Institut Kebangsaan untuk Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

National Institute for Occupational Safety and Health (NIOSH; "Institut Kebangsaan untuk Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan") ialah sebuah agensi kerajaan Amerika Syarikat yang bertanggungjawab untuk menjalankan penyelidikan dan memberi saranan bagi pencegahan kecederaan dan penyakit yang berkaitan dengan pekerjaan. NIOSH ialah sebahagian dari Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) dalam Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Masyarakat Amerika Syarikat.

National Institute for Occupational Safety and Health
Intisari agensi
Dibentuk29 Disember 1970; 53 tahun yang lalu (1970-12-29)
Bidang kuasa
Kerajaan persekutuan Amerika Syarikat
Ibu pejabatWashington, D.C.
Kakitangan~1.200
Eksekutif Agensi
  • John Howard, Pengarah
Agensi induk
Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Masyarakat Amerika Syarikat
Laman sesawang
cdc.gov/niosh/

NIOSH beribu pejabat di Washington, D.C., dengan sejumlah makmal penyelidikan dan pejabat di Cincinnati, Ohio; Morgantown, West Virginia; Pittsburgh, Pennsylvania; Denver, Colorado; Anchorage, Alaska; Spokane, Washington; dan Atlanta, Georgia.[1] NIOSH merupakan sebuah pertubuhan profesional dengan jumlah pekerja 1.200 orang yang mewakili cakupan luas disiplin ilmu termasuk epidemiologi, kedoktoran, kebersihan perindustrian, keselamatan, psikologi, teknik, kimia dan statistik.

Pengarah NIOSH ialah John Howard.

Rujukan sunting

Pautan luar sunting