Intel 8088 adalah mikropemproses berasaskan Intel 8086 dengan 16-bit pendaftar dan 8-bit bas data luaran. Pemproses ini telah digunakan dalam PC IBM yang asal.

Mikropemproses Intel 8088

8088 adalah disasarkan untuk sistem ekonomikal yang lebih baik dengan membolehkan penggunaan rekabentuk 8-bit. Papan-papan litar dengan saiz lebar bas yang besar adalah agak mahal ketika ia diperkenalkan. Prefetch (pengambilan awal) barisan 8088 adalah 4 bait berbanding Intel 8086 iaitu 6 bait. Jenis-jenis 8088 termasuklah mikropengawal 80188, 80288 (usang) dan 80388 yang masih digunakan pada hari ini.

Mikrokomputer yang paling berpengaruh menggunakan 8088 setakat ini adalah PC IBM. Pemproses PC yang asal beroperasi pada frekuensi jam 4.77 MHz.

Ternyata jurutera-jurutera IBM sendiri mahu menggunakan Motorola 68000 dan ia telah digunakan dalam IBM Instruments 9000 Laboratory Computer yang kemudiannya dilupakan. Namun begitu, IBM telah mendapat hak untuk mengeluarkan keluarga Intel 8086 dengan pertukaran hak pengeluaran kepada Intel untuk reka bentuk ingatan gelembungnya.

Satu faktor yang mendorong penggunaan versi Intel 8088 8-bit adalah ia boleh menggunakan komponen-komponen jenis Intel 8085 yang telah wujud dan membolehkan komputer berasaskan kepada rekabentuk 8085 yang diubahsuai.

Komponen-komponen 68000 tidak wujud dengan meluasnya pada masa tersebut. Walau bagaimanapun, ia boleh menggunakan komponen-komponen Motorola 6800 untuk satu peringkat. Ingatan gelembung Intel ada di pasaran untuk seketika tetapi Intel terpaksa meninggalkan pasaran tersebut kerana mendapat persaingan yang hebat dari perbadanan Jepun yang boleh mengurangkan kos. Maka Intel melepaskan pasaran memori untuk menumpukan kepada pemproses.

Cip penggantian sesuai, V20, adalah dihasilkan oleh NEC untuk pembaikan lebih kurang 20 peratus dalam pengiraan kuasa.