Inspektor Shiratori
Ninzaburo Shiratori (白鳥 任三郎 Shiratori Ninzaburō?), yang dikenali sebagai Nicholas Santos dalam versi FUNimation Dub, merupakan salah satu watak dalam siri anime Detektif Conan. Beliau berusia sekitar 28 tahun dan merupakan seorang inspektor polis dalam Bahagian 1 (Seksyen Pembunuhan) di Jabatan Polis Metropolitan Tokyo. Kemunculan pertamanya ialah dalam filem Detektif Conan yang pertama iaitu Detective Conan: The Time-Bombed Skyscraper.
Ninzaburo Shiratori | |
---|---|
Watak Detektif Conan | |
Kemunculan pertama |
Detective Conan: The Time-Bombed Skyscraper |
Dicipta oleh |
Gosho Aoyama |
Disuarakan oleh |
Kaneto Shiozawa (Episod 146-157, filem 1 - 4) - meninggal dunia Kazuhiko Inoue (Episod 205 - kini) |
Profil | |
Nama panggilan | Shiratori-keibu, Shiratori-san, Shiratori-kun |
Jantina | Lelaki |
Dalam versi bahasa Inggeris, aktor suaranya ialah Eric Vale.
Zaman kanak-kanak
suntingSemasa zaman kanak-kanaknya, Shiratori bercita-cita menjadi seorang peguam. Beliau begitu tekun belajar dan menghafal beberapa undang-undang dengan sepenuh hati. Namun satu peristiwa di sebuah kedai buku telah mengubah fikirannya lantas menyertai pasukan polis setelah dewasa.
Dalam kejadian tersebut, dia melihat seorang budak perempuan sedang memarahi dua orang lelaki yang cuba mencuri komik manga dari kedai buku itu. Apabila kedua-dua pencuri itu menolak budak perempuan tersebut kerana cuba menghalang mereka, dan seolah-olah hendak mencederakannya, Shiratori telah melangkah ke hadapan lantas membaca peruntukan yang dibuat dalam Undang-undang Jepun untuk menghukum pencuri. Situasi ini membuat pencuri-pencuri itu terkesima lantas menarik perhatian pemilik kedai dan pelanggan yang lain, menyebabkan mereka tergesa-gesa memulangkan komik tersebut dan lari.
Sebagai tanda terima kasih kepada Shiratori kerana membantunya, budak perempuan tadi membelikannya minuman dan membuat corak kelopak sakura dari straw minuman sambil berkata sakura adalah simbol keberanian untuk polis Jepun (kerana bentuk berbeza lencana polis Jepun), dan Shiratori telah bertindak berani seperti polis. Bertitik-tolak dari kejadian inilah Shiratori memutuskan untuk menjadi polis dan bukan lagi peguam, dan dia juga menganggap budak perempuan itu sebagai cinta zaman kanak-kanaknya.
Sebagai inspektor polis
suntingSetelah dewasa, Shiratori menyertai Jabatan Polis Metropolitan Tokyo dan bekerja bersama-sama Inspektor Megure, sering bertindak sebagai pegawai tambahan terutama untuk kes-kes yang rumit, walaupun dia kemudiannya menjadi inspektor dan menyelesaikan kes-kesnya sendiri.
Dalam episod 146 (musim ke-6) iaitu Metropolitan Police Detective Love Story, beliau diperkenalkan sebagai pegawai yang telah dinaikkan pangkat dari penolong inspektor ke pangkat inspektor.
Sebagai seorang pegawai polis, Shiratori agak sederhana, setanding dengan Sato atau Megure. Dia lebih tenang menangani kes berbanding Takagi atau Sato. Shiratori, seperti Sato dan Takagi, percaya bahawa Conan sangat bijak berbanding kanak-kanak yang sebaya dengannya, tetapi tidak seperti Takagi dan Sato, beliau biasanya tidak begitu menghiraukan pendapat Conan. Shiratori sering merasakan Conan gemar mengganggu tugas polis, walaupun Conan sentiasa membuktikan sebaliknya. Walau bagaimanapun, tidak seperti Kogoro, Shiratori akan mengambil perhatian dan mengesyaki sesuatu jika Conan menyebut sesuatu yang agak menarik dan tidak terlintas di fikiran pegawai polis yang lain.
Persaingan cinta tiga segi
suntingApabila Detektif Sato menyertai jabatan itu, Shiratori percaya bahawa dia telah menemui kembali cinta zaman kanak-kanaknya, dan hasilnya beliau dan rakan sekerja yang lebih muda iaitu Detektif Takagi saling bersaing untuk menawan hati Detektif Sato. Malah Shiratori menjadi 'pemimpin' sekumpulan polis secara rahsia yang bermotif melindungi Sato dari perasaan Takagi. Shiratori bersungguh-sungguh mahukan Sato kerana dia percaya Sato adalah budak perempuan yang dia tolong sewaktu zaman kanak-kanak di kedai buku dahulu, yang benar-benar merubah hidupnya sekarang. Dan oleh kerana latar belakangnya sebagai anak orang kaya, Shiratori gemar bersikap angkuh dan sering cuba untuk menunjuk-nunjuk di hadapan Takagi dengan mengajak Sato keluar bersama ke restoran mewah dan sebagainya, tetapi Sato sentiasa menolaknya dan ini mengecewakan Shiratori. Shiratori semakin kecewa apabila Sato memilih Takagi pada akhirnya, namun tetap tidak berputus asa untuk terus berusaha memenangi hati Sato.
Walau bagaimanapun, setelah menyelesaikan satu kes bersama Pasukan Detektif Muda iaitu Memories of the Sakura (musim ke-19), Shiratori akhirnya menyedari bahawa budak perempuan yang ditolongnya di kedai buku dahulu sebenarnya ialah Sumiko Kobayashi, seorang guru di Sekolah Rendah Teitan dan merupakan guru kelas Conan dan ahli-ahli Detektif Muda yang lain. Sebaik saja mengetahui perkara ini, perasaannya terhadap Sato luput sama sekali dan dia akhirnya berjaya menemui cinta sejati yang dicarinya selama ini.
Personaliti
suntingShiratori datang dari sebuah keluarga yang kaya. Salah satu hobinya ialah mengumpul wain, termasuk Romane Conti kegemarannya. Shiratori cenderung berjaya menyelesaikan kes-kes apabila berhadapan dengan topik berkaitan dengan citarasa kelas atasan, terutama dalam kes-kes yang melibatkan minuman keras. Beliau juga meminati bidang senibina dan masakan. Apabila diperkenalkan dalam filem pertama, Conan mengesyakinya sebagai suspek dan Kogoro menuduhnya sebagai pengebom kerana pengetahuannya yang luas tentang jenis-jenis bangunan sama ada pencakar langit mahupun yang biasa.
Shiratori adalah seorang yang percaya pada nasib atau ketentuan. Pada asalnya, watak beliau dicipta hanya untuk menangani kes-kes di dalam siri filem Detektif Conan tetapi akhirnya diserapkan sebagai salah satu watak pegawai polis tetap dalam anime dan manga. Shiratori memiliki sebuah villa mewah di Karuizawa.
Dalam penampilan manga awal beliau, Shiratori adalah amat angkuh dalam usaha menarik perhatian Sato, tetapi telah berubah menjadi lebih sederhana dan bertimbang rasa dengan teman wanitanya Sumiko di sisinya.
Perhubungan dengan Sumiko Kobayashi
suntingShiratori sangat bersifat 'melindungi' dan sentiasa menghubungi Sumiko malah kadang-kala singgah di sekolah untuk memaklumkan sebarang kes jenayah terkini di sekitar tempat tinggalnya, tujuannya supaya Sumiko lebih berhati-hati dalam setiap pergerakannya. Manakala Sumiko kerapkali membuat 'bento' (bekal makanan) untuk makan tengah hari Shiratori.
Antara momen Shiratori dan Sumiko ialah dalam episod:
- Episod 568-569: Inspector Shiratori, Memories of the Sakura
- Episod 571: Battle of the Haunted Warehouse's Treasure Part 1
- Episod 583: Kobayashi-sensei's Love
- Episod 584: Inspector Shiratori's Lost Love
- Episod 585: Timeless Sakura's Love
- Episod 608-609: White Day of Betrayal
- Episod 624: A Video Letter of First Love
Senarai kemunculan dalam anime
suntingEpisod
suntingEpisod 146: Metropolitan Police Detective Love Story (Part 1)
Episod 147: Metropolitan Police Detective Love Story (Part 2)
Episod 156: Metropolitan Police Detective Love Story 2 (Part 1)
Episod 157: Metropolitan Police Detective Love Story 2 (Part 2)
Episod 206: Metropolitan Police Detective Love Story 3 (Part 1)
Episod 207: Metropolitan Police Detective Love Story 3 (Part 2)
Episod 230: The Mysterious Passenger (Part 1)
Episod 240: The Shinkansen Transport Case (Part 1)
Episod 245: The Gunshot at the Sunflower Estate
Episod 253: Metropolitan Police Detective Love Story 4 (Part 1)
Episod 254: Metropolitan Police Detective Love Story 4 (Part 2)
Episod 301: Parade of Malice and Saint (Part 1)
Episod 302: Parade of Malice and Saint (Part 2)
Episod 304: The Trembling Police Headquarters: 12 Million Hostages (2 Hour Special)
Episod 358: Metropolitan Police Detective Love Story 5 (Part 1)
Episod 359: Metropolitan Police Detective Love Story 5 (Part 2)
Episod 390: Metropolitan Police Detective Love Story 6 (Part 1)
Episod 401: A Jewel Thief Caught Red-Handed (Part 1)
Episod 402: A Jewel Thief Caught Red-Handed (Part 2)
Episod 449: Metropolitan Police Detective Love Story - Fake Wedding (1 Hour Special)
Episod 471: The Uncontrollable Rental Car!
Episod 487: Metropolitan Police Detective Love Story 8: The Left Hand's Ring Finger (1 Hour Special)
Episod 515: Kaitou Kid's Teleportation Magic (1 Hour Special)
Episod 520: Red Wine Indictment
Episod 531: The Truth Behind the Urban Legend (Part 2)
Episod 534: The New Scar and the Whistling Man
Episod 535: An Old Scar and the Detective's Spirit
Episod 568: Inspector Shiratori, Memories of the Cherry Blossom (Part 1)
Episod 569: Inspector Shiratori, Memories of the Cherry Blossom (Part 2)
Episod 571: Battle of the Haunted Warehouse's Treasure (Part 1)
Episod 583: Kobayashi-sensei's Love
Episod 584: Inspector Shiratori's Lost Love
Episod 585: Timeless Sakura's Love
Episod 608: White Day of Betrayal (Part 1)
Episod 624: A Video Letter of First Love
Episod 681: The Life-Threatening Broadcast of Love (Begin Broadcasting)
Episod 682: The Life-Threatening Broadcast of Love (Desperate Situation)
Episod 683: The Life-Threatening Broadcast of Love (Enter the Scene)
Episod 804: Conan and Ebizo's Kabuki Jūhachiban Mystery (Part 1)
Episod 805: Conan and Ebizo's Kabuki Jūhachiban Mystery (Part 2)
Episod 847: Chiba's UFO Case (Part 1)
Episod 848: Chiba's UFO Case (Part 2)
Filem
suntingMovie 1: The Time-Bombed Skyscraper
Movie 2: The Fourteenth Target
Movie 3: The Last Wizard of the Century
Movie 6: The Phantom of Baker Street
Movie 7: Crossroad in the Ancient Capital
Movie 8: Magician of the Silver Sky
Movie 9: Strategy Above the Depths
Movie 10: The Private Eyes' Requiem
Movie 11: Jolly Roger in the Deep Azure
Movie 14: The Lost Ship in the Sky
Movie 16: The Eleventh Striker
Lupin III vs. Detective Conan: The Movie