Inspektor Tentera Laut

Inspektor Tentera Laut (Jerman: Inspekteur der Marine) adalah Panglima Tentera Laut Jerman bagi Angkatan Tentera moden Jerman, iaitu Bundeswehr. Jawatan ini setaraf dengan Ketua Operasi Tentera Laut Amerika Syarikat, Ketua Turus Tentera Laut British dan Panglima Tentera Laut Malaysia. Semenjak pelbagai badan yang bertanggungjawab bagi pemerintah tertinggi Tentera Laut Jerman digabungkan pada tahun 2012, Inspektor telah ditempatkan di Markas Tentera Laut di Rostock.[1] Sebelum itu, Inspektor adalah ketua Staf Tentera Laut di Kementerian Pertahanan, yang berpangkalan di Bonn. Kedua-dua Inspektor dan timbalannya memegang pangkat Laksamana Madya (Jerman: Vizeadmiral).[2]

Inspektor
Tentera Laut Jerman
Inspekteur der Marine
Panji-panji Inspektor Tentera Laut
Penyandang
Vizeadmiral Jan Christian Kaack
sejak 22 Januari 2022
Menteri Pertahanan Persekutuan
SingkatanInspM
Anggota bagiTentera Laut Jerman Edit the value on Wikidata
Lapor kepadaInspektor Jeneral Bundeswehr
PeloporOberkommando der Marine
Tapak web
Twitter: chiefdeunavy Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Inspektor bertanggungjawab bagi persiapan kakitangan dan material dalam Tentera Laut Jerman, didalam hal ini beliau melapor terus kepada Menteri Pertahanan Persekutuan. Inspektor mengepalai Markas Tentera Laut; bagaimanapun, jabatan-jabatan bawahan tentera laut dipimpin oleh ketua masing-masing di Markas Tentera Laut dan tidak melapor terus pada Inspektor. Inspektor terletak dibawah Inspektor Jeneral Bundeswehr dan merupakan seorang ahli Majlis Pertahanan bagi hal ehwal keseluruhan Bundeswehr.[1]

Penyandang jawatan Inspektor terkini ialah Jan Christian Kaack.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b Schimpf, Axel (2013). "Das Marinekommando in Rostock - Die Marine auf Zukunftskurs". Marineforum (dalam bahasa German) (1/2): 22ff.CS1 maint: unrecognized language (link)
  2. ^ Informationen zur Neuausrichtung der Bundeswehr auf der Bundeswehr-Homepage

Pautan luar sunting

Templat:Inspektor Tentera Laut