk mengusir syaitan. Akhirnya, mereka memilih anak perempuan sulung untuk diserang sehingga dia meninggal dunia akibat kecederaan dan kegagalan organ berbilang.[1][2] Lima ahli keluarga yang tinggal kemudiannya didakwa atas kesalahan "meninggalkan orang yang tidak berdaya sehingga menyebabkan kematian orang itu" (Perkara 293, Kanun Jenayah Taiwan).[3] Kes itu dianggap sebagai satu kes histeria massa.[4]

Reka bentuk sunting

Kevin Ko menjelaskan bahawa Bonda Buddha, isyarat tangan, nyanyian, simbol dan segala yang berkaitan dengan agama dalam filem itu adalah rekaan secara keseluruhan. Kebanyakan belanjawan dibelanjakan untuk reka bentuk dan penghasilan prop, terutamanya berhala besar Bonda Buddha.[5]

Pelancaran sunting

Incantation telah dipamerkan dalam pasaran projek Network of Asian Fantastic Films (NAFF) semasa Festival Filem Fantastik Antarabangsa Bucheon 2019 sebelum memasuki produksi dan seterusnya menjadi filem seram Taiwan dengan kutipan tertinggi. Filem ini ditayangkan di Taiwan pada 18 Mac 2022 dan turut ditayangkan di Festival Filem Timur Jauh. Pada Jun 2022, Netflix mengumumkan bahawa ia akan mengedarkan filem itu ke seluruh dunia pada 8 Julai 2022.

Penerimaan sunting

Pecah panggung sunting

Sehingga Jun 2022, Incantation memperoleh kutipan NT$170,000,000 (US$5,700,000), menjadikannya filem dengan kutipan tertinggi di Taiwan pada 2022 serta menjadi filem seram Taiwan dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman.

Rujukan sunting

  1. ^ Siu-chi, Huang (21 April 2005). "Family of six goes into trance, splashes faeces on each other" (dalam bahasa Chinese). Taiwan: Liberty Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 April 2022. Dicapai pada 9 July 2022.CS1 maint: unrecognized language (link)
  2. ^ "The true story behind Netflix's "Incantation" is scarier than the movie". The Storm Media (dalam bahasa Chinese). Taiwan. 8 July 2022. Dicapai pada 9 July 2022.CS1 maint: unrecognized language (link)
  3. ^ "Criminal Code of the Republic of China". Laws & Regulations Database of The Republic of China (Taiwan). Ministry of Justice, The Republic of China. 18 February 2022. Dicapai pada 9 July 2022.
  4. ^ "Taiwan's scariest horror film "Incantation" starts showing on Netflix in July". Marie Claire Taiwan (dalam bahasa Chinese). Taiwan. 8 July 2022. Dicapai pada 9 July 2022.CS1 maint: unrecognized language (link)
  5. ^ "Is the Buddha-Mother real? 7 things about Taiwanese horror movie "Incantation" explained". Girl Style (dalam bahasa Chinese). Taiwan. 26 March 2022. Dicapai pada 9 July 2022.CS1 maint: unrecognized language (link)

Pautan luar sunting