Buka menu utama
Rencana ini ialah mengenai lagu Indonesia Maharddhika. Untuk kemerdekaan Indonesia, sila lihat Pengisytiharan Kemerdekaan Republik Indonesia.

"Indonesia Maharddhika" ([indoneˈsia mahardˈḍika]) ialah sebuah lagu oleh kumpulan rock progresif Gipsy, yang terdiri dari Chrisye, Keenan Nasution, Oding Nasution, Roni Harahap, dan Abadi Soesman, bersama Guruh Sukarnoputra. Ia telah dikeluarkan pada tahun 1976 menerusi album Guruh Gipsy dengan nama-nama penyumbangnya yang tersembunyi dalam lirik dwibahasa. Pada tahun 2009, Rolling Stone Indonesia memilih lagu tersebut sebagai lagu Indonesia ke-59 terbaik sepanjang masa.

"Indonesia Maharddhika"
Lagu oleh Guruh Sukarnoputra dan Gipsy daripada album Guruh Gipsy
Dikeluarkan1976
DirakamkanMei - Jun 1976
Masa15:39
LabelIrama Mas
PenulisGuruh Sukarnoputra
PenerbitGuruh Sukarnoputra

RakamanSunting

Lirik dan melodi untuk "Indonesia Maharddhika" telah ditulis di rumah Guruh Sukarnoputra di Jakarta pada tahun 1975 oleh Guruh dan Roni Harahap. Melihat Guruh bergelut untuk mengarang melodi, Roni memainkan pengenalan kepada lagu "That's The Way (I Like It)" dendangan KC and the Sunshine Band dengan penekanan yang diterbalikkan. Gembira, Guruh menulis beberapa lirik, inspirasi daripada puisi Rangga Warsita.[1]

Semasa rakaman, Guruh memainkan gendér dan piano. Chrisye dan Keenan Nasution menyediakan vokal, dengan Chrisye juga memainkan bes dan Keenan memainkan dram. Roni bermain piano, Oding Nasution pada gitar, dan Abadi Soesman pada pensintesis.[2] Hutauruk bersaudara menyediakan vokal latar wanita.[3]

LirikSunting

Lirik lagu "Indonesia Maharddhika" merupakan campuran bahasa Bali dan Indonesia.[1]

Semasa menulis lirik lagu "Indonesia Maharddhika", Guruh Sukarnoputra memutuskan untuk menyembunyikan nama-nama enam penyumbang kepada Guruh Gipsy: Oding (Nasution), Chris(ye), Kinan (Keenan Nasution), Roni (Harahap), Abadi (Soesman), dan Guruh (Sukarnoputra).[1] Yang ditunjukkan di bawah adalah nama Abadi dalam lirik. Singkatan nama yang ditunjukkan dalam huruf tebal.

Aku dengar deru jiwa
Bagai badai mahaghora
Di nusantara raya

Keluaran dan sambutanSunting

"Indonesia Maharddhika" telah dipilih sebagai runut utama Guruh Gipsy pada 1976.[4] "Indonesia Maharddhika" mendapat sambutan. Pada Disember 2009, "Indonesia Maharddhika" telah dipilih oleh Rolling Stone Indonesia sebagai lagu Indonesia ke-59 terbaik sepanjang masa..[1]

RujukanSunting

  1. ^ a b c d Sakrie 2009, halaman 68
  2. ^ Ginting 2009, halaman 297
  3. ^ Salomo Simanungkalit (20 March 2011). "Tiga Generasi dari Zona Batak". Kompas. Diarkibkan daripada asal pada 7 October 2011. Dicapai 10 July 2011. 
  4. ^ Guruh Gipsy. Guruh Sukarnoputra and Gipsy Band. Dela Rohita. 1976. 

BibliografiSunting