Intan (drama TV 1970)

Intan merupakan sebuah drama televisyen yang bersiaran pada tahun 1970 di Malaysia. Drama ini dibintangi oleh pelbagai pelakon lama dan baru seperti P. Ramlee, A. R. Tompel, Mahmud Jun, Mariani, Ebby Saiful dan sebagainya. Pada mulanya, P. Ramlee telah mendapat tawaran untuk berlakon dalam drama ini yang belum pernah beliau lakonkan. Beliau yang mempunyai banyak masa terluang telah menerima tawaran tersebut berikutan kontraknya dengan Merdeka Film Productions hampir tamat.[1]

Intan
GenreDrama
PenciptaAbdullah Hussain
Ditulis olehAbdullah Hussain
PengarahZainuddin Nordin
Dibintangi oleh
Penggubah lagu tema
P. Ramlee
PenggubahP. Ramlee
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Penerbitan
PenerbitZainuddin Nordin
Penyiaran
Saluran asalTV1
Siaran asal1970

Cerita ini juga mempunyai pertalian rapat dengan P. Ramlee kerana pada asalnya, drama ini diilhamkan daripada novel Intan hasil nukilan Abdullah Hussain. Selain itu, Zainuddin Nordin juga turut terlibat dalam penubuhan Perusahaan Filem Malaysia Sdn. Bhd. (PERFIMA) yang turut disertai P. Ramlee. Selain itu, P. Ramlee pernah berlakon dalam siri televisyen Rantau Selamat hasil arahan Zainuddin Nordin pada tahun 1972.[2] Cerita berbentuk drama ini pernah dijadikan filem di Indonesia dengan tajuk Intan Berduri pada tahun 1972 hasil arahan Turino Djunaedy dengan menggunakan pelakon utama iaitu Benyamin S. dan Rima Melati.[1]

Sinopsis sunting

Jamal (P. Ramlee) telah terjumpa seketul batu yang menyerupai intan yang pada mulanya dianggap memberi kesenangan, tetapi sebaliknya yang berlaku.[1] Leha (Fazliyaton) yang merupakan isteri Jamal dan Atan (Ebby Saiful) sebagai anak telah menimbulkan pelbagai masalah kepada Jamal.[1][3]

Pelakon sunting

Lagu sunting

  1. Intan - P. Ramlee
  • Ciptaan dan gubahan - P. Ramlee.
  • Muzik iringan - Orkes Ben Puteh hasil pimpinan P. Ramlee.

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d Filem-Filem P. Ramlee. Kerajaan Negeri Sarawak. 2008. m/s. 351. ISBN 978-983-43591-0-2. |first1= missing |last1= (bantuan); |first2= missing |last2= (bantuan); |editor1-first= missing |editor1-last= (bantuan)
  2. ^ Filem-Filem P. Ramlee. Kerajaan Negeri Sarawak. 2008. m/s. 352. ISBN 978-983-43591-0-2. |first1= missing |last1= (bantuan); |first2= missing |last2= (bantuan); |editor1-first= missing |editor1-last= (bantuan)
  3. ^ "Intan (1973), Abdullah Hussain". 4 Januari 2009. Missing or empty |url= (bantuan); |access-date= requires |url= (bantuan)