Institut Jantung Negara

Institut Jantung Negara (IJN) merupakan hospital pakar untuk pesakit jantung di Malaysia. IJN ditubuhkan pada September 1992, terletak di sebelah kiri Jalan Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur. Kos pembinaan sebanyak RM15.5 juta. Ia diuruskan oleh IJN Holdings Sdn Bhd, milik penuh Kementerian Kewangan (99.9 %).

Institut Jantung Negara
Kerajaan
Geografi
LokasiKuala Lumpur, Wilayah Persekutuan,  Malaysia
Organisasi
PembiayaanKerajaan
JenisDaerah
Perkhidmatan
Jabatan kecemasanYa
Sejarah
Diasaskan1992
Pautan
Laman sesawangLaman Web Rasmi Institut Jantung Negara

Tujuan IJN ditubuhkan bagi merawat pesakit jantung yang memerlukan pembedahan koronari, kardiologi dan kes pediatrik. Semua pesakit jantung yang serius dari seluruh negara dirujuk ke IJN bagi mendapat rawatan lanjut dan jika perlu, pembedahan koronari akan dilakukan. Antara perkhidmatan yang disediakan ialah diagnostik, terapeutik, pembedahan jantung untuk jantung terbuka, jantung tertutup, toracic, pemindahan dan lain-lain.

Penswastaan ditangguhkan sunting

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Sime Darby, Datuk Seri Ahmad Zubir Murshid menyatakan cadangan pengambilalihan IJN oleh Sime Darby akan mengekalkan khidmat sosial perubatan jantung kepada golongan miskin.[1] Penswastaan ini bukan pengambilalihan sebuah syarikat perniagaan tetapi merupakan perkongsian dengan melibatkan 51 peratus pegangan ekuiti.[2] Syarikat perladangan Sime Darby mahu membayar harga premium melebihi penilaian hospital biasa sebanyak 16 kali nisbah harga kepada pendapatan (PE) memandangkan IJN merupakan pusat pakar jantung terkenal di rantau ini.

Bantahan diterima daripada Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) , Kesatuan Pekerja-pekerja Pengangkutan (TWU) dan Tun Dr Mahathir Mohamad. Tun Dr Mahathir Mohamad pernah menerima rawatan jantung di IJN.[3] Perunding perubatan IJN pula menyangkal persepsi bahawa cadangan penswastaan ini ekoran tuntutan kakitangan perubatannya untuk mendapat upah yang tinggi. Hanya 7 daripada 35 perunding meninggalkan IJN untuk bekerja di pusat swasta di dalam atau di seberang laut sejak 1992.[4]

Akhirnya pada 19 Disember 2008, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan kabinet memutuskan untuk menangguhkan penswastaan IJN ini kerana faktor masa , situasi dan kondisi yang tidak sesuai. Kajian lanjut akan dilakukan oleh Kementerian Kewangan , Kementerian Kesihatan dan Unit Perancang Ekonomi.[5]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

Pautan luar sunting