Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia

agensi kerajaan di Malaysia

Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (bahasa Inggeris: Malaysian Institute of Road Safety Research; MIROS) ialah agensi berkanun kerajaan Malaysia, ditubuhkan pada 3 Januari 2007.[3] Penubuhannya telah dipersetujui pada Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Keselamatan Jalan Raya Bil.1/2006 pada 15 Mei 2006 yang telah dipengerusikan oleh Perdana Menteri ketika itu, Abdullah Ahmad Badawi.[3]

Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia
MIROS
Intisari agensi
Dibentuk3 Januari 2007; 17 tahun yang lalu (2007-01-03)
Bidang kuasa
Kerajaan Malaysia
Ibu pejabat125-135, Jalan TKS 1, Taman Kajang Sentral, 43000 Kajang, Selangor
Eksekutif Agensi
  • Suret Singh[1], Pengerusi
  • Khairil Anwar Abu Kassim[2], Ketua Pengarah
Agensi induk
Kementerian Pengangkutan Malaysia
Laman sesawang
www.miros.gov.my

Agensi ini bertanggungjawab di dalam merancang dan menjalankan kajian dan penilaian berkaitan bidang-bidang yang melibatkan sektor keselamatan jalan raya dan bertindak sebagai pusat sehenti bagi pengumpulan dan penyebaran maklumat melalui percetakan dan program latihan.[3] MIROS ialah salah satu agensi di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia.[3]

Pada tahun 2014, Menteri Pengangkutan ASEAN telah melantik MIROS sebagai Pusat Keselamatan Jalan Raya ASEAN. Pusat ini bertujuan untuk menyumbang dan mempromosikan pengetahuan mengenai keselamatan jalan raya dalam kalangan negara ASEAN, ini termasuklah undang-undang jalan raya, pengurusan data, pembangunan piawaian, pendidikan dan kesedaran keselamatan jalan raya.[4]

Fungsi sunting

Antara fungsi MIROS ialah:[3]

  • ​​​​M​enjalankan kerja-kerja penyelidikan ke atas keselamatan jalan raya
  • Meningkatkan pengetahuan dan kesedaran orang awam terhadap keselamatan jalan raya
  • ​​​​Memberi khidmat nasihat
  • Merancang, menjalankan latihan dan membuat penilaian ke atas program keselamatan jalan raya
  • Mengkaji semula kaedah ujian yang dijalankan
  • ​Mewujudkan jaringan hubungan dan bekerjasama dengan badan-badan lain

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Your 10 questions with Datuk Suret Singh The Star Online (10 April 2010). Dicapai pada 15 Mac 2015.
  2. ^ Khairil Anwar is new D-G of MIROS The Malay Mail (5 Mei 2020). Dicapai pada 2 Jun 2020.
  3. ^ a b c d e "Mengenai Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS)". Kementerian Pengangkutan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-02-03. Dicapai pada 14 Mac 2018.
  4. ^ MIROS is ASEAN road safety centre New Straits Times (28 November 2014). Dicapai pada 15 Mac 2015.

Pautan luar sunting