Inisiatif Jalur Lebar Nasional

Inisiatif Jalur Lebar Nasional (bahasa Inggeris; National Broadband Initiative; NBI) dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 24 Mac 2010. inisiatif yang didokongi oleh Kerajaan Malaysia menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) ini merupakan suatu pelan "Strategi bagi Pengimplementasian Jalur Lebar Nasional". Asas pelaksanaannya adalah untuk membawa jalur lebar ke serata pelusuk negara Malaysia. Pada tahun 2007, kerajaan Malaysia telah menyasarkan sasaran bahawa 50% dari seluruh isi rumah di negara Malaysia akan mencapai penggunaan perkhidmatan jalur lebar menjelang tahun 2010.

Jalur lebar kelajuan tinggi sunting

Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Tan Sri Khalid Ramli menyatakan jalur lebar kelajuan tinggi (HSBB) dilancarkan oleh Telekom Malaysia dengan kelajuan 10 megabit sesaat (Mbps). Kelajuan sedia ada ialah 2Mbps dan hanya mampu untuk e-mel dan rangkaian perkongsian video, YouTube. Selepas ini pengguna dapat menonton televisyen menerusi aplikasi IPTV dan HDTV. Perkhidmatan pendidikan lanjutan menerusi dalam talian, pasca produksi multimedia dan e-kesihatan juga dapat dinikmati.

Dengan adanya NBI, kadar penembusan jalur lebar isi rumah meningkat 50 % pada akhir 2010. Selain itu sumbangan 1 % kepada KDNK negara dan mewujudkan 135,000 pekerjaan baharu. Pada Mac 2010, kadar langganan jalur lebar isi rumah ialah 33.2 %. Kini 7.4 juta langganan 3G selular dan 2.78 juta langganan jalur lebar di Malaysia.

Kajian mendapati, rakyat Malaysia adalah pengguna Yahoo! nombor 1 di Asia, ke-3 bagi rangkaian sosial Friendster, ke-4 terbesar dari segi peserta blog dan ke-19 bagi Facebook.[perlu rujukan]

Kawasan liputan sunting

Kawasan liputan membabitkan 27 kawasan di Lembah Klang. Penduduk akan menikmati jalur lebar kelajuan tinggi (HSBB) dalam tempoh dua tahun.Lokasi utama ialah Bangsar, Taman Tun Dr Ismail, Shah Alam dan Subang Jaya.Tahun 2011 diperluaskan ke Bandar Tun Razak, Sungai Besi, Gombak dan Kajang .Seterusnya diperluaskan ke Kepong, Batu, Wangsa Maju, Segambut, Damansara, Titiwangsa, Cheras, Seputeh, Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Serdang, Puchong, Putrajaya, Cyberjaya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Klang, Selayang dan Ampang.[1]

Rujukan sunting

  1. ^ "HSBB bakal manfaatkan pengguna Internet di Lembah Klang bermula bulan ini". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-03-23. Dicapai pada 2010-03-15.

Pautan luar sunting