Institut Terjemahan & Buku Malaysia

Institut Terjemahan & Buku Malaysia (atau singkatannya, ITBM; dahulunya dikenali sebagai Institut Terjemahan Negara Malaysia [ITNM]) telah ditubuhkan pada 14 September 1993 bagi menyediakan prasarana industri terjemahan di Malaysia.

Institut Terjemahan & Buku Malaysia
Jenis/bentuk sahAwam
IndustriPenterjemahan
Ditubuhkan14 September 1993; 30 tahun yang lalu (1993-09-14)
Ibu pejabatWisma ITBM
2 Jalan 2/27E
Seksyen 10 Wangsa Maju
53300 Kuala Lumpur, Malaysia
Tokoh pentingNoor Amin Ahmad
(Pengerusi)
Sakri Abdullah
(Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif)
KeluaranBuku
PerkhidmatanTerjemahan
Kejurubahasaan
Kursus & Latihan
Penerbitan
Jualan Buku
PemilikKementerian Kewangan Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia
Tapak webInstitut Terjemahan & Buku Malaysia
Twitter: rakanITBM Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Bangunan Wisma ITBM di No 2, Jalan 2/27E, Seksyen 10, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur, Malaysia.
Antara buku ITBM yang dipamerkan di Bilik Mesyuarat ITBM.

ITBM merupakan sebuah syarikat berhad berkaitan kerajaan dan modal asas dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD). Pentadbiran ITBM diselia oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Objektif, bidang kuasa, ahli lembaga pengarah dan urusan berkaitan fungsi ITBM adalah tertakluk pada Memorandum dan Tataurusan Persatuan ITBM yang diluluskan oleh Pendaftar Syarikat, selaras dengan Akta Syarikat 1965.

Ditubuhkan bagi mengangkat industri terjemahan di Malaysia, mengendali hal ehwal berkaitan terjemahan, kejurubahasaan dan pemindahan ilmu di semua peringkat sama ada kebangsaan mahupun antarabangsa. Turut bertanggungjawab memperkasa dan memperbanyak penerbitan karya asli penulis tempatan bagi merancakkan industri perbukuan di Malaysia

Misi ITBM:

  • Mengatasi halangan bahasa dalam penyebaran ilmu pengetahuan melalui terjemahan berkualiti untuk melahirkan masyarakat maju;
  • Memperkaya dan memperkasa kepustakaan berbahasa Melayu sebagai wahana pemikiran bangsa Malaysia meliputi aspek budaya, sains dan teknologi melalui terjemahan dan penerbitan buku;
  • Mengantarabangsakan karya kebangsaan secara berterusan melalui aktiviti penterjemahan supaya setanding dengan karya yang diiktiraf dunia;
  • Membangunkan  modal insan dalam bidang penterjemahan, penulisan dan penerbitan.

Visi ITBM:

  • Menjadi badan penterjemahan terunggul dan penerbit buku berkualiti.

Khidmat ITBM:

  • Khidmat Terjemahan: Buku, laporan, sijil, dokumen rasmi, sari kata, audio visual dan lain-lain.
  • Khidmat Kejurubahasaan: Perbicaraan mahkamah, persidangan, seminar, mesyuarat, lawatan rasmi, pelancongan dan lain-lain.
  • Khidmat Kursus & Latihan: Kursus terjemahan, bahasa, kejurubahasaan, penyuntingan dan lain-lain.
  • Khidmat Penerbitan: Menerbitkan buku terjemahan dan karya asli pelbagai genre.
  • Jualan Buku: Pameran dan jualan pelbagai jenis buku terbitan ITBM melalui platform: laman web - www.itbm.com.my, WhatsApp: 0192219015 atau Kedai Buku ITBM.
  • Khidmat Sokongan: pengesahan dokumen, percetakan, atur huruf dan lain-lain

Alamat sunting

Wisma ITBM, No. 2 Jalan 2/27E, Seksyen 10 Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel: +60341451800
Laman sesawang: www.itbm.com.my
E-mel: info@itbm.com.my

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

Pautan luar sunting