Institut Penyelidikan Getah Malaysia

Institut Penyelidikan Getah Malaysia atau (Rubber Research Institute of Malaysia - RRI) merupakan pusat penyelidikan bagi meningkatkan mutu getah Malaysia.

Penubuhan Institut Penyelidikan Getah Malaysia merupakan salah satu langkah kerajaan Malaysia dalam untuk meningkatkan hasil getah. Langkah lain yang turut diambil adalah dengan memperluaskan saiz operasi kebun kepada keluasan yang lebih ekonomi melalui penyatuan pengurusan kebun-kebun kecil dan diuruskan secara estet.

Selain itu kerajaan turut melaksanakan projek tanam semula kawasan getah tua dengan klon-klon berhasil tinggi seperti klon-klon RRIM Siri 2000. Ini biasanya dilakukan bersama jabatan kerajaan lain seperti RISDA.

Kerajaan Malaysia turut menggalakkan penggunaan teknologi dalam penjagaan dan penorehan pokok getah. Antaranya, termasuk penggunaan Sistem teknologi Berintensiti Rendah atau Teknologi LITS, penggunaan teknologi eksploitasi seperti rangsangan gas dan penggunaan teknologi rain-guard yang dicipta khas bagi melindungi kulit pokok daripada dibasahi hujan; dan

Usaha kerajaan bagi menstabilkan harga pada paras yang berpatutan melalui kerjasama tiga hala iaitu Malaysia, Thailand dan Indonesia. Harga yang menggalakkan secara tidak langsung dapat meningkatkan hasil getah di mana pengusaha kebun akan menoreh lebih kerap, menggunakan teknologi LITS bagi meningkatkan hasil serta menjaga pokok dengan lebih baik.

Halangan sunting

Antara halangan yang dihadapi oleh kerajaan dalam pelaksanaan program-program meningkatkan hasil getah termasuk kesukaran mengenalpasti dan menghubungi tuan kebun dalam usaha penyatuan pengurusan tanah. Ini adalah kerana seringkali sesuatu bidang tanah dimiliki oleh lebih dari seorang pemilik. Persetujuan juga harus diperolehi dari sebahagian besar dari pekebun-pekebun setempat.

Selain itu masalah hari menoreh masih tidak mencapai tahap yang maksimum disebabkan oleh keengganan pekebun kecil menoreh lebih kerap kerana faktor usia yang lanjut atau mempunyai sumber kewangan yang lain.

Kurangnya penjagaan pokok getah dan tidak menggunakan teknologi yang mampu melipatgandakan hasil kerana sebahagian besar dari pekebun kecil masih dan terus bergantung kepada pihak kerajaan untuk memberi bantuan mendapatkan peralatan bagi meningkatkan hasil. Sebagai contoh, penggunaan teknologi LITS terhenti sebaik sahaja kerajaan memansuhkan skim bantuan; dan

Masalah kawalan harga getah kerana harganya bukan sahaja di pengaruhi oleh keadaan cuaca dan bekalan sepertimana yang boleh dilakukan melalui kerjasama tiga hala antara Malaysia, Thailand dan Indonesia, tetapi juga oleh permintaan daripada China dan harga produk saingan khususnya getah tiruan (yang bergantung pula pada harga minyak mentah).

Alamat: sunting

Ketua Pengarah,
Institut Penyelidikan Getah Malaysia,
Lembaga Penyelidikan dan Kemajuan Getah Malaysia,
260 Jalan Ampang,
50450 Kuala Lumpur