Iodin-131
General
Nama, simbol radioiodin,131I
Neutron 78
Proton 53
Data nuklid
Separuh hayat 8.0197 hari
Jisim isotop 130.9061246(12) u
Tenaga lebihan 971 keV

Iodin-131 (131I, I-131) ialah suatu radioisotop iodin yang ditemui Glenn Seaborg dan John Livingood pada 1938 di Universiti California, Berkeley.[1] Iodin-131 memiliki separuh hayat selama kira-kira lapan hari. Isotop ini dikaitkan dengan tenaga nuklear, penggunaan diagnosis perubatan dan penghasilan gas asli. Iodin-131 juga merupakan bahan sampingan utama pembelahan nuklear, dan menjadi punca utama ancaman kesihatan dalam ujian-ujian senjata nuklear terbuka serta bencana-bencana nuklear Chernobyl serta Fukushima. Secara khusus, 131I ialah bahan sampingan utama hasil pembelahan nukleus atom uranium dan plutonium, yakni hampir 3% jumlah hasil pembelahan (mengikut jisim).

Iodin-131 digunakan dalam radioterapi sumber tak kedap dalam perubatan nuklear untuk merawat beberapa penyakit. Sinaran isotop juga dapat dikesan kamera gamma bagi tujuan pengimejan diagnosis, tetapi jarang diberi bagi tujuan diagnosis semata-mata, dan lazimnya disusuli dos terapi.[2] Penggunaan 131I dalam garam iodida menggunakan mekanisma resapan iodin oleh sel-sel kelenjar tiroid.

Oleh kerana iodin-131 mereput dengan cara pereputan beta, iodin-131 menyebabkan mutasi dan mematikan sel-sel yang ditembusinya termasuk sel-sel sekitar dalam beberapa milimeter keliling sel tersasar. Oleh itu, dos yang tinggi kadangkala lebih selamat berbanding dengan dos-dos kecil kerana boleh mematikan terus sel sekitar berbanding menerbitkan risiko mutasi yang mengubah sel-sel menjadi sel kanser.

Rujukan sunting

  1. ^ "UW-L Brachy Course". wikifoundry. April 2008. Dicapai pada 2014-04-11.
  2. ^ Carpi, Angelo; Mechanick, Jeffrey I. (2016). Thyroid Cancer: From Emergent Biotechnologies to Clinical Practice Guidelines. CRC Press. m/s. 148. ISBN 9781439862223.