Irwan Fadzli Idrus (lahir pada 2 Jun, 1981) merupakan pemain bola sepak Malaysia yang bermain sebagai pertahanan bersama PLUS FC di Liga Malaysia.

Irwan Fadzli Idrus
Maklumat peribadi
Nama penuhIrwan Fadzli Bin Idrus
Tarikh lahir (1981-06-02) 2 Jun 1981 (umur 38)
Tempat lahirKulim, Malaysia
Posisi permainanPertahanan
Maklumat kelab
Kelab terkiniKuala Lumpur PLUS FC
Kerjaya senior*
TahunPasukanKmncln(Gol)
2000-2003
2004-2007
2007-2008
2009-
Kedah Kedah
Pahang Pahang
Malaysia UPB-MyTeam
Kuala Lumpur PLUS FC
00 (3)
00 (4)
00 (1)
Pasukan kebangsaan
2001-2004
2001-
Malaysia Malaysia B-23
Malaysia Malaysia
15 (1)
25 (1)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja .

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga 23 Oktober, 2008

Irwan pernah beraksi bersama Kedah, Pahang, dan UPB My-Team dan lebih banyak memcipta kejayaan bersama Pahang. Dia membantu Pahang memenangi edisi pertama Liga Super Malaysia pada 2004 dan Piala FA Malaysia pada tahun 2006.

Irwan juga merupakan pemain kebangsaan Malaysia. Dia merupakan tonggak pada Piala Tiger 2002 dan Kejohanan Bola Sepak ASEAN 2007. Satu-satunya gol Irwan di peringkat antarabangsa ialah ketika perlawanan kelayakan Piala Dunia 2002 menentang Palestin dimana Malaysia menang dengan jaringan 4-3.