Institut Latihan Kepemimpinan dan Perkaderan Dakwah Islamiyah

institusi pengajian di Malaysia

Institut Latihan Kepemimpinan dan Perkaderan Dakwah Islamiyah atau ILHAM ialah sebuah institusi latihan di bawah Parti Islam Se-Malaysia yang diasaskan oleh Lajnah Tarbiyah PAS Pusat yang menawarkan pengajian Islam peringkat sijil, diploma dan diploma lanjutan. ILHAM diurus tadbir oleh Pengarah, Dr Asiah Ali[1].

Institut Latihan Kepemimpinan dan Perkaderan Dakwah Islamiyah
JenisSwasta
Ditubuhkan pada1994
PengarahDr Asiah Ali
Lokasi, ,
KampusTaman Melewar, Gombak
Laman sesawanghttp://ilham.pas.org.my

Sejarah penubuhan sunting

ILHAM ditubuhkan secara rasmi pada 1994 dan beroperasi di Markaz Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar, Kuala Lumpur, untuk memberikan latihan perkaderan, kepemimpinan dan dakwah secara bersistem kepada pimpinan dan ahli-ahli PAS. ILHAM menawarkan pengajian Diploma Tasawur Islam[2] dan Sijil Asas Kefahaman Islam[3] bagi masyarakat bukan Islam.

Kepimpinan sunting

Pengarah ILHAM sunting

Sepanjang sejarah ILHAM, institusi ini telah dipimpin oleh beberapa orang Pengarah iaitu:

  1. Ustaz Zulkifli Yusof (1992-1996)
  2. Dr. Sharee Endut (1996-1999) – Pemangku
  3. Prof. Madya Dr. Zulkifli Yusof (1999-2004)
  4. Prof. Madya Dr. Yaacob Yusof (2004-2007) - Pemangku
  5. Ustaz Haji Idris Ahmad (2007-2009)
  6. Dr. Asiah Ali (2009 – sekarang)

Lihat juga sunting

Pautan luar sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "MPKK T'ganu wajar ambil Diploma ILHAM". Harakahdaily. Oktober 21, 2018. Dicapai pada 26 November 2021.
  2. ^ "Zaidy terima Anugerah Presiden ILHAM". Selangorkini. Mei 10, 2015. Dicapai pada 26 November 2021.
  3. ^ "Kelas Kefahaman Islam". Media Islam. September 27, 2020. Dicapai pada 26 November 2021.