Orang Iranun

kaum yang berasal daripada Lanao Selatan di pulau Mindanao
(Dilencongkan dari Irranun)

Orang Iranun atau Illanun ialah nama satu suku kaum yang dikategorikan sebagai penduduk bumiputera Sabah. perkataan ranun dari segi istilah bermaksud simpati,kasih dan cinta.[2]Iranun bermaksud berkasih-kasihan. Berkasih-kasihan ini bermaksud wujudnya sistem hubungan sosial yang amat erat, yang terikat oleh tali persaudaraan yang amat intim, yang berlandaskan sistem kerjasama dan gotong-royong.Walaupun begitu,suku irranun ini mempnyai sifat yang amat penyabar tetapi apabila kesabaran mereka sampai ke tahap maksimum,suku irranun juga boleh menjadi pemarah.Menurut kajian,sifat pemarah ini hanya keluar jika mereka di cabar atau suku mereka di perkecilkan.Selain itu suku irranun ini adalah suku yang amat terkenal dengan kebolehan mereka di lautan,menurut cerita suku irranun ini pernah menjadi musuh utama syarikat borneo utara yang pernah menjajah negeri sabah kerana kebanyakan kapal pedagang yang singgah di sabah akan dirompak oleh suku irranun,sehinggakan mereka kebanyakan nya di gelar 'datu' atas keberanian mereka itu dan mereka mampu menumpaskan kapal-kapal dagang yang lengkap bersenjata meriam dan senapang sedangkan mereka hanya bersenjatakan parang dan ilmu yang penuh di dada.Rompakan ini bukanlah untuk rompakan semata-mata,tetapi adalah untuk merampas kembali hak mereka yang telah di rampas oleh orang-orang barat.Suku irranun ini juga amat terkenal dengan ilmu-ilmu yang amat hebat dalam mempertahankan diri dan memperthankan hak mereka.Ilmu balan-balan juga di percayai berasal dari suku kaum yang berasal dari mindanau ini.

Iranun
Ilustrasi abad ke-19 tentang lanun Iranun.
Kawasan ramai penduduk
 Filipina 333,454 (2020)[1]
(Bangsamoro, Soccsksargen, Mindanao Utara, Semenanjung Zamboanga, Manila, Cebu)
 Malaysia 20,000–30,000 (2006)
(Sabah)
Bahasa
Asli
Iranun
Juga
Filipina • Maguindanaon  • Maranao • Bahasa Inggeris (Iranian Filipina)
 • Bahasa Melayu Sabah (Iranun Malaysia)
Agama
Islam Sunni
Kumpulan etnik berkaitan
Maranao, Maguindanaon,
Sama-Bajau, Orang Moro lain, Orang Austronesia lain

Disebabkan mereka merupakan pelayar yang cekap, tempat tinggal masyarakat Iranun banyak tertumpu di kawasan tepi pantai. Namun ada juga yang terletak di bahagian dalam daerah. Masyarakat Iranun ini banyak menetap di daerah Kota Belud, seperti di kampung Pantai Emas, Kaguraan, Kota Peladok, Tamau,Marabau, Payas-Payas, Marampayan, Kota Bongan, dan lain-lain. Selain itu, masyarakat Iranun juga tinggal di kampung-kampung di Lahad Datu, Kudat dan Kota Kinabalu. Jumlah mereka pada 2023 dianggarkan seramai 33 000 orang. Di luar Malaysia, masyarakat Iranun juga berjumlah 250 000 orang di Kepulauan Sulu dan Mindanao, Filipina pada tahun 1981.

Masyarakat Iranun mempunyai dialek atau bahasa yang tersendiri dikenali sebagai basa Iranun. Bahasa Iranun ini digolongkan dalam kumpulan bahasa Hesperonesia, iaitu salah satu kumpulan keluarga bahasa Austronesia (Encyclopedia of World Culture, 1993: 101). Sesuatu yang menarik tentang bahasa ini ialah wujudnya kelainan di antara satu kawasan dengan kawasan yang lain. Contohnya dialek Kaguraan dan dialek Marampayan yang memperlihatkan beberapa perbezaan. Perkara yang serupa dikesan pada dialek Iranun yang dituturkan di Tungku, Lahad Datu di pantai timur Sabah dengan dialek Iranun di pantai barat Sabah (Datu Bandira Datu Alang, 1992: 73-4). Walaupun terdapat perbezaan di antara dialek tersebut, tetapi faktor ini bukanlah penghalang untuk mereka berinteraksi. Dalam hal lain, tahap saling memahami di antara dialek tersebut masih tinggi. Hal ini membolehkan mereka berinteraksi dengan baik. Bahasa Iranun Marampayan dianggap sebagai bahasa Iranun baku dan digunakan oleh kebanyakan penutur bahasa Iranun di Sabah. Kebanyakan penutur bahasa Iranun juga menguasai bahasa sukuan yang lain dan juga bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Namun demikian, tidak dinafikan bahawa terdapat juga golongan Iranun yang tidak tahu bertutur dalam bahasa Melayu, tetapi bilangan golongan ini cuma sedikit sahaja.

Di Sabah, bahasa Melayu merupakan bahasa komunikasi antara kaum. Bahasa Iranun pula merupakan bahasa ibunda bagi masyarakat Iranun. Dalam kehidupan seharian masyarakat Iranun pada masa kini secara khususnya, kedua-dua bahasa ini mempunyai hubungan dari segi pengaruh. Perhubungan antara bahasa Melayu dengan bahasa Iranun di Sabah ini memperlihatkan pengaruh yang kuat daripada bahasa yang dominan kepada bahasa yang bukan dominan, yakni bahasa sukuan. Hal ini bermakna bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan Malaysia sudah pasti mempunyai pengaruh yang kuat terhadap bahasa-bahasa sukuan lain yang bukan dominan termasuklah bahasa Iranun.

Perkataan lanun dianggap berasal dari nama suku kaum ini.

  1. ^ "Ethnicity in the Philippines (2020 Census of Population and Housing)". Philippine Statistics Authority. Dicapai pada July 4, 2023.
  2. ^ Ibrahim, Ismail (2018). Jejak Warisan Borneo. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah. m/s. 4. ISBN 978-967-0521-77-0.