Indira Priyadarshini Gandhi (Hindi: इंदिरा प्रियदर्शिनी गांधी) (19 November 1917 - 31 Oktober 1984) ialah Perdana Menteri India selama tiga penggal berturut-turut dari tahun 1966 hingga 1977 serta penggal keempatnya mulai tahun 1980 sehingga dibunuh pada tahun 1984. Beliau ialah perdana menteri wanita yang pertama dan satu-satunya dalam sejarah India. Beliau dikenali kerana menubuhkan satu pemerintahan diktator dengan mengisytiharkan Darurat setelah sebuah mahkamah membatalkan pemilihan beliau pada tahun 1975, serta memenangi Operasi Bintang Biru menentang kumpulan militan Sikh yang akhirnya membawa kepada pembunuhan beliau.

Indira Gandhi
इंदिरा प्रियदर्शिनी गांधी
Perdana Menteri India ke-3 dan ke-6
Dalam jawatan
15 Januari 1980 – 31 Oktober 1984
PresidenNeelam Sanjiva Reddy
Giani Zail Singh
Didahului olehChoudhary Charan Singh
Digantikan olehRajiv Gandhi
Dalam jawatan
19 Januari 1966 – 24 Mac 1977
PresidenSarvepalli Radhakrishnan, Zakir Hussain, Varahagiri Venkata Giri, Muhammad Hidayatullah, Varahagiri Venkata Giri, and Fakhruddin Ali Ahmed
Didahului olehGulzarilal Nanda
Digantikan olehMorarji Desai
Menteri Hal Ehwal Luar Negara India
Dalam jawatan
9 Mac 1984 – 31 Oktober 1984
Didahului olehPamulaparthi Venkata Narasimha
Digantikan olehRajiv Gandhi
Dalam jawatan
21 Ogos 1967 – 14 Mac 1969
Didahului olehMahommedali Currim Chagla
Digantikan olehDinesh Singh
Menteri Kewangan India
Dalam jawatan
26 Jun 1970 – 29 April 1971
Didahului olehMorarji Desai
Digantikan olehYashwantrao Chavan
Butiran peribadi
Lahir(1917-11-19)19 November 1917
Mughalsarai, Wilayah Bersatu, India British
Meninggal dunia31 Oktober 1984(1984-10-31) (umur 66)
New Delhi, India
Parti politikKongres Kebangsaan India
PasanganFeroze Gandhi
Anak-anakRajiv Gandhi dan Sanjay Gandhi
Indira Nehru yang muda bersama Mahatma Gandhi

Indira yang lahir dalam dinasti Nehru yang berpengaruh dalam politik ini membesar dalam suasana yang diselubungi politik. Datuk beliau Motilal Nehru adalah seorang pemimpin nasionalis India yang sohor. Sekembalinya ke India dari Universiti Oxford pada tahun 1941, beliau telribat dalam gerakan kemerdekaan India.

Pada 1950-an, beliau secara tidak rasminya menjadi pembantu peribadi bapa beliau yang ketika itu menjadi Perdana Menteri India yang pertama. Selepas kematian bapa beliau pada tahun 1964, beliau dilantik sebagai seorang ahli Rajya Sabha oleh Presiden India dan menjadi seorang ahli Kabinet Lal Bahadur Shastri sebagai Menteri Penerangan dan Penyiaran[1].

Setelah dipilih menjadi Perdana Menteri oleh orang dalam Parti Kongres selepas kematian Shastri, Gandhi kemudiannya menunjukkan kebolehan beliau untuk memenangi pilihanraya dan mengatasi lawan-lawannya melalui populisme. Beliau memperkenalkan banyak lagi dasar ekonomi sayap kiri dan memupuk produktiviti pertanian. Kemenangan besar dalam perang menentang Pakistan pada tahun 1971 disusuli satu zaman huru-hara yang menyebabkan beliau mengenakan Darurat pada tahun 1975; akibat pemerintahan autoritarian yang berlebih-lebih, beliau menerima padah kehilangan kuasa kepada pembangkang selama tiga tahun.

Sekembalinya ke jawatan perdana menteri pada tahun 1980, belaiu semakin banyak terlibat dalam satu konflik menjadi-jadi menentang golongan pemisah di Punjab yang akhirnya menagkibatkan beliau dibunuh oleh penjaga keselamatan sendiri pada tahun 1984.

Rujukan sunting

  1. ^ Gandhi, Indira. (1982) My Truth

Pautan luar sunting

Bacaan lanjut sunting