Indeks harga pengguna

Indeks harga pengguna atau IHP (bahasa Inggeris: consumer price index, CPI) merupakan kaedah yang digunakan untuk mengukur atau menentukan kadar inflasi. IHP mengukur harga purata barang dan perkhidmatan yang biasanya digunakan oleh isi rumah pada tempoh masa yang ditetapkan. IHP diukur dengan membandingkan purata harga barangan dan perkhidmatan pada tahun asas dengan purata harga barang pada tahun semasa.

IHP mengambil kira "bakul" barangan dan perkhidmatan secara am, dikelaskan berpandu kepada "Klasifikasi Penggunaan Individu Mengikut Tujuan" oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations “Classification of Individual Consumption According to Purpose (COICOP)”). Berikut adalah 12 kumpulan barangan dan perkhidmatan yang diambil kira dalam pengiraan IHP:

Bakul barangan dan perkhidmatan Wajaran (2005)
Makanan dan Minuman Bukan Alkohol 31.4
Minuman Alkohol dan Tembakau 1.9
Pakaian dan Kasut 3.1
Perumahan, Air, Elektrik, Gas dan Bahan Api Lain 21.4
Hiasan, Perkakasan dan Penyelenggaraan Isi Rumah 4.3
Kesihatan 1.4
Pengangkutan 15.9
Komunikasi 5.1
Perkhidmatan Rekreasi dan Kebudayaan 4.6
Pendidikan 1.9
Restoran dan Hotel 3.0
Pelbagai Barangan dan Perkhidmatan 6.0
Jumlah 100

Nota: Wajaran di atas bagi Malaysia seperti yang dikeluarkan oleh Jabatan Statistik Malaysia.

Pengiraan IHP sunting

Proses pengiraan IHP merupakan satu proses yang rumit kerana bakul pengguna mengandungi banyak barang. Terdapat tiga langkah utama dalam pengiraan IHP :

  1. Mengira kos bakul pengguna IHP pada harga tahun asas.
  2. Mengira kos bakul pengguna IHP pada harga tahun semasa.
  3. Mengira IHP bagi tahun asas dan tahun semasa.

Harga yang digunakan dalam pengiraan IHP adalah harga runcit tanpa mengambil kira samada ia dinyatakan sebagai harga biasa atau harga istimewa termasuk juga semua cukai jualan dan cukai eksais yang dikenakan ke atas komoditi tertentu. Harga-harga ini dipungut pada tempoh masa yang ditetapkan. Di Malaysia, pungutan ini dilaksanakan setiap bulan bagi kesemua item kecuali bagi barangan makanan mudah rosak yang dipungut setiap minggu. Pengecualian diberikan kepada sewa rumah yang dipungut pada setiap suku tahun.

Asas masa sunting

IHP bagi Malaysia dinyatakan dalam tahun asas 2005=100 yang mula berkuatkuasa pada bulan Januari 2006. Bakul barangan dan perkhidmatan dan juga tempoh asas bagi IHP dikemaskini setiap 5 tahun dengan mengambil kira perubahan dalam corak perbelanjaan isi rumah.

Kadar perubahan sunting

Contoh berikut menunjukkan cara mengira perubahan mata indeks dan perubahan peratus.

perubahan peratusan tahunan di dalam sesuatu indeks harga umum (biasanya

disebut Indeks Harga Pengguna) dari masa ke semasa

Indeks harga pengguna - indeks harga pengguna sebelumnya = Perubahan mata indeks
contohnya, 125.4 - 124.3 = 1.1
Perubahan mata indeks / indeks sebelumnya x 100 = Perubahan peratus
contohnya, (125.4 - 124.3)/124.3 x 100 = 0.9%

Rujukan sunting