Dalam ekonomi, inflasi bermaksud suatu kenaikan dalam tingkat harga umum barangan dan perkhidmatan dalam sesebuah ekonomi dari semasa ke semasa.[1] Dengan peningkatan tingkat harga umum, setiap unit mata wang cuma dapat membeli barangan dan perkhidmatan dalam jumlah yang kurang daripada sebelumnya. Oleh itu, inflasi juga mencerminkan penurunan dalam kuasa beli wang iaitu satu kehilangan nilai sebenar dalam medium pertukaran dalaman dan unit akaun dalam sesebuah ekonomi.[2][3] Satu ukuran utama bagi inflasi harga adalah kadar inflasi iaitu perubahan peratusan tahunan di dalam sesuatu indeks harga umum (biasanya disebut Indeks Harga Pengguna) dari semasa ke semasa.[4]

Kadar inflasi (2019)
Kadar inflasi tahunan di A.S., 1666-2019.
Ekonomi

Kategori umum

Mikroekonomi · Makroekonomi
Sejarah pemikiran ekonomi
Metodologi · Pendekatan heterodoks

Ekonometrik

Ekonomi matematik · Statistik
Keratan rentas & Panel Data
Persamaan serentak  · Siri masa
Pengiraan · Eksperimen
Akaun negara

Bidang dan subbidang

Kelakuan · Budaya · Evolusi
Tumbesaran · Pembangunan · Sejarah
Antarabangsa · Sistem ekonomi
Ekonomi monetari dan kewangan
Ekonomi awam dan Kebajikan
Kesihatan · Pendidikan · Kebajikan
Penduduk · Buruh · Pengurusan
Perniagaan · Maklumat · Teori permainan
Organisasi perindustrian · Undang-undang
Pertanian · Sumber alam
Persekitaran · Ekologi
Bandar · Luar bandar · Serantau · Geografi

Senarai

Jurnal · Penerbitan
Kategori · Tajuk · Ahli ekonomi

Portal Perniagaan dan Ekonomi

Kesan inflasi terhadap sebuah ekonomi adalah pelbagai dan boleh jadi positif dan negatif serentak. Kesan negatif inflasi termasuk pengurangan nilai sebenar wang dan item-item monetari lain dari masa ke semasa, ketidakpastian terhadap inflasi pada masa hadapan boleh mengurangkan pelaburan dan simpanan, dan inflasi yang tinggi boleh membawa kepada kekurangan barangan apabila pengguna mula menyorokkan barangan kerana bimbang harga akan naik pada masa akan datang. Kesan positif termasuklah memastikan bank-bank pusat boleh menyesuaikan kadar faedah nominal (yang bertujuan untuk mengurangkan kesan kemelesetan ekonomi),[5] dan menggalakkan pelaburan dalam projek-projek modal bukan monetari.

Ahli ekonomi setuju bahawa hiperinflasi (kadar inflasi yang tinggi) disebabkan oleh pertumbuhan tinggi bekalan wang.[6] Pandangan tentang kadar inflasi yang sederhana pula pelbagai. Inflasi yang rendah atau sederhana disumbang oleh turun naik permintaan sebenar barangan dan perkhidmatan, atau perubahan dalam bekalan seperti semasa kekurangan, dan juga pertumbuhan dalam bekalan wang. Kebanyakan ahli ekonomi bersetuju tempoh inflasi yang berterusan disebabkan kadar pertumbuhan bekalan wang lebih pantas daripada pertumbuhan produktiviti dalam sesuatu ekonomi.

Tugas mengawal kadar inflasi yang rendah dijalankan oleh pihak berkuasa kewangan yang membuat polisi kewangan. Umumnya mereka ini bank pusat yang mengawal saiz bekalan wang melalui penetapan kadar faedah, melalui operasi pasaran terbuka, dan melalui penetapan rizab bank.

Ukuran sunting

Inflasi selalunya diukur dengan mengira kadar kenaikan indeks harga yang selalunya merujuk kepada indeks harga pengguna (IHP). IHP mengukur harga satu kumpulan atau bakul barangan dan perkhidmatan yang dibeli oleh pengguna. Kadar inflasi diambil daripada kadar peratus perubahan IHP pada sesuatu masa.

Indeks harga lain yang digunakan untuk mengira inflasi adalah seperti berikut:

Faktor inflasi sunting

Secara umumnya, inflasi boleh disebabkan oleh satu daripada faktor-faktor berikut atau kombinasi faktor-faktor ini:

Inflasi tolakan kos sunting

Inflasi tolakan kos disebabkan oleh kenaikan kos pengeluaran yang tinggi. Kenaikan kos pengeluaran ini disebabkan oleh kenaikan harga bagi faktor-faktor pengeluaran seperti tingkat upah. Contohnya, jika kadar upah meningkat dengan tinggi maka kos pengeluaran akan meningkat.

Apabila kos pengeluaran meningkat, maka pengeluar yang sentiasa mahu memaksimumkan keuntungan akan mengenakan harga yang tinggi kepada pengguna. Selepas merasakan kesan kenaikan harga ini (penurunan dalam tingkat pendapatan benar), pengguna yang juga bekerja (dianggap sebagai buruh) akan meminta kenaikan gaji yang baru dan lebih tinggi bagi menampung peningkatan harga ini. Jika mereka berjaya, kos pengeluaran akan meningkat dan seterusnya pengeluar pula akan meningkatkan harga mereka. Tingkat harga umum akan meningkat sekali lagi.

Inflasi tarikan permintaan sunting

Inflasi tarikan permintaan berpunca daripada ketidakseimbangan antara jumlah permintaan dengan jumlah penawaran barangan dan perkhidmatan dalam sesebuah negara pada sesuatu masa tertentu. Jika berlaku peningkatan jumlah permintaan yang tinggi berbanding dengan jumlah penawaran, maka inflasi akan wujud. Keadaan ini wujud apabila peningkatan permintaan berlaku pada masa ekonomi negara berada pada tingkat gunatenaga penuh. Apabila sesebuah ekonomi mencapai gunatenaga penuh, tingkat pengeluaran sukar dinaikkan dengan cepat untuk menampung permintaan yang melambung ini, sama ada oleh sebab pasaran buruh atau pembekalan barangan. Peningkatan jumlah permintaan pula boleh berpunca kepada:

  • Peningkatan tingkat pendapatan

Peningkatan yang tinggi dalam permintaan agregat disebabkan oleh peningkatan dalam pendapatan pengguna. Pendapatan yang tinggi ini akan meninggikan kecenderungan pengguna untuk berbelanja dan ini akan meningkatkan jumlah permintaan dalam sesebuah ekonomi. Pada kebiasaannya, peningkatan pendapatan pengguna berlaku pada ketika ekonomi mengalami pertumbuhan yang tinggi.

  • Peningkatan penawaran wang

Penawaran wang yang banyak dalam sesuatu ekonomi boleh meningkatkan jumlah permintaan dalam negara. Jika penawaran wang tidak dikawal, maka ekonomi pada keseluruhannya mempunyai kadar kecairan yang tinggi dan ia akan meningkatkan jumlah permintaan dalam negara. Jika terlalu banyak wang yang mengejar barangan dan perkhidmatan yang sedikit, maka inflasi akan wujud.

Inflasi diimport sunting

Inflasi diimport boleh disebabkan oleh dua faktor:

  • Peningkatan harga di luar negara

Inflasi boleh menyerap dalam sesebuah negara melalui import terutamanya bagi sesebuah ekonomi terbuka yang banyak mengimport barangan dan perkhidmatan dari luar negara. Jika harga import ini meningkat, maka ia akan memberi kesan kepada harga dalam negara.

  • Penurunan kadar pertukaran wang

Inflasi import ini juga dipengaruhi oleh kadar pertukaran wang. Umpamanya, jika kadar pertukaran wang Malaysia dengan Amerika Syarikat jatuh (bermakna semakin banyak ringgit diperlukan untuk membeli satu dolar Amerika), maka dengan secara langsung Malaysia terpaksa membelanjakan banyak wang untuk mendapat sejumlah barangan dan membayar dengan harga yang tinggi. Tentunya harga yang tinggi ini akan dikenakan ke atas pengguna dalam negara.

Jangkaan pengguna sunting

Inflasi juga dipengaruhi oleh jangkaan pengguna. Jika pengguna membuat jangkaan yang harga akan naik pada masa hadapan, mereka akan berbelanja sekarang dan ini akan menambah jumlah permintaan dalam sesuatu ekonomi. Seterusnya, ini akan memberi peluang kepada pengeluar untuk mengambil kesempatan untuk meningkatkan harga.

Kesan inflasi sunting

Peningkatan tingkat umum harga membayangkan penurunan dalam kuasa beli mata wang. Apabila tingkat umum harga meningkat, setiap unit wang untuk membeli barangan dan perkhidmatan berkurangan. Kesan inflasi tidak diagihkan secara sama rata dalam ekonomi, dan akibatnya terdapat kesan negatif untuk sesetengah orang dan kesan positif kepada sesetengan orang lain akibat daripada penurunan dalam kuasa beli wang. Sebagai contoh, dengan inflasi, orang yang memiliki aset fizikal, seperti hartanah, saham dan lain-lain, mendapat manfaat daripada peningkatan harga/nilai pegangan mereka, apabila orang lain berusaha untuk memperoleh atau membeli aset itu daripada mereka. Keupayaan mereka untuk berbuat demikian akan bergantung pada sejauh mana pendapatan mereka adalah tetap. Sebagai contoh, peningkatan dalam upah kepada pekerja dan pesara sering ketinggalan daripada kadar inflasi, dan bagi sesetengah orang pendapatan adalah tetap. Individu atau institusi yang mempunyai aset tunai akan mengalami penurunan dalam kuasa beli tunai. Peningkatan dalam tingkat harga (inflasi) menghakis nilai sebenar wang (mata wang fungsian) dan item yang lain-lain yang mempunyai nilai monetari.

Kesan positif sunting

Penyesuaian dalam pasaran buruh
Upah nominal biasanya tidak atau sukar untuk disesuaikan agar menurun atau berkurangan. Ini boleh membawa pada ketakseimbangan yang berpanjangan dan pengangguran yang tinggi dalam pasaran buruh. Oleh kerana inflasi membolehkan gaji sebenar jatuh walaupun upah nominal terus kekal, inflasi yang sederhana membolehkan pasaran buruh untuk mencapai keseimbangan yang lebih cepat.[7]
Ruang untuk membuat penyesuaian dasar monetari
Alat utama untuk mengawal bekalan wang adalah keupayaan untuk menetapkan kadar diskaun iaitu kadar pinjaman daripada bank pusat, dan operasi pasaran terbuka, apabila bank pusat campur tangan dalam pasaran bon dengan tujuan untuk mempengaruhi kadar faedah nominal. Jika sesuatu ekonomi berada dalam kemelesetan dengan kadar faedah nominal yang rendah, atau sifar, maka bank tidak boleh mengurangkan kadar ini lagi (kerana kadar faedah nominal negatif adalah mustahil) untuk merangsang ekonomi - keadaan ini dikenali sebagai perangkap kecairan.
Kesan Mundell–Tobin
Penerima Hadiah Nobel Robert Mundell berkata inflasi yang sederhana akan mendorong penyimpan untuk menggantikan pinjaman kepada menyimpan wang sebagai satu cara untuk membiayai perbelanjaan masa depan. Penggantian ini akan menyebabkan kadar faedah sebenar jatuh. Kadar sebenar yang lebih rendah akan mendorong lebih banyak pinjaman dibuat untuk membiayai pelaburan. Dalam nada yang sama, pemenang Nobel James Tobin berkata inflasi akan menyebabkan perniagaan menggantikan pelaburan dalam modal fizikal (loji, kelengkapan, dan inventori) untuk baki wang dalam portfolio aset mereka. Penggantian bermakna memilih membuat pelaburan dengan kadar pulangan sebenar yang lebih rendah. (Kadar pulangan adalah lebih rendah kerana pelaburan dengan kadar pulangan yang lebih tinggi telah pun dibuat sebelum ini.) Kedua-dua kesan yang berkaitan ini dikenali sebagai kesan Mundell-Tobin. Melainkan jika ekonomi sudah terlebih mengalami pelaburan berdasarkan model-model teori pertumbuhan ekonomi, pelaburan tambahan akibat daripada kesan ini akan dilihat sebagai positif.
Ketakstabilan deflasi
Ahli ekonomi SC Tsiang memerhatikan bahawa apabila deflasi yang ketara dijangka berlaku, dua kesan penting akan hadir; kedua-dua hasil daripada pemegangan wang menggantikan pinjaman sebagai cara untuk menyimpan. Kesan pertama adalah kejatuhan harga secara berterusan yang menyebabkan insentif tidak berbelanja menyebabkan ketidakstabilan yang disebabkan oleh ketakutan yang semakin meningkat. Sementara wang yang tidak dibelanjakan meningkat dari segi nilai, nilai itu berisiko, kerana orang ramai menyedari bahawa apabila wang itu mula dibelanjakan untuk barangan sebenar dan aset, ia akan menyebabkan harga naik. Oleh itu, rejim deflasi jangka panjang berkemungkinan akan diganggu oleh inflasi berkala dan gangguan ekonomi yang timbut. Inflasi yang sederhana dan stabil akan mengelakkan apa-apa ketakstabilan dalam pergerakan harga.


Lihat juga sunting

Bacaan lanjut sunting

Pautan luar sunting

Nota kaki sunting

  1. ^ Tobin, James, American Economic Review, march (1969), "Inflation and Unemployment"
  2. ^ Mundell, James, Journal of Political Economy, LXXI (1963), 280–83 "Inflation and Real Interest"
  3. ^ Tobin, J. Econometrica, V 33, (1965), 671–84 "Money and Economic Growth"
  4. ^ Mankiw 2002
  5. ^ (p272)
  6. ^ Robert Barro and Vittorio Grilli (1994), European Macroeconomics, Bab 8, ms. 139, Rajah 8.1. Macmillan, ISBN 0-333-57764-7.
  7. ^ Tobin, James, American Economic Review, march (1969), "Inflation and Unemployment"