Inteam Records

syarikat rakaman Malaysia

Inteam Records ialah sebuah syarikat rakaman dan penerbitan album yang ditubuhkan oleh kumpulan nasyid terkenal Malaysia, Inteam pada tahun 2004 ketika mereka meniti hari-hari terakhir sebagai artis Hijjaz Records sebelum tamat kontrak pada 31 Disember 2004. Syarikat yang pada awalnya diberi nama In-Team Edutainment kini bertempat di Bandar Sri Damansara, Kuala Lumpur.

Inteam Records
Diasaskan2004 (dengan nama In-Team Edutainment)
PengasasInteam
StatusAktif
Label edaranInteam Records (2005-kini)
EMI Music Malaysia (2005-2007)
Warner Music Malaysia (2008-2014)
Sony Music Malaysia (2015-2019)
Universal Music Malaysia (2020-kini)
GenreNasyid
Negara asal Malaysia
LokasiBandar Sri Damansara, Kuala Lumpur Kuala Lumpur
Tapak web rasmiwww.inteam.my

Selain menerbit dan mengedarkan album artis-artis nasyid tempatan, Inteam Records juga merupakan pengedar sah album artis-artis di bawah naungan label nasyid antarabangsa, Awakening Records, termasuk Maher Zain, Sami Yusuf, Mesut Kurtis, Irfan Makki dan juga Humood Al-Khuder.

Sejarah Penubuhan sunting

Inteam Records Sdn. Bhd. telah ditubuhkan pada tahun 2004 dengan nama In-Team Edutainment. Perusahaan ini diasaskan oleh kumpulan Inteam (ketika itu masih menggunakan nama In-Team) yang dianggotai oleh Syah, Hazamin, Abdul Rahim dan Suhaimi yang bertujuan untuk menguruskan persembahan-persembahan Inteam dengan usaha mereka sendiri memandangkan kontrak mereka bersama Hijjaz Records akan tamat pada 31 Disember 2004. Namun begitu, Suhaimi telah meninggalkan kumpulan ini untuk kembali bernaung di bawah label Hijjaz Records. Ketiadaan Suhaimi tidak melemahkan semangat mereka, malah mereka terus mengorak langkah dengan menjadikan sifu mereka, Hijjaz sebagai inspirasi untuk mereka membina empayar dan impian mereka sendiri.

Pada awal penubuhannya, mereka menggunakan salah satu bilik di rumah sewa Hazamin untuk dijadikan pejabat mereka memandangkan Hazamin sudah berkeluarga pada ketika itu. Setelah beberapa tahun menjadikan bilik di rumah Hazamin sebagai pejabat pertama mereka, mereka kemudiannya berpindah ke beberapa tempat, antaranya Batu Caves, Selangor dan terkini di Bandar Sri Damansara, Kuala Lumpur hasil dari usaha keras mereka sepanjang 15 tahun mengusahakan syarikat. Kini, Inteam Records diperluas lagi dengan adanya Inteam Marketing, Inteam Publishing dan juga Inteam Digital.

Artis Rakaman sunting

  • Mateen Yaaqub
  • Ustazah Sofizah Mousin
  • Zakiuddin Hanafi
  • Ustaz Khairul Anuar Basri

Syarikat Subsidiari sunting