Inikah Cinta (drama)

Inikah Cinta adalah drama bersiri romantik komedi Malaysia 2016 arahan Ahmad Khalid Ahmad Nazri dan terbitan Uniutama Management Holdings Sdn Bhd. Drama 14 episod ini telah disiarkan bermula 31 Januari hingga 4 Mac 2016 di Slot Dahlia TV3.[1] Menampilkan Niezam Zaidi, Farah Nabilah dan Aweera sebagai pelakon utama.

Inikah Cinta
GenreRomantik
Komedi
Ditulis olehUcu Fadzilah Husin
PengarahAhmad Khalid Ahmad Nazri
Dibintangi oleh
Negara asalMalaysia
BahasaBahasa Malaysia
Bilangan episod14
Penerbitan
Penerbit eksekutifNassarudin Ab Rasif @ Ramli
PenerbitSuardi Mohamed Zakaria
PenyuntingSanji
Tempoh siaran41–43 minit
Syarikat penerbitan
Uniutama Management Holdings Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalTV3 (Slot Dahlia)
Siaran asal31 Januari 2016 – 4 Mac 2016
Kronologi
MengikutiAnakku Diva
Diikuti olehCinta 100kg

Sinopsis sunting

Mengisahkan kehidupan sekumpulan pelajar yang bakal menghargai rasa cinta dan persahabatan. Muammar (Niezam Zaidi) yang baru melangkah ke alam universiti tidak sabar menjalani kehidupannya sebagai mahasiswa. Dalam masa yang sama, dia juga tidak sabar mendaftarkan diri untuk Kelab Fotografi kerana dia baru sahaja membeli kamera DSLR kesayangannya.

Muammar jatuh hati kepada pengerusi Kelab Fotografi yang baru dilantik, Rose Adeline (Farah Nabilah). Dalam beberapa tugasan yang diberikan, Muammar sentiasa cuba mencuri hati Rose namun perasaannya tidak pernah dilayan. Rose sebenarnya terlalu fokus untuk menghasilkan sebuah formula baharu untuk mencipta minyak wangi yang memerlukan pelbagai ekstrak spesis bunga.

Muammar yang sentiasa mencari peluang untuk mendekati Rose. Mereka sering bertemu di perpustakaan kerana di situ, Rose sering membuat kajian mengenai bunga. Suatu hari, Muammar menyatakan perasaan cintanya kepada Rose. Rose merasakan Muammar mungkin ingin mempermainkannya. Namun bagi memastikan niat Muammar, Rose memberikan cabaran bagi mendapatkan pelbagai spesis bunga yang diperlukannya. Kini Muammar berhadapan dengan cabaran dengan janjinya mendapatkan bunga-bunga yang sukar ditemuinya.

Manakala Rose juga rasa terhimpit kerana ibunya, Dr Dahlia (Jasmin Hamid) berusaha menukarkan pengajian Rose ke Dublin. Sementara Muammar berusaha melunaskan janjinya, Rose juga mula berfikir sama ada dia mampu mencintai Muammar atau hanya mempergunakan kebaikan lelaki itu. Adakah cita-cita Rose menghasilkan minyak wangi tercapai? Mungkinkah Rose mampu mencintai Muammar? Adakah Muammar sanggup melakukan apa sahaja untuk Rose?

Pelakon sunting

Pelakon utama sunting

Pelakon pembantu sunting

  • Aweera sebagai Aizat
  • Fizz Fairuz sebagai Mizan
  • Syainie Aida sebagai Puteri
  • Jasmin Hamid sebagai Dr Dahlia
  • Kazar Saisi sebagai Hj Zahari
  • Zee Zainal sebagai Muzamil
  • Maznah Hamid sebagai Hjh Khadijah
  • Ayunni Syuhaida sebagai Lily
  • Syazliana Shuhaimi sebagai Afifah
  • Acap Jamaludin sebagai Andy
  • Nur Azwaadiey Rosli sebagai Ucop
  • Cikgu Zahir sebagai Pak Sidek
  • Ustaz Syed sebagai Pak Imam
  • Pak Akob sebagai Pak Cik Ali
  • Cik Usin sebagai Driver UUM
  • Farah Shahirah sebagai Pelajar Universiti

Lagu tema sunting

  • Tajuk: "Beautiful"
  • Penyanyi: Aziz Harun
  • Komposer: Aziz Harun, Faizal Tahir, Mike Chan dan Omar K

Rujukan sunting

  1. ^ "Drama Inikah Cinta (TV3)". MyInfotaip. 12 Februari 2016.