Inti merupakan dewa matahari dalam kepercayaan orang Inka; malah dilihat sebagai dewa penaung kepada empayar mereka yang pernah menduduki sebahagian utama benua Amerika Selatan. Dewa ini dipercayai kelahiran Wiraqocha yang mewakili ketamadunan[1] serta adik-beradik dengan dewi bulan, Mama Killa/Quilla.

Gambaran dewa Inti dipakai dalam rekaan bendera Peru tahun 1822. Masyarakat Inka sering menggambarkan dewa ini bermuka manusia.

Masyarakat Inka mempunyai suatu perayaan khusus memuja dewa ini yang turut menandalan permulaan musim menanam iaitu Inti Raymi[2]:109 atau "pesta matahari";[2] perayaan ini disambut apabila solstis musim sejuk jatuh di Hemisfera Selatan pada 24 Jun mengikut kalendar moden.[3]:154–155

RujukanSunting

  1. ^ Fash, William and Mary E. Lyons. (2005). The Ancient American World (The World in Ancient Times). New York: Oxford University Press
  2. ^ a b Demarest, Arthur A. (1984). Religion and Empire: The Dynamics of Aztec and Inca Expansionism. New York: Cambridge University Press.
  3. ^ D'Altroy, Terence N. (2003). The Incas. Blackwell Publishing.