Indiegogo [in-di-go-go] ialah sebuah perkhidmatan dana khalayak dalam talian yang beribupejabat di San Francisco, California. Laman ini diasaskan pada tahun 2008 oleh Danae Ringelmann,[1] Slava Rubin, and Eric Schell sebagai antara laman pertama menawarkan khidmat pendanaan sedemikian. Laman ini membenarkan para pengguna mendana sebarang idea, badan kebajikan mahupun perusahaan atau perniagaan dengan kadar 5% yuran dikenakan. Sebanyak 15 juta orang melawat laman ini setiap bulan.[2]

Perkhidmatan ini didasarkan kepada suatu sistem berganjaran di mana pendana, pelabur mahupun pelanggan boleh mendana projek atau produk pilihan mereka sambil meraih ganjaran berbentuk barangan atau hadiah, berbanding suatu saham ekuiti dalam syarikat penghasil seperti pendanaan projek yang biasa diamalkan pada ketika itu.[3]

Rujukan sunting

  1. ^ Templat:Triangulation
  2. ^ "Learn About Indiegogo". Indiegogo. Dicapai pada 2 Februari 2018.
  3. ^ Lora Kolodny. "Early Crowdfunding Player Indiegogo Brings On Famous New Investors". WSJ.

Pautan luar sunting