Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh

(Dilencongkan dari Institut Perguruan Ipoh)

Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Ipoh, Negeri Perak telah mula diasaskan di Kangar. Buat permulaan guru pelatih kumpulan pertama seramai 161 orang telah ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Perempuan Kangar sebagai kampus sementara. Bilangan pensyarah pada ketika itu ialah seramai 13 orang.

IPG Kampus Ipoh
Institute of Teacher Education, Ipoh Campus
Lokasi
Ipoh, Perak
Maklumat
MotoIPG Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru
Ditubuhkan1 Jun 1983
Jumlah penuntutKursus persediaan, Ijazah Sarjana Muda & Program Diploma Pascasiswazah
PengarahDr Yahya Osman
Timbalan PengarahEn Mohd Khadri Fazil Rahman
Hal Ehwal PelajarEn. Badrul Hisyam Jaafar
Laman sesawang

Sejarah sunting

Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Ipoh telah mula diasaskan di Kangar. Buat permulaan guru pelatih kumpulan pertama seramai 161 orang telah ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Perempuan Kangar sebagai kampus sementara. Pengetua pertama institut ini ialah Encik Abu Bakar bin Don dan Naib Pengetua ialah Encik Khalil Shah bin Jamaludin. Bilangan pensyarah pada ketika itu ialah seramai 13 orang.

Pada 1 Januari 1977, institut ini telah dipindahkan ke Ipoh dengan menumpang bangunan Institut Perguruan Kinta di Jalan Dairy, Ipoh. Pada 1 April 1977, institut ini telah berpindah ke kampus sementara di Kampung Dato' Ahmad Said, Manjoi, Ipoh dan dikenali sebagai Maktab Perguruan Ipoh (Baru). Kampus tetap di kawasan seluas 42.5 hektar di Hulu Kinta siap pada 1 Jun 1983 dan sekali lagi institut ini berpindah dan kekal sehingga sekarang. Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh ini telah dirasmikan pada 2 Mei 1987 oleh Y.B. Dato' Seri Anwar Ibrahim yang mana pada ketika itu merupakan Menteri Pendidikan.

Kini Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh telah berkembang maju di bawah pimpinan pengarah Dr Yahya bin 0sman merupakan pengarah institut pada ketika ini. IPG Kampus Ipoh menawarkan kursus berkaitan perguruan meliputi Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP), Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP), Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP), Program Diploma Perguruan Malaysia (PDPM), Program Intervensi Tambah Opsyen (PITO) dan bakal menawarkan program sarjana.