IRC (Internet Relay Chat, harfiah Sembang Trimantar Internet) ialah sebuah bentuk protokol sembang maya di Internet yang mana penghuninya boleh berbual dengan menaip pada papan kekunci secara masa nyata. IRC mendapat sambutan pada suatu ketika dahulu. Ia direka untuk komunikasi kumpulan dalam forum perbincangan, dipanggil saluran.[1] Pada hari ini, pelbagai khidmat pemesejan segera yang merupakan pilihan kepada IRC lebih diminati oleh pengguna baru.

Terdapat beribu-ribu saluran IRC yang meliputi pelbagai tajuk. Seseorang itu dapat menyertai kumpulan perbincangan di salah satu daripada ribuan saluran IRC, di salah satu daripada ratusan jaringan IRC, atau sekadar berbual secara peribadi bersama keluarga atau kawan, di mana saja mereka berada. Terdapat pelbagai ragam dan minat manusia, idea, dan isu di dalam IRC.

Pelanggan IRC sunting

Untuk menyertai IRC, seseorang perlu menggunakan atur cara pelanggan IRC. Kesemua pelanggan adalah bersambung antara satu sama lain dan menghantar mesej dari pengguna kepada pengguna yang lain di dalam jaringan IRC. Antara pelanggan IRC yang paling popular dalam Windows ialah mIRC.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "One-to-many". p. 11. sec. 3.2. doi:10.17487/RFC1459. RFC 1459. Missing or empty |title= (bantuan)

Pautan luar sunting