Hj. Iriana (juga dikenali sebagai Hj. Iriana Jokowi atau Bu Jokowi di kalangan masyarakat Indonesia, lahir 1 Oktober 1963) ialah Wanita Pertama Indonesia sejak 20 Oktober 2014 dan isteri Presiden Indonesia kini, Joko Widodo.

Hj.

Iriana Joko Widodo
Wanita Pertama Indonesia
Memegang jawatan
20 Oktober 2014
PresidenJoko Widodo
Didahului olehKristiani Herrawati
Butiran peribadi
Lahir (1963-10-01) 1 Oktober 1963 (umur 60)
Surakarta, Jawa Tengah, Indonesia
KerakyatanIndonesia
PasanganJoko Widodo
Anak-anakGibran Rakabuming (lelaki)
Kahiyang Ayu (perempuan)
Kaesang Pangarep (lelaki)

Kerjaya sunting

Semasa suaminya, Ir. H. Joko Widodo (Jokowi), memegang jawatan sebagai Gabenor Jakarta, Iriana dilantik sebagai ketua pertubuhan Pembinaan Kesejahteraan Keluarga (PKK), sebuah gerakan wanita nasional di Indonesia. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Ketua PKK di Surakarta dari tahun 2005 hingga 2012 ketika suaminya ialah Walikota Surakarta.[1]

Keluarga sunting

Iriana berkahwin dengan Jokowi di Solo, Jawa Tengah pada 24 Disember 1986. Mereka mempunyai tiga orang anak; Gibran Rakabuming Raka (lelaki, lahir 1 Oktober 1987), Kahiyang Ayu (wanita, lahir 1992), dan Kaesang Pangarep (lelaki, lahir 25 Disember 1994).[2]

Jawatan politik sunting

  • Pengerusi Pasukan Pergerakan PKK Kota Surakarta (2005—2012)
  • Pengerusi Pasukan Pergerakan PKK Provinsi DKI Jakarta (2012—2014)[3]
  • Ibu Negara Indonesia (2014—kini)

Rujukan sunting

  1. ^ "First Lady: I Want To Be My Self" (dalam bahasa Inggeris). The Jakarta Post. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-10-23. Dicapai pada 20 Oktober 2014.
  2. ^ "First Family Stays Cool, Won't Parade Wealth" (dalam bahasa Inggeris). The Jakarta Post. Dicapai pada 20 Oktober 2014.
  3. ^ Istri Jokowi dilantik jadi Ketua Penggerak PKK Okezone. (dalam bahasa Bahasa Indonesia)

Pautan luar sunting

Gelaran Kehormat
Didahului oleh
Kristiani Herrawati
Wanita Pertama Indonesia
20 Oktober 2014 – kini
Diikuti oleh:
Penyandang terkini