Indra Wijaya

pemain dan jurulatih badminton Indonesia dan Singapura

Indra Wijaya (Bahasa Cina: 陳甲寅, lahir 16 Mac 1974) ialah bekas pemain badminton Indonesia yang juga kemudiannya mewakili Singapura. Selepas bersara daripada kejohanan antarabangsa, beliau memulakan kerjaya baharu sebagai jurulatih.[2]

Indra Wijaya
Maklumat peribadi
NegaraIndonesia
Lahir (1974-03-16) 16 Mac 1974 (umur 50)
Cirebon, Jawa Barat, Indonesia
Tinggi1.80 m (5 ka 11 in)[1]
Cakat tanganKanan[1]
Perseorangan lelaki
Ranking tertinggi4
Rekod pingat
Badminton lelaki
Mewakili  Indonesia
Piala Dunia
Pingat gangsa – tempat ketiga Yogyakarta 1997 Perseorangan lekaki
Piala Thomas
Pingat emas – tempat pertama Hong Kong 1998 Pasukan lelaki
Piala Asia
Pingat emas – tempat pertama Jakarta 1997 Pasukan lelaki
Sukan Asia Tenggara
Pingat emas – tempat pertama Jakarta 1997 Pasukan lelaki
Mewakili  Singapura
Kejohanan Asia
Pingat gangsa – tempat ketiga Manila 2001 Perseorangan lelaki
Profil BWF

Wijaya dilahirkan dalam keluarga badminton, adiknya Candra, Rendra dan Sandrawati merupakan bekas pemain Indonesia. Indra Wijaya bermain untuk Indonesia antara 1995-2000. Beliau adalah sebahagian daripada pasukan kebangsaan yang memenangi Piala Thomas pada 1998.[3]

Wijaya memulakan kerjaya baharu sebagai jurulatih di Pusat Badminton Antarabangsa Candra Wijaya, selepas itu beliau diterima sebagai jurulatih perseorangan lelaki dalam pasukan Korea Selatan.[4] Pada 2016, beliau berpindah ke Malaysia sebagai jurulatih perseorangan lelaki kebangsaan, khusus untuk pemain junior.[5] Wijaya meletakkan jawatannya sebagai jurulatih kebangsaan dan mula berkhidmat sebagai jurulatih peribadi Lee Zii Jia pada 15 Februari 2022.[6]

Pencapaian sunting

Piala Dunia sunting

Perseorangan lelaki

Tahun Tempat Lawan Skor Keputusan
1997 Dewan Sukan Among Rogo, Yogyakarta, Indonesia   Joko Suprianto 13–15, 10–15   Gangsa

Kejohanan Asia sunting

Perseorangan lelaki

Tahun Tempat Lawan Skor Keputusan
2001 Arena PhilSports, Manila, Filipina   Xia Xuanze 7–15, 8–15 Gangsa Gangsa

Grand Prix Dunia IBF sunting

Grand Prix Badminton Dunia telah diluluskan oleh Persekutuan Badminton Antarabangsa dari 1983 hingga 2006.

Perseorangan lelaki

Tahun Kejohanan Lawan Skor Keputusan
1996 Terbuka Malaysia   Ong Ewe Hock 15–1, 1–15, 7–15   Naib juara
1997 Terbuka Singapura   Heryanto Arbi 15–3, 14–18, 9–15   Naib juara

Antarabangsa IBF sunting

Perseorangan lelaki

Tahun Kejohanan Lawan Skor Keputusan
1994 Antarabangsa Poland   C. Arief 15–8, 15–12   Juara
2002 Satelit Singapura   Ronald Susilo 10–15, 10–15   Naib juara

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Players: Indra Wijaya" (dalam bahasa Inggeris). Persekutuan Badminton Dunia. Dicapai pada 24 Mei 2019.
  2. ^ "Indra Wija enforces own style" (dalam bahasa Inggeris). Badminton Planet. 15 Februari 2016. Dicapai pada 24 Mei 2019.
  3. ^ "Ahirnya Terungkap, Ini Dia Pelatih Indonesia yang Hijrah ke Malaysia" (dalam bahasa Indonesia). Badmintalk. 19 Disember 2015. Dicapai pada 24 Mei 2019.
  4. ^ Femidiah (8 Jun 2015). "Indra Wijaya Kini Tangani Timnas Bulutangkis Korsel, Haryanto Arbi Ikut Berperan" (dalam bahasa Indonesia). detikSport. Dicapai pada 24 Mei 2019.
  5. ^ "Ex-S'porean player Indra to coach Malaysia badminton". Today. 4 Januari 2016. Dicapai pada 24 Mei 2019.
  6. ^ Talkah, Helmi (16 Februari 2022). "BAM setuju terima peletakan jawatan Indra Wijaya". Kuala Lumpur: Berita Harian. Dicapai pada 21 Mei 2022.

Pautan luar sunting