Industri automotif

Industri automotif merangkumi apa-apa bidang yang berkaitan kenderaan bermotor, dan ia merupakan sektor ekonomi terpenting dalam hasil pendapatan. Namun istilah industri automotif selalunya tidak termasuk industri lain yang berkaitan kenderaan selepas kenderaan bermotor dihantar kepada pengguna seperti bengkel kereta dan stesen minyak.

Trend penggunaan sunting

Lebih kurang 250 juta kenderaan digunakan di Amerika Syarikat. Di seluruh dunia, terdapat lebih kurang 806 juta kereta dan lori ringan pada tahun 2007, menggunakan lebih 260 bilion gelen bahan api petrol dan diesel setiap tahun.[1] Sesetengah pihak berpendapat bahawa sistem pengangkutan awam bandar terbukti tidak berdaya tahan, menggunakan tenaga berlebihan, memberi kesan terhadap kesihatan populasi, serta menawarkan tahap perkhidmatan yang semakin menurun walaupun dengan pelaburan yang semakin meningkat. Kebanyakan kesan negatif tersebut tertumpu kepada kumpulan sosial yang kurang cenderung memiliki serta memandu kereta.[2][3] [4]Pergerakan pengangkutan yang berdaya tahan tertumpu kepada penyelesaian terhadap masalah tersebut.

Cawangan Detroit bagi Kumpulan Konsultan Boston meramalkan bahawa, menjelang tahun 2014, satu pertiga daripada permintaan dunia tertumpu kepada empat negara BRIC (Brazil, Rusia, India dan China). Pasaran automotif lain yang berpotensi untuk berkuasa ialah Iran dan Indonesia.[5]

Sejarah sunting

Kereta berenjin petrol pertama yang praktikal dibina oleh Karl Benz pada tahun 1885 di Mannheim, Jerman. Benz memperoleh paten bagi keretanya pada 29 Januari 1886, serta memulakan pengeluaran kereta pada tahun 1888, selepas isterinya Bertha Benz melakukan perjalanan jauh pertama pada Ogos 1888 - dari Mannheim ke Pforzheim dan pulang semula - sekaligus membuktikan bahawa pedati tanpa kuda tersebut sangat sesuai untuk kegunaan harian. Sejak tahun 2008, Laluan Memorial Bertha Benz diwartakan bagi mengenang peristiwa tersebut.

Tidak lama kemudian, Gottlieb Daimler dan Wilhelm Maybach di Stuttgart pada tahun 1889 mereka bentuk sebuah kenderaan dari mula sebagai sebuah kereta dan bukannya kereta kuda yang dilengkapi enjin. Mereka juga dinamakan sebagai pencipta motosikal pertama, Daimler Reitwagen, pada tahun 1885, tetapi Enrico Bernardi dari Universiti Padua di Itali, pada tahun 1882, telah mempatenkan enjin petrol satu silinder 0.024 horsepower (17.9 W) 122 cc (7.4 cu in) yang dipasang pada basikal roda tiga anak lelakinya, menjadikannya salah satu calon kereta pertama, serta motosikal pertama;.[6]:p.26 Bernardi membesarkan basikal roda tiga itu pada tahun 1892 untuk membawa dua penumpang dewasa.[6]:p.26

Pengeluaran kenderaan bermotor sedunia sunting

Mengikut tahun sunting

Pengeluaran kenderaan bermotor dunia

(kereta dan kenderaan komersial)

Tahun Pengeluaran Perubahan Sumber
1997 52,987,000   [7]
1998 57,987,000 -2.70% [7]
1999 56,258,892 2.98% [8]
2000 58,374,162 3.80% [9]
2001 56,304,925 -3.50% [10]
2002 58,994,318 4.80% [11]
2003 60,663,225 2.80% [12]
2004 64,496,220 6.30% [13]
2005 66,482,439 3.10% [14]
2006 69,222,975 4.10% [15]
2007 73,266,061 5.80% [16]
2008 70,520,493 -3.70% [17]
2009 60,986,985 -13.50% [18]


Mengikut negara sunting

Mengikut pengeluar sunting


Hubungan pengeluar sunting

Adalah lumrah bagi sesebuah pengeluar kereta untuk memiliki saham dalam syarikat automotif lain. Pemilikan ini akan diterangkan dengan lebih lanjut bagi sesebuah syarikat individu.

Hubungan terkini yang utama termasuklah:

Rujukan sunting

  1. ^ "Automobile Industry Introduction". Plunkett Research. 2008. Dicapai pada 2010-09-09.
  2. ^ Kenworthy, J R (2004). "Transport Energy Use and Greenhouse Emissions in Urban Passenger Transport Systems" (PDF). Institute for Sustainability and Technology Policy. Dicapai pada 2008-07-22.
  3. ^ World Health Organisation, Europe. "Health effects of transport". Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-02-06. Dicapai pada 2008-08-29.
  4. ^ Social Exclusion Unit, Office of the Prime Minister (UK). "Making the Connections - final report on transport and social exclusion" (PDF). Dicapai pada 2003-02-01.
  5. ^ Paul A. Eisenstein Building BRIC's: 4 Markets Could Soon Dominate the Auto World at TheDetroitBureau.com
  6. ^ a b Georgano, G. N. Cars: Early and Vintage, 1886–1930. (London: Grange-Universal, 1985)
  7. ^ a b http://oica.net/wp-content/uploads/2007/06/cl98type.pdf
  8. ^ http://oica.net/category/production-statistics/1999-statistics/
  9. ^ http://oica.net/category/production-statistics/2000-statistics/
  10. ^ http://oica.net/category/production-statistics/2001-statistics/
  11. ^ http://oica.net/category/production-statistics/2002-statistics/
  12. ^ http://oica.net/category/production-statistics/2003-statistics/
  13. ^ http://oica.net/category/production-statistics/2004-statistics/
  14. ^ http://oica.net/category/production-statistics/2005-statistics/
  15. ^ http://oica.net/category/production-statistics/2006-statistics/
  16. ^ http://oica.net/category/production-statistics/2007-statistics/
  17. ^ http://oica.net/category/production-statistics/2008-statistics/
  18. ^ http://www.oica.net/category/production-statistics/
  19. ^ "Ford And Mazda To Sign Divorce Papers Tomorrow". Thetruthaboutcars.com. 2009-11-17. Dicapai pada 2011-01-11.
  20. ^ "IKCO takes lead in quality Tondar 90 production". Previous.presstv.com. 2009-12-24. Dicapai pada 2010-09-09.

Pautan Luar sunting