Penunuan

(Dilencongkan dari Insinerator)

Penunuan atau insinerasi ialah satu teknologi olahan sisa yang melibatkan pembakaran bahan dan/atau benda organik. Penunuan dijalankan menggunakan jentera yang dipanggil penunu atau insinerator.

Loji penunuan Spittelau di Vienna, Austria
Loji penunuan SYSAV di Malmö, Sweden (Mac 2007)

Sebelum itu, sampah-sampah tersebut telah diasingkan antara kertas, plastik, kayu, logam, kaca dan lain-lain. Penunuan mempunyai faedah besar untuk olahan sesetengah jenis sisa seperti sisa perubatan dan sebahagian sisa berbahaya di mana patogen dan toksin boleh dimusnahkan oleh suhu tinggi.

Penggunaan penunuan tidaklah menggantikan teknik tapak pelupusan sampah sepenuhnya, sebaliknya seiringan. Kaedah ini lebih mesra alam kerana sampah tidak masuk meresap ke dalam tanah. Sisa pembakaran dapat dijadikan baja. Sampah yang dibakar boleh dijana menjadi tenaga elektrik, manakala haba yang terhasil boleh digunakan untuk memanaskan taman perumahan berdekatan. Kaedah ini telah banyak digunakan di negara maju seperti Jepun, Denmark, Sweden dan Jerman.

Debat berkaitan penunuan sunting

Penggunaan penunuan bagi olahan sisa penuh dengan kontroversi.

Alasan menyokong sunting

  • Tempat pelupusan sampah semakin penuh dan tidak mungkin dapat menampung sampah yang semakin meningkat pada masa akan datang. Sisa sampah juga larut resap ke dalam tanah, lecet masuk ke dalam sungai dan mencemarkan kawasan empangan di tengah atau di hilir sungai.[1]
  • Dapat menghasilkan tenaga elektrik dan haba dan dibekalkan kepada penduduk atau industri berhampiran.
  • Dapat melupuskan sisa perubatan, sesetengah sisa berbahaya dan kumbahan yang boleh membawa penyakit.[2]
  • Isi padu sisa selepas pembakaran berkurang 80-90%, menambah hayat tapak pelupusan. Abu dari penunu moden diaca pada suhu ~1000 darjah Celsius, mengurangkan kelarutresapan dan ketoksikan sisa.

Alasan membantah sunting

  • Kos modal yang amat tinggi.[2]
  • Sindrom "bukan di belakang rumah saya" (not in my backyard).[1]
  • Isu kesihatan dan keselamatan, terutama pembebasan bahan kimia dioksin, furan dan raksa yang didakwa menyebabkan penduduk berhampiran mandul dan barah.[1]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c Denmark bukti insinerator tidak cemar alam sekitar, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
  2. ^ a b Transformasi Sisa Melalui Insinerator Diarkibkan 2009-07-29 di Wayback Machine, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam KPKT