Irfan Bakti bin Abu Salim

(Dilencongkan dari Irfan Bakti)

Irfan Bakti Bin Abu Salim atau Irfan Bakti merupakan seorang jurulatih pasukan bola sepak yang dilahirkan di negeri Perak tetapi dibesarkan di Kelantan. Beliau pernah mewakili pasukan negeri Kelantan, P.B Kelantan dan juga pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia. Kemudiannya beliau menceburi bidang kejurulatihan dan telah melatih beberapa kelab bola sepak di Malaysia, antaranya Kelantan, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Telekom Melaka serta pernah menjadi penolong jurulatih pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia. Pernah memegang jawatan selaku ketua jurulatih kelab bola sepak Indonesia iaitu "Persatuan Sepak Bola Indonesia Jayapura" atau ringkasnya, Persipura Jayapura.Selepas 2 tahun berada di kelab Persipura, beliau menjadi jurulatih bagi pasukan bola sepak negeri Terengganu bermula pada tahun 2009. Untuk musim 2014 beliau menjadi jurulatih Felda United.

Irfan Bakti
Maklumat peribadi
Nama penuh Irfan Bakti bin Abu Salim
Tarikh lahir (1951-04-01) 1 April 1951 (umur 72)
Tempat lahir Bukit Mertajam, Pulau Pinang, Malaysia
Posisi permainan Midfielder
Maklumat kelab
Kelab terkini
Kuching City F.C.
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
Perak FA 540 (760)
Pasukan diurus
1996 Malaysia Deaf national football team
1999–2000 Negeri Sembilan FA
2001–2003 Penang FA
2004–2007 TM Melaka FC
2007 Persipura Jayapura
2008 Perlis FA
2009–2011 Terengganu FA
2012–2013 Selangor FA
2013–2016 Felda United FC
2017–2019 Terengganu FA
2021 Kuching City F.C.
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik
Irfan Bakti

Kerjaya sebagai jurulatih sunting

Tahun Pasukan/Kelab Kejayaan dalam Liga Kejayaan Lain Catatan
1996 Malaysia Deaf Footall Team Pingat PERAK Acara Bolasepak Perlawanan Akhir
Sukan Orang Pekak Asia Pasifik K.L. 1996
Malaysia dikalahkan oleh Iran 1- 2
di Stadium KLFA Cheras
1999 Negeri Sembilan Tempat ke-3 Liga Perdana 1 Separuh Akhir Piala Malaysia
Separuh Akhir Piala FA
2000 Tempat Ke-6 Liga Perdana 1 Naib Juara Piala Malaysia
Suku Akhir Piala FA
2001 Pulau Pinang Juara Liga Perdana 1 Suku Akhir Piala Malaysia
Suku Akhir Piala FA
2002 Tempat Ke-4 Liga Perdana 1 Juara Piala FA
2003 Tempat ke-6 Liga Perdana 1 Juara Piala Sultan Ahmad Shah
2004 Telekom Melaka FC Naib Juara Liga Perdana
2005 Tempat ke-4 Liga Super Malaysia Suku Akhir Piala Malaysia
2005/2006 Tempat Kedua Liga Super Malaysia Separuh Akhir Piala Malaysia
2006/2007 Meninggalkan kelab pada Feb 07
untuk menyertai Persipura
2007 Persipura Jayapura, Indonesia Juara Wilayah Timur Divisyen Satu Liga Indonesia 2007
2008 Perlis FA Tempat ke-7 Liga Super Pusingan Pertama Piala FA & suku akhir Piala Malaysia[1]
2009 Terengganu Tempat ke-2 Liga Super Separuh Akhir Piala FA & Separuh Akhir Piala Malaysia
2010 Tempat Ketiga Liga Super Malaysia 2011 Separuh Akhir Piala FA & Suku Akhir Piala Malaysia
2011 Naib Juara Liga Super Malaysia Juara Piala FA
Naib Juara Piala Malaysia
Meninggalkan Terengganu berikutan kontrak tamat selepas Piala Malaysia
2012 Selangor Menyertai Selangor berikutan tamat kontrak dengan pasukan lama dan keinginan beliau membimbing Selangor[2]

Catatan:
Mulai musim 2004 Liga tertinggi di Malaysia telah ditukar nama dari Liga Perdana 1 kepada liga Super.
Manakala liga tahap kedua iaitu Liga Perdana 2 menjadi Liga Perdana sahaja.

Isu dan kontroversi sunting

Kritikan Shebby terhadap Irfan sunting

Pada 14 Februari 2007, Irfan dikritik oleh Shebby mengenai corak latihan bekas jurulatih Telekom Melaka(TMFC), Irfan Bakti Abu Salim yang kononnya banyak kelemahan daripada aspek fizikal, mental dan corak permainan menyebabkan beliau dilabel jurulatih ketinggalan zaman. Akan tetapi ramai yang kurang senang dengan kritikan tersebut memandangkan Telekom Melaka menduduki tempat kedua liga Super pada sessi 2005/2006.[3] Akhirnya, terkilan dan berasa jauh hati dengan perkara tersebut, beliau membuat keputusan untuk meletakkan jawatan di dalam TMFC.[4]

Rujukan sunting

  1. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-08-14. Dicapai pada 2011-10-31.
  2. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-01-04. Dicapai pada 2012-04-29.
  3. ^ "Tiada pengecualian buat Shebby", Utusan Online, 14 Februari 2007.
  4. ^ "Label ketinggalan zaman tidak jejas karier Irfan", Harian Metro, 21 Februari 2007.[pautan mati kekal]