Pembunuhan Intan Yusniza

(Dilencongkan dari Intan Yusniza Mohd Yunus)

Intan Yusniza Mohd Yunus merupakan seorang pengacara televisyen dan mangsa pembunuhan Malaysia yang kesnya mendapat perhatian seluruh negara.[1][2][3][4] Beliau ialah pengacara rancangan Kelab Kanak-Kanak Angkasapuri terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM). Pada Jun 1991, beliau bersama ibu angkatnya Haniza Ismail mati dibunuh di rumah panjang seri budiman (nep highway) Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur antara jam 9.30 malam 22 Jun dan 7.42 pagi 24 Jun. Suspek utama kes ini, Zainuzzaman Mohd Jasadi disabitkan atas kesalahan membunuhnya dan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati pada 2001.[5]

Pendakwaan dan perbicaraan sunting

Pada 12 Julai 1991 iaitu selepas 18 hari mayat Intan Yusniza dan ibu angkatnya ditemui, seorang penganggur, Zainuzzaman Mohd Jasadi yang berusia 24 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur.[6]

Tertuduh tiba di mahkamah pada jam 9 pagi dengan diiringi anggota polis manakala tiada saudara-mara tertuduh yang hadir di mahkamah. Sidang mahkamah 29 Oktober 1991 diberitahu saksi pendakwa yang tertuduh mengaku kepada polis yang dia membunuh kedua-dua beranak itu. Pengakuan itu dibuat di Balai Polis Brickfields ketika disoal siasat kira-kira jam 12.30 tengah hari, 2 Julai 1991. Tertuduh juga dikatakan bersetuju menunjukkan tempat beliau menyembunyikan senjata yang digunakan dalam kejadian itu lalu membawa polis ke rumahnya di Jalan Kuchai Lama. Tertuduh kemudian membawa polis ke sebuah bilik belakang rumah itu lalu menunjukkan sebatang besi paip di bawah almari serta sehelai baju T biru yang dipakai ketika dia melakukan pembunuhan itu.[6]

Pada 17 Ogos 1992, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akhirnya mendapati tertuduh bersalah membunuh Intan Yusniza lalu dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. Keputusan gantung sampai mati itu menyebabkan tertuduh membuat rayuan tetapi Mahkamah Persekutuan pada 29 September 1997 menolak rayuan itu sekali gus mengekalkan hukuman mati terhadapnya. Dengan penolakan rayuan itu, Zainuzzaman dijatuhkan hukuman gantung sampai mati di Penjara Kajang pada 5 Oktober 2001.[6]

Rujukan sunting

  1. ^ "Intan Yusniza dan ibu mati dibunuh", Berita Harian, 11 Jun 1991.
  2. ^ "Pengacara Kelab Kanak-Kanak Angkasapuri mati dibunuh", Utusan Malaysia, 24 Jun 1991.
  3. ^ "TV host murdered to death", New Straits Times, 24 June 1991.
  4. ^ "TV host Intan Yusniza killed to death", The Star (Malaysia), 24 June 1991.
  5. ^ "Intan Yusniza Mohd Yunus (1979–1991): Dalam Kenangan". 9 Oktober 2010. Dicapai pada 3 Februari 2014.
  6. ^ a b c "Pengacara TV dibunuh bersama ibu". Harian Metro. 25 Jun 1991. Dicapai pada 3 Februari 2014.