Puan Irma Pince adalah watak rekaan yang menjadi Pustakawan Sekolah Sihir Hogwarts dalam siri Harry Potter. Dalam filem, watak ini dilakonkan oleh Sally Mortemore dalam Harry Potter and the Chamber of Secrets. Dalam buku, dia digambarkan seperti "burung hering yang kurang makan" yang sangat tegas dan menjaga buku-buku yang dikelolanya dan berusaha "melindungi" buku-bukunya daripada para pelajar dengan memberikan mantera-mantera aneh kepada buku-buku itu.

Watak Harry Potter
Irma Pince
Jantina Perempuan
Sekutu Hogwarts
Dilakonkan oleh Sally Mortemore
Kemunculan pertama Harry Potter and the Philosopher's Stone

Templat:Spoiler Ketika Harry, Ron, dan Hermione cuba mencari maklumat tentang Nicolas Flamel dalam Harry Potter dengan Batu Hikmat, Puan Pince amat agresif. Dia kemudiannya terpaksa juga mengizinkan mereka memasuki Kawasan Terlarang di perpustakaan dalam Harry Potter dan Bilik Rahsia, kerana mereka mempunyai surat kebenaran yang ditandatangani Gilderoy Lockhart. Dalam Harry Potter dalam Kumpulan Phoenix, Pince mengusir Harry dan Ginny dari perpustakaan kerana membawa masuk coklat.

Dalam buku Quidditch dari Masa ke Masa, Puan Pince disebutkan dalam kata aluan oleh Albus Dumbledore. Dia dinyatakan sangat enggan membiarkan salah satu buku yang dalam jagaannya diterbitkan kepada Muggle, sehingga Dumbledore harus "berusaha keras melepaskan cengkeraman jarinya dari punggung buku itu". Puan Pince sendiri memberikan peringatan dalam buku itu, mengancam bahawa sesiapa yang membiarkan sebarang kerosakan berlaku terhadap buku itu, dia akan menerima "akibat yang mengerikan seboleh yang dapat saya lakukan".

Puan Pince tampil beberapa kali di filem kedua, tetapi tidak mempunyai dialog, walaupun berkemungkinan bahagian dia bersuara itu ada tetapi dipotong kemudiannya.

Dalam buku keenam, ketika Harry dan Hermione berada di perpustakaan, Puan Pince mengusir mereka keluar, setelah melihat buku teks Harry yang diconteng. Harry berfikir bahawa mungkin Pince terganggu akibat mendengar percakapannya dengan Hermione yang berkemungkinan Pince memiliki hubungan dengan penjaga Hogwarts, Argus Filch. Sangat menghairankan bahawa mungkin Harry benar dalam hal ini—Filch dan Pince terlihat berdua-duaan ketika menghadiri pengkebumian Dumbledore pada akhir buku.

"Pince" adalah perkataan Perancis untuk "mencubit" ("pinch" dalam bahasa Inggeris).


Lihat juga sunting


Pautan luar sunting