Interpol (kugiran)

Interpol ialah sebuah kugiran muzik genre rock dari Amerika Syarikat. Ia ditubuhkan di Manhattan, New York[2] pada 1997[3] oleh Paul Banks (vokal, gitar irama), Daniel Kessler (gitar utama, vokal), Carlos Dengler (gitar bes, keyboard) dan Greg Drudy (dram, perkusi; hingga 2010).

Interpol
Kessler (kiri), Banks dan Fogarino semasa persembahan tahun 2015. From.
Latar belakang
Berasal dariManhattan, New York, United States
Genre
Tahun aktif1997–present
Syarikat rakaman
Laman sesawang
interpolnyc.com
Ahli
Bekas ahli

Kugiran ini merupakan antara kugiran muzik rock indie pasca-punk tersohor yang muncul pada tahun 2000-an. Muzik yang digubah dengan bunyi staccato berbilang dan harmonik yang tersendiri dilihat hasil ilhaman kugiran post-punk terdahulu seperti Joy Division, Television dan the Chameleons.[4]

Sejarah pendirian sunting

Interpol terbentuk ketika Daniel Kessler bertemu Greg Drudy yang pada ketika ini menganggotai suatu kugiran screamo Hot Cross, di kampus Universiti New York. Kessler lalu mengajak Carlos D., seorang mantan gitaris yang ditemuinya di kelas sejarah sebagai pemain gitar bes. Susunan band ini terlengkapi setelah Kessler mengingat seorang teman lama yang ia temui di Paris. Banks dan Kessler kebetulan bertemu lagi setelah lama tidak berhubungan, dan Banks menjadi penyanyi utama.

Pada tahun 2000, Greg meninggalkan Interpol; kedudukannya diambil alih oleh Sam Fogarino, seorang pekerja toko musik berdekatan tempat kebiasaan Interpol yang dipilih Daniel sendiri.

Keanggotaan sunting

Ahli semasa sunting

Dalam kugiran
Dalam jelajah
  • Brandon Curtis – keyboard, vokal latar (2010–kini)
  • Brad Truax – gitar bes, vokal latar (2011–kini)

Bekas ahli sunting

Dalam kugiran
  • Greg Drudy – dram, perkusi (1997–2000)
  • Carlos Dengler – gitar bes, keyboard (1997–2010), vokal latar (1997–2002)
Dalam jelajah
  • Eric Altesleben – keyboard, vokal latar (2001–2003)
  • Frederic Blasco – keyboard, vokal latar (2004–2005)
  • David "Farmer Dave" Scher – keyboard, vokal latar (2007–2008)
  • David Pajo – gitar bes, vokal (2010–2011)

Diskografi sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Heward, Emily (23 Januari 2017). "Interpol announce Manchester show on Turn On The Bright Lights anniversary tour". Manchester Evening News. Dicapai pada 24 Januari 2017.
  2. ^ Liew, Ben (October 23, 2009). "Julian Plenti: Escape From Manhattan?". Juice. Dicapai pada August 22, 2018.
  3. ^ Mathieson, Craig (February 22, 2008). "Interpol's apart". The Age. Dicapai pada December 13, 2009.
  4. ^ Everly, David. "Our Love to Admire". Q, July 2007.

Pautan luar sunting