Buka menu utama
Logo IKIM

Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) adalah satu entiti di bawah Akta Syarikat 1965 dengan bertujuan untuk memberi kefahaman Islam yang tepat melalui pelbagai aturcara dan aktiviti seperti penyelidikan, seminar, bengkel, forum, perundingan, latihan dan penerbitan.

PengenalanSunting

Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) ditubuhkan untuk memberikan kefahaman Islam yang sebenarnya demi menjaga kesucian ajaran Islam yang sebenar tanpa menyentuh perkara-perkara retorik atau menyimpang dari jalan yang ditetapkan.

PenubuhanSunting

Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) ditubuhkan pada 18 Februari 1992 di bawah Akta Syarikat 1965 dengan bertujuan untuk memberi kefahaman Islam yang tepat melalui pelbagai aturcara dan aktiviti seperti penyelidikan, seminar, bengkel, forum, perundingan, latihan dan penerbitan.

Ia dirasmikan pada 3 Julai 1992 oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu.

Polisi dan objektifSunting

Polisi KualitiSunting

" Pemantapan Kefahaman Islam Menerusi Prestasi Cemerlang "

Objektif KualitiSunting

  • Memberi kefahaman Islam yang tepat dan berkesan melalui kaedah semasa yang sesuai.
  • Sentiasa berusaha ke arah pencapaian mesej Islam yang sebenar dan menyeluruh (syumul) sampai kepada segenap lapisan masyarakat.
  • Mempertingkatkan aktiviti kefahaman Islam yang berkualiti melalui penggunaan sumber yang optimum.
  • Berusaha ke arah penggubalan piawaian nilai untuk membolehkan sesebuah organisasi mengamal amalan terbaik (best practices) mengikut prinsip-prinsip Islam.
  • Sentiasa berusaha ke arah pencapaian kepuasan pelanggan.

Tarikh PersijilanSunting

7 Mei 2004

Skop PersijilanSunting

"Pusat Penyelidikan dan Sumber bagi Kefahaman Islam "

PengurusanSunting

IKIM diterajui[1] oleh

(untuk butiran terperinci yang lain sila lihat pautan di bawah)

AlamatSunting

INSTITUT KEFAHAMAN ISLAM MALAYSIA (IKIM) - 234432-H
2, Langgak Tunku,
Off Jalan Duta,
50480 Kuala Lumpur.
Tel : 03-62046200
Fax : 03-62014189
Laman Sesawang: IKIM
Email : pr@ikim.gov.my

Pautan luarSunting

RujukanSunting

  1. ^ Pejabat Ketua Pengarah IKIM, dicapai pada 2 Disember 2016