Buka menu utama

Internet Assigned Numbers Authority

Internet Assigned Numbers Authority (IANA, terjemahannya "Penguatkuasa Nombor Teruntuk Internet") ialah lembaga yang menyelia secara sejagat peruntukan alamat IP, peruntukan angka sistem berautonomi, pengurusan zon akar dalam Sistem Nama Domain (DNS), jenis-jenis media, dan simbol serta angka lain yang berkaitan dengan Protokol Internet. IANA ialah jabatan yang dikendalikan oleh Internet Corporation for Assigned Names and Numbers, turut dikenali sebagai ICANN.[1]

IANA
IANA Logo
Ibu pejabatMarina del Rey, California
Penubuhan
PengasasKerajaan Amerika Syarikat
Identiti
Orang pentingElise Gerich
FokusMengurus zon-zon akar DNS
Laman sesawangIANA.org
sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Sebelum tertubuhnya ICANN demi tujuan ini, IANA diseliakan oleh Jon Postel di Institut Sains Maklumat (ISI) Universiti California Selatan (USC), di bawah kontrak antara USC/ISI dengan Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat, sehinggalah ICANN ditubuhkan bagi memikul tanggungjawab ini di bawah kontrak Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat.

RujukanSunting

  1. ^ "About IANA - Introduction to IANA". Dicapai 17 December 2011.