Indera Joned merupakan siri drama pengembaraan Malaysia 2012 arahan Fairuz Loy terbitan Primeworks Studios. Dibintangi oleh Aiman Hakim Ridza, Anzalna Nasir, Syazwan Zulkifly Hairul Azreen dan Puteri Sarah Liyana, siri ini bersiaran di Slot Aksi TV3 dari 21 Mei 2012 sehingga 13 Ogos 2012 menggantikan Apa Celop!.[1]

Indera Joned
GenreDrama, aksi
Ditulis olehAzmy Mohd Arif
PengarahFairuz Loy
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Sebelah Jiwa" oleh Jaclyn Victor
Lagu penutup"Sebelah Jiwa" oleh Jaclyn Victor
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod20
Penerbitan
Penerbit eksekutifHemanathan Paul
PenerbitJalena Rejab
PenyuntingAyu Habib
Tempoh siaran38–40 minit
Syarikat penerbitan
Primeworks Studios
Penyiaran
Saluran asalTV3
Siaran asal21 Mei 2012 – 13 Ogos 2012
Kronologi
MengikutiApa Celop!
Diikuti olehBini-Bini Perkasa

Sinopsis

sunting

Mengisahkan Epul yang mendapat kuasa aneh apabila terjumpa gelang kepunyaan Indera Joned. Ceritanya bermula dengan Indera Joned pada zaman dahulu dianggap sebagai seorang lagenda dikalangan penduduk kerana kesungguhan beliau dalam mempertahankan harta berharga daripada dirampas oleh Bintara Hitam dan rakan-rakannya. Kisah mitos itu telah tersebar luas sejak zaman berzaman bahkan hingga ke generasi kini. Malah penduduk kampung mempercayai akan sumpahan Bintara Hitam, Jalak, Ganang dan Kesam. Dipercayai bahawa jika sesiapa melintasi Bukit Bunuh, sumpahan mereka akan terbatal.

Pelakon

sunting

Pelakon utama

sunting

Pelakon pembantu

sunting
  • Qi Razali sebagai Jaafar Renggoo
  • Haeriyanto Hassan sebagai Tuan Masdor
  • Idris Md Diah sebagai Prof. Dr. Azlee
  • Rasyeed Jaafar sebagai Pak Lasin
  • Amer Cheng Ho sebagai Darus
  • Fauzi Alqadry sebagai Jali
  • Jobot Maheran sebagai Bintara Hitam
  • Afiq Meadin sebagai Kesam
  • Iz Hirzi sebagai Jalak

Rujukan

sunting
  1. ^ Budiey (10 Mei 2012). Drama Bersiri Indera Joned Sensasi Selebriti. Dicapai pada 12 Mei 2012.

Pautan luar

sunting