Indro (pelawak Indonesia)

Pelawak dan pelakon lelaki Indonesia
(Dilencongkan dari Indro Warkop)

Drs. H. Indrodjojo Kusumonegoro (lahir di Purbalingga, 8 Mei 1958; umur 65 tahun), yang lebih dikenali dengan mononim Indro, merupakan seorang pelakon lelaki dan pelawak Indonesia keturunan Jawa. Indro merupakan satu-satunya ahli kumpulan komedi Warkop yang masih hidup.Dia merupakan anggota paling termuda Warkop .

Indro
Indro pada 2014
Kelahiran
Mahatkarta Indrodjojo Kusumonegoro[1]

(1958-05-08) 8 Mei 1958 (umur 65)
Purbalingga, Jawa Tengah, Indonesia
Nama lainIndro Warkop
Pusat pendidikanUniversitas Pancasila
Pekerjaan
Tahun aktif1975–kini
Terkenal keranaAhli Warkop DKI
PasanganDra. Hj. Nita Octobijanthy Saleh (k. 1981; m. 2018)
Anak-anak3

Kehidupan peribadi sunting

Indro merupakan anak kepada Moehammad Oemargatab[2] dan Soeselia Kartanegara.[3] Bapanya seorang pegawai polis manakala ibunya seorang ahli perniagaan katering. Sewaktu kecil, Indro ingin mengikut jejak ayahnya untuk menjadi pegawai tetapi kemudiannya meninggalkan hasratnya selepas ibu bapanya tidak bersetuju. Ayah Indro meninggal dunia pada 1968. Selepas kematian ayahnya, Indro membantu ibunya yang menjalankan perniagaan katering dengan menjadi pembeli di pasar.[4]

Indro berkahwin dengan Nita Octobijanthy pada 1981.[5] Pasangan ini mempunyai tiga anak iaitu Handika Indrajanthy Putri, Satya Paramita Hada Dwinita dan Harleyano Triandro.[6] Anak kedua Indro iaitu Hada Dwinita pernah menjadi ahli pasukan Paskibraka Nasional pada 2001 mewakili Provinsi DKI Jakarta.[7]

Pada 9 Oktober 2018, isteri Indro meninggal dunia akibat kanser paru-paru.[8] Jenazahnya dikebumikan di Taman Pemakaman Umum Tanah Kusir, Jakarta Selatan.[9]

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
2011 Semesta Mendukung Cak Kumis
2012 Sule, Ay Need You Rozak Tambunan
2014 Comic 8 Pemimpin Comic 8
Crush Kakek Andre
2015 Comic 8: Casino Kings part 1 Pemimpin Comic 8
Komedi Moderen Gokil Indro
2016 Comic 8: Casino Kings part 2 Pemimpin Comic 8
Get Up Stand Up Juri
Komedi Gokil 2 Indro
Warkop DKI Reborn: Jangkrik Boss! Part 1 Indro dari masa depan Juga sebagai penerbit eksekutif
2017 Security Ugal-ugalan Komandan Indro
Warkop DKI Reborn: Jangkrik Boss! Part 2 Indro dari masa depan Juga sebagai penerbit eksekutif
2018 Gila Lu Ndro! Al/El
2019 Warkop DKI Reborn 3 Komandan Cok
Sin Filem pendek
2020 Warkop DKI Reborn 4 Filem asal Disney+ Hotstar. Juga sebagai penerbit eksekutif
2021 Pintu Surga Terakhir Ayah Irma
Kapan Pindah Rumah Gusti Filem asal KlikFilm
2022 Cinta Subuh Rofiq
Miracle in Cell No. 7 Kepala napi
2023 Hello Ghost Kuatno
Yang Patah Tumbuh, Yang Hilang Berganti Hardiman

Siri web sunting

Tahun Tajuk Saluran Catatan
2021 Warkop DKI Kartun the Series Disney+ Hotstar Sebagai penerbit

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
1995 Ngelaba
2004 Cewek Ok Cowok Ok
2009 Raja Sulap
2011 Awas Ada Sule 2 Babe
Stand Up Comedy Show Juri Persembahan komedi tunggal
2012 Naik Enak Turun Ogah
2014 Ini Sahur Ko-presenter
2014—2015 Ada Ba-Sho di Warung Kopi Pakde Indro
Comic Story
2015 Ngabuburit Pengisi acara
2021 Lapor Pak! the Movie: Hilangnya Mahkota Atlantis Telefilem

Anugerah dan pencalonan sunting

Tahun Anugerah Kategori Calon Keputusan
2016 SCTV Awards Lifetime Achievement Award Menang
Indonesia Box Office Movie Awards Pemeran Pendukung Pria Terbaik Comic 8: Casino Kings part 1 Tercalon
2017 Indonesian Choice Awards Actor of the Year Tercalon
Festival Film Bandung Lifetime Achievement Award Menang

Rujukan sunting

  1. ^ Matanasi, Petrik (21 November 2018). "Sejarah Intelkam Polri dan Peran Oemargatab Bapaknya Indro Warkop". tirto.id.
  2. ^ "Ayahnya Mantan Kepala Intelijen, Indro Warkop Sejak Awal Diwanti-wanti Tak Ikut Jejak". Kompas.com (dalam bahasa Indonesia). 23 Oktober 2021. Dicapai pada 9 Mei 2022.
  3. ^ "Beri Ucapan Sang Ibu Yang Berulang Tahun, Indro Warkop Sekaligus Titip Mendiang Istri". Grid.id (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 9 Mei 2022.
  4. ^ Riandi, Ady Prawira (30 November 2021). "Indro Bicara soal Kehidupan Masa Kecil hingga Warkop DKI Terjun ke Sinetron". kompas.com. Dicapai pada 28 Jun 2022.
  5. ^ Anggie, Hernowo (11 Februari 2021). "Kenang Mendiang Istri, Indro Warkop: Kalau Lo Masih Ada, Kita Ulang Tahun Pernikahan yang ke-40". liputan6.com. Surya Citra Media. Dicapai pada 28 Jun 2021.
  6. ^ Arifin, Miftahul (27 Mei 2020). "5 Potret Kebersamaan Indro Warkop dan Anak Cucunya, Selalu Kompak". merdeka.com. Dicapai pada 28 Jun 2022.
  7. ^ Teti Cordina, Linda (27 Ogos 2021). "Putri Indro Warkop Memesona, Anggota Paskibraka Nasional 2001". genpi.co. Dicapai pada 28 Jun 2022.
  8. ^ Kumampung, Dian Reinis (9 Oktober 2018). Kistyarini (penyunting). "Istri Indro Warkop Meninggal Dunia". Kompas (dalam bahasa Indonesia). Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Ogos 2020. Dicapai pada 8 Disember 2021.
  9. ^ "Pemakaman Istri Indro 'Warkop'". detik.com. 10 Oktober 2018. Dicapai pada 28 Jun 2022.

Pautan luar sunting