Intan Sarafina

Ungku Intan Sarafina binti Ungku Yahya (lahir 2 Julai 1981) merupakan seorang penyanyi wanita Malaysia.[1] Intan pernah popular dengan lagu Kembali dan Duhai Malam, di mana kedua-dua lagu ini layak ke separuh akhir Muzik-Muzik 2000 dan 2002. Intan juga pernah menyertai program One in a Million musim kedua tetapi tersingkir di peringkat awal pertandingan.

Intan Sarafina
Intan Sarafina.jpg
Latar belakang
Nama lahirUngku Intan Sarafina binti Ungku Yahya
Kelahiran (1981-07-02) 2 Julai 1981 (umur 40)
Stulang Darat, Johor, Malaysia
GenrePop, Balada
PekerjaanPenyanyi, pelakon
Tahun aktif2000-2009, 2016-kini

One in a Million 2Sunting

Pada Disember 2007, Intan telah menyertai satu program realiti TV terbitan 8tv yang menawarkan hadiah lumayan sebanyak RM 1 juta kepada pemenangnya, iaitu One in a Million musim kedua dimana pertandingan ini menyaksikan penyanyi professional dan bakat baharu beradu suara setiap minggu bagi merebut hadiah lumayan tersebut. Namun rezeki tidak berpihak kepada beliau apabila telah tersingkir di konsert Top 8 sekaligus memusnahkan impiannya ketika itu untuk bergelar jutawan. Berikut adalah persembahan beliau;

Konsert Tema Lagu Ked.
Top 20 - "If I Ain't Got You" nyanyian Alicia Keys Top 12
Top 12 Pop "Sampai Menutup Mata" nyanyian Acha Septriasa Selamat
Top 10 Idola "Pilihlah Aku" nyanyian Krisdayanti Selamat
Top 9 Rock "Wake Up Call" nyanyian Maroon 5 Selamat
Top 8 R&B "Semusim" nyanyian Marcell Tersingkir

Gegar Vaganza 3Sunting

Berikutan komitmen rumah tangga, Intan menghilangkan diri dari industri hiburan selama 8 tahun. Intan akhirnya kembali muncul di persada seni pada Oktober 2016 setelah terpilih sebagai salah seorang peserta Gegar Vaganza (musim 3).[2] Bermula sebagai peserta underdog, Intan seringkali menjadi peserta terakhir dipanggil untuk layak ke minggu seterusnya, memberikan gambaran bahawa kedudukannya agak goyah di permulaan musim. Namun, Intan terus bertahan dan berjaya menunjukkan peningkatan ketara saban minggu. Bebas dari sebarang kontroversi dan drama, Intan meloloskan diri dari satu minggu ke minggu yang lain dengan menunjukkan prestasi yang konsisten. Buktinya, Intan hanya pernah menduduki kedudukan tiga terbawah sekali sepanjang musim. Intan akhirnya berjaya layak ke pusingan akhir dan menamatkan cabaran di tempat kelima.[3] Berikut persembahan beliau didalam Gegar Vaganza musim ketiga:

Konsert Tema Lagu Ked.
Minggu 1 Kembali Menyengat "Kembali" nyanyian Intan Sarafina Ke-7
Minggu 2 Memori Berkasih "Pudar" nyanyian Rossa Ke-9
Minggu 3 Ada Bran? "Penantian" nyanyian Black Rose Ke-7
Minggu 4 Duet Vaganza "Aku Yang Tersakiti" nyanyian Judika (duet bersama Fazli Zainal) Ke-4
Minggu 5 Hits Vaganza "Jika Kau Rasa Getarnya" nyanyian Slam Ke-4
Minggu 6 Rock+dut Vaganza "Selamat Jalan Romeo" nyanyian Ramlah Ram Ke-6
Minggu 7 Separuh Akhir "Siapa Sangka Siapa Menduga" nyanyian Liza Hanim Ke-4
"Pulangkan" nyanyian Misha Omar (duet bersama Ezad)
Minggu Akhir Medley & Battle "Sedetik Lebih" nyanyian Anuar Zain / "Kemelut Di Muara Kasih" nyanyian Ziana Zain Ke-5
"Duhai Malam" nyanyian Intan Sarafina / "Sampai Hati" nyanyian Spring (Battle dengan Ameng)

DiskografiSunting

Album studioSunting

Album EPSunting

SingleSunting

  • Kembali
  • Selamanya
  • Duhai Malam
  • Janji Seorang Kekasih
  • Suratan Buatmu
  • Rayuan Mata Buaya
  • Jawapan Oh Ya Ya

FilemografiSunting

FilemSunting

Tahun Judul Peranan Nota
2003 Janji Diana Zetty Filem pertama.

TelevisyenSunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Nota
2007-2008 One in a Million (Musim 2) Peserta 8tv Tersingkir di konsert Top 8.
2016 Gegar Vaganza (musim 3) Peserta Astro Prima Pemenang Tempat Kelima.

PencapaianSunting

  • Naib Juara Pesta Lagu Kanak-kanak Asia di Tokyo
  • Artis Baru Popular ABP 2000
  • Artis Baru Terbaik AIM ke-8 (pencalonan)
  • Tempat Ke-5 Gegar Vaganza Musim Ketiga 2016

RujukanSunting

  1. ^ Zaidi Mohamad (25 Julai 2018). Intan Sarafina belum mengaku kalah Berita Harian. Dicapai pada 18 Oktober 2018.
  2. ^ Syarrizuan Abdul Rashid (6 Disember 2018). GV3 landasan kemunculan semula Intan Sarafina Berita Harian. Dicapai pada 16 Disember 2018.
  3. ^ Sudirman Mohd Tahir (21 Julai 2017). Intan nekad tak menghilang lagi Harian Metro. Dicapai pada 18 Oktober 2018.

Pautan luarSunting