Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak, Miri

Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak (IPGKS) ialah salah sebuah daripada empat buah institut pendidikan guru yang terletak di negeri Sarawak. IPGKS terletak di Jalan Bakam kira-kira 11 kilometer dari pusat bandar bandaraya pelancongan bandar Miri.

IPG Kampus Sarawak
Institute of Teacher Education, Sarawak Campus
Logo IPG.png
Lokasi
Miri, Sarawak
Maklumat
MotoIPG peneraju kecemerlangan pendidikan guru
Ditubuhkan1982
Jumlah penuntutKursus persediaan, Ijazah Sarjana Muda & Kursus Sijil Perguruan Khas
PengarahTuan Hj. Mohamad Zailani Bin Hj. Jaya
Timbalan PengarahDr Chin Peng Yee
Hal Ehwal PelajarEn. Marni Bin Golong

SejarahSunting

Maktab Perguruan Sarawak mula ditubuhkan di Jalan Desa, Sibu pada tahun 1957 bagi melatih guru-guru berpengantar Bahasa Cina. Encik Ting Kwong Yu merupakan pengetua pertama dan dibantu oleh 7 orang pensyarah. Pada tahun 1982, maktab telah berpindah ke Jalan Bakam iaitu kira-kira 11 kilometer dari pusat bandar Miri. Selama 29 tahun di lokasi baru, maktab dipimpin oleh 3 orang pengetua iaitu Encik James Wee Lai Khoon , Puan Hajah Zakiah Haji Omar dan Dr. Zulmahari Merawi. Maktab Perguruan Sarawak telah diisytiharkan sebagai Institut Perguruan Sarawak dan kini telah pun diiktiraf sebagai Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak dan akan terus membangun bagi mencapai kecemerlangan dalam bidang pendidikan guru selaras dengan hasrat negara.

Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak (IPGKS) adalah salah satu daripada 27 buah kampus di Malaysia. mengendalikan berbagai kursus antaranya , Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI-R), Kursus Pra Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP), Kursus Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP), Kursus Perguruan Lepas Ijazah JQAF (KPLI-JQAF), KDC Pengajian Cina dan Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah(PGSR).

VisiSunting

Menjana kemenjadian guru alaf baharu.

MisiSunting

Memberi latihan dan pendidikan berkualiti kepada kumpulan sasar bagi menyesuaikan diri dan memperkembangkan kompetensi sejajar dengan perubahan-perubahan terkini.

AlamatSunting

Pengarah, Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak, Jalan Bakam, 98009 Miri, Sarawak

Pautan luarSunting