Insiden telur Fraser Anning

Pada 16 Mac, 2019, senator Australia Fraser Anning dihentam telur ketika dia membuat kenyataan mengenai serangan Christchurch.[1] Telur itu dihancurkan di belakang kepala Anning yang dilakukan oleh William Connolly pada saat persidangan di Moorabbin, Victoria yang secara serentak membuat penggambaran pada telefon bimbitnya. Sebagai tindak balas, Anning dua kali menumbuk remaja itu di muka. Connolly kemudian digelar sebagai "Eggboi" di media sosial. Eggboi kemudian dipuji sebagai wira dan orang ramai telah mula menyumbangkan wang untuk dia membeli lebih banyak telur.[2]

Later belakangSunting

Pada 15 Mac, 2019, seorang lelaki bersenjata berideologikan ketuanan kulit putih melepaskan tembakan dan membunuh lebih 50 orang di Masjlid Al-Noor, dan Pusat Islam Linwood, Christchurch di New Zealand. Sejurus selepas itu, Senator Australia haluan kanan jauh dan bebas Fraser Anning mengeluarkan kenyataan rasmi yang secara meluas dikecam di dalam dan di luar Australia kerana Islamofobia dan tidak sensitif kepada mangsa serangan pengganas. Sehari selepas kenyataannya, petisyen yang meminta pengusirannya dari parlimen Australia telah mengumpulkan 250,000 tandatangan. Laman rasmi Anning di Facebook turut dibanjiri serangan oleh netizen rakyat Malaysia dengan deras.[3]

Detik insidenSunting

Pada 16 Mac, 2019 Anning mengadakan sidang akhbar di Moorabbin, Melbourne, di mana beliau mencadangkan bahawa penyebab serangan terhadap orang Muslim di New Zealand adalah berpunca dari keganasan Islam itu sendiri. Semasa taklimat ini, remaja itu menyelinap masuk ke dalam bilik dan kemudiannya mengganggu Anning dengan memecahkan telur di kepalanya sambil merakam insiden dengan telefonnya. Anning kemudian memukul remaja itu, yang terus merekodkan kejadian dengan telefonnya, sehingga Anning menumbuknya lagi. Selepas itu, beberapa kakitangan dan penyokong Anning bergelut remaja itu, menjatuhkan dia ke lantai, dan mula menendang remaja itu ketika dia berada dia terbaring.

Remaja itu ditangkap oleh Polis Victoria, dan dibebaskan kemudian hari tanpa pertuduhan.[4]

ReaksiSunting

  • Sebuah GoFundMe mula menyokong yuran ikat jamin Willy dan mengalakkan dia membeli lebih banyak telur, serta mendakwa telah menaikkan A$ 10,000 di dalam tempoh 24 jam.[5]
  • Selepas video kejadian tersebar di media sosial, ramai orang menyebarkan mesej sokongan kepada remaja itu.[6][7]
  • Perdana Menteri Australia Scott Morrison mencadangkan bahawa "kuasa penuh undang-undang" perlu digunakan bagi tindakan ke atas Anning.[8]
  • Seruan oleh Ahli Parlimen Malaysia untuk mengharamkan Anning dari melawat dan memasuki negara Malaysia[9]

Lihat jugaSunting


RujukanSunting

  1. ^ "Fraser Anning punches teen after being egged in Melbourne". ABC News. 2019-03-16. Dicapai pada 2019-03-16.
  2. ^ "'Eggboi' who took on racist Aussie Senator hailed as a hero". Newshub (dalam bahasa Inggeris). 2019-03-17. Dicapai pada 2019-03-17.
  3. ^ "Australian Senator Fraser Anning punches teen after being egged". The Guardian. 16 March 2019. Dicapai pada 16 March 2019.
  4. ^ George-Allen, Sam (2019-03-16). "Teen Who Egged Fraser Anning Released Without Charge, Hailed An Aussie Hero". Pedestrian TV. Dicapai pada 2019-03-16.
  5. ^ Yurcaba, Josephine B. (2019-03-16). "There's A GoFundMe Page For "Eggboy," The Teen Who Egged An Australian Senator". Bustle. Dicapai pada 2019-03-16.
  6. ^ Keith, Elizabeth (2019-03-16). "Canadians Are Obsessed With #Eggboy And Want Him To Come Egg Some Politicians Here". Narcity.com. Narcity Media. Dicapai pada 2019-03-16.
  7. ^ Blackmon, Michael (2019-03-16). "A 17-Year-Old Has Gone Viral For Egging A Politician Who Blamed Muslims For The Christchurch Attack". BuzzFeed News. Dicapai pada 16 March 2019.
  8. ^ Karp, Paul (17 March 2019). "'Full force of the law' should apply to Fraser Anning after egging incident, Morrison says". The Guardian. Dicapai pada 18 March 2019.
  9. ^ Kaur, Minderjeet (2019-03-18). "Ban Aussie Rep Fraser Anning From Entering Malaysia, Urges MP". Freemalaysiatoday.com. Dicapai pada 2019-03-19.