Industri senja

Industri senja (Bahasa Inggeris: sunset industry) merupakan industri yang sedang merosot setelah melepasi zaman kemuncaknya. Contohnya: teknologi rakaman video atau audio analog digantikan oleh teknologi setara yang digital; walaupun peralatan analog masih ditawarkan, penjualan menurun secara mendadak dan tidak dijangka pulih, jadi segmen pasaran ini telah dicap sebagai 'industri senja'.[1] Banyak negara berusaha melindungi industri senja dalam kerana ia masih memberikan peluang pekerjaan, melalui dasar-dasar perlindungan untuk memperlahankan kemerosotan sementara industri baharu berkembang.

RujukanSunting

  1. ^ Christian Schiller (July 1, 2008). "Let's face it, analogue is a sunset industry". SecurityWorldHotel.com. Dicapai pada 2008-05-16.