Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu

Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu (IPGKPM), dahulu dikenali sebagai Maktab Perguruan Perempuan Melayu (MPPM) dan asalnya dahulu dikenali sebagai Malay Women's Training College (MWTC) ialah sebuah Institut Pendidikan Guru di Malaysia. Institut ini dianggap unik, dalam erti kata institut ini satu-satunya pusat latihan perguruan yang melatih bakal guru-guru perempuan, berbangsa Melayu dan beragama Islam.

IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka
Institute of Teacher Education, Perempuan Melayu Campus
Logo IPG.png
Lokasi
Durian Daun, Melaka
Maklumat
MotoIman Ilmu Integriti
Ditubuhkan31 Januari 1935
Jumlah penuntutKursus persediaan, Ijazah Sarjana Muda & Kursus Sijil Perguruan Khas
PengarahPuan Hjh. Noor Hayatee Bt. Md. Noor
Timbalan PengarahDatin Siti Hanifah Bt Madarsa
Hal Ehwal PelajarDr. Hj. Mihat bin Dolah
Laman sesawang

SejarahSunting

Sejarah institut ini bermula pada 1934 apabila Kerajaan Negeri Selat mencetuskan idea penubuhan MWTC. MWTC telah direncanakan bagi melahirkan guru-guru wanita Melayu untuk mengajar di sekolah-sekolah rendah di seluruh negara. Pada 31 Januari 1935, penubuhan MWTC diisytiharkan, setelah dilakukan pengubahsuaian blok-blok bangunan lama Hospital Melaka.

Terletak di lokasi seluas 38.9 hektar, institut yang berada dalam lingkungan pentadbiran Majlis Perbandaran Melaka Bandaraya Bersejarah, kini terus berkembang, sejajar dengan perkembangan prasarana yang berlaku di sekelilingnya. Gabungan bangunan lama, yang masih digunakan sehingga kini, dengan bangunan baru, menjadikan IPG Kampus Perempuan Melayu begitu unik kepada warganya.

IPGKPM kini sudah melangkah ke era globalisasi dengan pelancaran Laman IPGKPM, yang disempurnakan oleh Pengarah Pendidikan Guru, Tuan Haji Sa'ari Hassan pada 28 Jun 1997. Pelan Strategik IPGKM (2005 – 2009) sedang giat dilaksanakan bagi mencapai ISO 9002, seterusnya menuju ke arah merealisasikan konsep "Institut Bestari". Terkini, IPGKPM sedang giat melaksanakan program integrasi teknologi maklumat (TM) dalam pengajaran dan pembelajaran, dengan berpaksikan Falsafah Pendidikan Guru dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

FalsafahSunting

IPGKPM berazam untuk terus berjuang ke arah penghayatan dan pembinaan semangat keintelektualan dan profesionalisme pendidikan perguruan berlandaskan FPK sesuai dengan ajaran Islam dan Kebudayaan Melayu.

VisiSunting

Visi IPGKPM ialah menjadi pusat kecemerlangan pendidikan guru menjelang 2010

MisiSunting

Melengkapkan dan menggunakan sumber dan kepakaran secara optimum untuk melahirkan guru yang berkemahiran masa kini dan masa akan datang.

MotoSunting

IMAN ILMU INTEGRITI

IPGKPM mengutamakan pemantapan iman, penguasaan dan penghayatan ilmu, kebijaksanaan berfikir dan kecekapan bertindak ke arah pembentukan jati diri insan guru yang berintegriti.

 
IPGKPM Melaka.

Logo KampusSunting

  Logo IPGKPM membawa pengertian yang berikut: Bintang berbucu lima melambangkan Rukun Islam yang lima dan juga Rukun Negara;

  • Bulan sabit berwarna kuning melambangkan kesucian Agama Islam;
  • Daun mengambil sempena nama tempat terletaknya Institut ini iaitu di Durian Daun.
  • Nama IPGKPM dalam tulisan Jawi Nasakh melambangkan Institut mendukung keperibadian Melayu-lslam.
  • Warna kuning dan biru melambangkan warna Institut, yang juga selari dengan pengertian warna-warna pada bendera Malaysia, disebabkan Institut ini merupakan sebuah institusi di bawah Kerajaan Persekutuan;
  • Moto IPGKPM ialah “Iman Ilmu Integriti”

MatlamatSunting

  • Melahirkan guru yang reflektif, bersepadu dalam pelbagai disiplin ilmu, berupaya mengamalkan dan menyebarluaskan ilmu dan kemahiran;
  • Membentuk watak guru peteladan dari segi kecerdasan pemikiran, kemantapan rohani, kestabilan emosi, ketangkasan jasmani, penampilan diri dan berkemahiran interpersonal;
  • Mewujudkan iklim organisasi yang kondusif bagi menyuburkan dan meningkatkan profesionalisme keguruan;
  • Membina pasukan kerja yang cekap, jelekit dan beriltizam dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan;
  • Mewujudkan rangkaian kerjasama antara IPG dengan institusi pendidikan, masyarakat, dan agensi-agensi lain untuk memahami senario pendidikan dan menangani isu pendidikan semasa;
  • Menjadikan IPGKPM pusat rujukan pendidikan dan menyediakan perkhidmatan konsultasi dari segi pedagogi, pengurusan pendidikan, pembangunan sumber manusia, penyelidikan dan pembangunan, dan prasarana

Piagam PelangganSunting

IPGKPM sentiasa memberi perkhidmatan pendidikan keguruan yang dapat memenuhi kepuasan pelanggan dan mencapai aspirasi negara dengan memastikan:

  • Pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan pada hari pertama sesi interaksi bermula;
  • Semua aduan pelanggan diberi perhatian dan diambil tindakan dalam tempoh 7 hari bekerja selepas aduan diterima;
  • Elaun pelajar dibayar dalam tempoh sepuluh hari bekerja pertama bulan tersebut dengan syarat peruntukan diterima;
  • Pelajar IPGKPM menguasai ilmu dan kemahiran keguruan dan memiliki jati diri serta sahsiah yang unggul;
  • Semua maklumat pelajar adalah sahih dan sentiasa kemas kini untuk tujuan rekod dan rujukan;
  • Maklumat pelajar semester akhir yang lengkap disediakan 6 bulan sebelum penempatan dan dihantar ke bahagian-bahagian berkenaan 3 bulan sebelum sesi persekolahan bermula;
  • Keputusan peperiksaan diumumkan dalam tempoh 3 hari bekerja selepas surat pengumuman keputusan peperiksaan diterima daripada BPG;
  • IPGKPM sedia memberi khidmat konsultasi dan rujukan pendidikan kepada masyarakat pendidik khususnya. Lihat juga Standard Guru Malaysia

Teras kecemerlanganSunting

  • Menyediakan latihan guru yang berasaskan sekolah ke arah memperkasakan sekolah kebangsaan dan merapatkan jurang perbezaan pendidikan dalam kalangan pelajar.
  • Menjana kecemerlangan pendidikan dalam bidang TMK dan pintar cerdas.
  • Memartabatkan profesion keguruan melalui penghayatan dan amalan budaya IPG.
  • Membudayakan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.
  • Meningkatkan kualiti dan memantapkan sistem penyampaian latihan perguruan.
  • Meningkatkan kualiti dan memantapkan sistem penyampaian pengurusan dan pentadbiran.

Pautan luarSunting