Institut Penyelidikan Matematik (INSPEM)

Institut Penyelidikan Matematik atau INSPEM, Universiti Putra Malaysia merupakan sebuah institusi penyelidikan yang fungsinya mengkhusus kepada penyelidikan dalam bidang matematik dan juga bidang yang sebahagian besar komponennya melibatkan bidang matematik. Ia ditubuhkan untuk mengisi keperluan sebuah pusat penyelidikan matematik di Malaysia. Mula beroperasi pada 1hb April 2002 setelah diluluskan penubuhannya oleh Bahagian Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia pada bulan November 2001.

Institut Penyelidikan Matematik

Fungsi utama sunting

Fungsi utama INSPEM adalah:

  • Mewujudkan "critical-mass" penyelidik dalam penyelidikan "high-end" bidang matematik.
  • Melaksanakan penyelidikan dalam semua bidang yang telah dikenalpasti.
  • mewujudkan kemudahan penyelidikan bermatematik terkini.
  • Menjadi pusat rujukan penyelidikan berteraskan matematik.
  • Menyebarkan maklumat hasil penyelidikan di INSPEM kepada pihak awam dan swasta.
  • Mewujudkan rangkaian kerjasama dengan para penyelidik dan institusi penyelidikan dalam dan luar negara.

Pautan luar sunting