Mohd Irwan Serigar bin Abdullah

(Dilencongkan dari Irwan Serigar Abdullah)

Tan Sri Dr. Mohd. Irwan Serigar bin Abdullah (lahir 7 Mac 1957) berkhidmat sebagai Ketua Setiausaha Perbendaharaan di Kementerian Kewangan Malaysia sejak 2011. Ramai mengenalinya sebagai Pengerusi Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC) dan pengasas merangkap penaung kepada Pergerakan Keusahawanan Global (GEM), sebuah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang menjadi platform perangkaian dalam kalangan usahawan.[1][2]


Mohd Irwan Serigar Abdullah
Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan Malaysia
Dalam jawatan
2011 – 14 Mei 2018
Digantikan olehDatuk Seri Dr. Ismail Hj Bakar
Butiran peribadi
Lahir (1957-03-07) 7 Mac 1957 (umur 67)
Kota Bharu, Kelantan, Persekutuan Tanah Melayu
KediamanPutrajaya, WP, Malaysia
Alma materUniversiti Malaya,
Universiti Pennsylvania,
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Laman web rasmiwww.treasury.gov.my/index.php/profil-kementerian/ketua-setiausaha-perbendaharaan.html

Mohd Irwan Serigar telah menerima pelbagai anugerah dan darjah kebesaran pada peringkat kebangsaan dan negeri termasuk Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia Peringkat Kedua, Panglima Setia Mahkota (P.S.M.) yang membawa gelaran Tan Sri; Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Peringkat Pertama, Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (S.S.A.P.), dan Darjah Dato’ Paduka Setia Mahkota Kelantan (D.P.S.K.)

Selain itu, Mohd. Irwan Serigar juga memegang portfolio Ketua Setiausaha Perbendaharaan di Bank Negara Malaysia dan Pengarah Eksekutif di Universiti Putra Malaysia (UPM), Institut Strategik dan Pengajian Antarabangsa (ISIS) Malaysia serta Pendinginan Megajana Sdn. Bhd. Sebelum itu beliau pernah ditugaskan sebagai Timbalan Setiausaha Rendah di Bahagian Ekonomi dan Antarabangsa di Kementerian Kewangan pada 2007 dan Setiausaha Rendah di bahagian yang sama pada 2008.

Pendidikan sunting

Mohd Irwan Serigar memperoleh Sarjana Muda dalam Pengajian Demografi (Kepujian) di Universiti Malaya, Kuala Lumpur pada tahun 1982 sebelum melanjutkan pengajian di Universiti Pennsylvania, Philadelphia, Amerika Syarikat dengan meraih Sarjana Sains Tenaga, Pengurusan dan Dasar. Pada peringkat doktor falsafah, beliau menerima ijazah kedoktoran dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di Kuala Lumpur. Beliau juga menyertai program pengurusan lanjutan anjuran Sekolah Perniagaan Harvard pada sesi Musim Bunga 2008.

Kerjaya sunting

Kerjaya awal sunting

Mohd. Irwan Serigar memulakan kerjaya dalam sektor awam di Unit Perancang Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri pada tahun 1984. Jawatan beliau pada ketika itu ialah sebagai Penolong Pengarah dari tahun 1984 hingga 1986. Kemudian beliau berkhidmat sebagai Penolong Pengarah Bahagian Industri, Unit Perancang Ekonomi dari 1986 hingga 1987. Pada 1987 hingga 1998, beliau menjadi Penolong Kanan Pengarah Bahagian Tenaga. Bermula pada 1999, beliau bertugas sebagai Penolong Pengarah Kanan Bahagian Penswastaan, Unit Perancang Ekonomi. Pada 2003 pula, beliau menyertai Bahagian Ekonomi dan Antarabangsa, Kementerian Kewangan sebagai Ketua Penolong Setiausaha. Dari tahun 2004 hingga 2006, Irwan Siregar dilantik menjadi Ketua Seksyen Ekonometrik, Bahagian Ekonomi dan Antarabangsa Kementerian Kewangan, seterusnya diangkat memegang amanah sebagai Ketua Hubungan Multi Lateral di bahagian yang sama pada 2006. Kerjaya beliau diteruskan dengan memegang peranan Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) pada 2011 dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan pada 2012.

Mohd. Irwan Siregar turut berkhidmat sebagai Pengarah Felda Global Ventures Holdings Berhad dari 29 November 2012 hingga 16 Julai 2013; Pengarah Bukan Eksekutif di Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd.; Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif di Padiberas Nasional Bhd. dari 26 Ogos 2011 hingga April 2013. Beliau juga diberi kepercayaan untuk memegang jawatan Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif di AmanahRaya-JMF Asset Management Sdn. Bhd. dan Pengurus Tabung Amanah Pelaburan Hartanah AmanahRaya sejak 29 November 2007. Selain terlibat dengan pengurusan amanah di AmanahRaya, beliau juga menjadi salah seorang pemegang amanah dalam Yayasan Ekuiti Nasional.[3]

Beliau juga merupakan setiausaha umum bendahari 1Malaysia Development Berhad (1MDB).[4]

Kerjaya semasa sunting

Pada bulan April 2016, The Wall Street Journal dan Reuters meramalkan Mohd. Irwan Siregar bakal menggantikan Zeti Akhtar Aziz sebagai Gabernor Bank Negara Malaysia (BNM).[5][6] Mohd. Irwan Siregar ialah Pengerusi dan ahli panel pelaburan di Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) sejak 24 Ogos 2012. Beliau juga menjadi ahli Kumpulan Strategi Lautan Biru (NBOS) di Unit Perancang Ekonomi, Jawatankuasa Pemandu Projek Pembelajaran Berasaskan PRO3 di Jerman-Malaysia Institut (GMI) juga Jawatankuasa Pemandu IPU Strategik dan Panel Perancangan Strategik di Kementerian Kewangan. Beliau pernah dijemput sebagai salah seorang Ketua Pegawai Eksekutif dalam Program CEO@Fakulti oleh Kementerian Pengajian Tinggi yang dihoskan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sepanjang 2015-2016.[7] Semasa era kepimpinannya di Kementerian Kewangan, Malaysia mendapat pengiktirafan dalam Laporan Daya Saing Global Forum Ekonomi Dunia 2017-2018.[8] Pada bulan Mei 2017, beliau diberi peranan menerajui TRX City dan Bandar Malaysia.[9]

Di bawah tadbir urus Mohd. Irwan Serigar sebagai Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan melaksanakan pelbagai inisiatif seperti Transformasi Nasional 2050 dan Kawal Selia Sandbox Negara.[10] Pada 8 Februari 2018, Mohd. Irwan Serigar melalui MaGIC melaksanakan satu lagi inisiatif dengan rakan-rakan kongsinya, merintis gerakan Keusahawanan Penyertaan Sosial dan Dinamik Malaysia (MasSIVE). Antara rakan kongsi MaGIC ialah Impact4Humanity, iM4U, myHarapan, Agensi Inovasi Malaysia (AIM), Yayasan Hasanah, eFM, dan ngohub.asia.[11]

Pertubuhan Jawatan Tahun (Mula Berkhidmat)
Bank Pembangunan Islam (IDB) Pengarah Eksekutif
Malaysia Airlines
Malaysian Airline System Berhad (MAS)
Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif Ogos 2015
Kumpulan Wang Persaraan (KWAP)
Pension fund (Malaysia)
Pengerusi Lembaga dan Ahli Panel Pelaburan 1 Mac 2016
Petronas
Petroliam Nasional Berhad
Pengarah November. 2012
Cyberview Sdn. Bhd (Cyberjaya) Pengerusi Lembaga 2012
Universiti Malaysia Kelantan Ahli Lembaga Pengarah
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Ahli Lembaga Pengelola

Mass Rapid Transit Corporation
(MRT Corp)

Pengarah
Khazanah Nasional Ahli Lembaga Pengarah 23 Jun 2015
1MDB Pengerusi Lembaga.[12][13] 24 Ogos 2012
Permodalan Nasional Berhad (PNB) Ahli Lembaga Pengarah
Lembaga Tabung Haji (TH) Ahli Lembaga Pengarah.[14]
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) Pengerusi
Perbadanan Insurans Deposit Malaysia - (PIDM)[15] Ahli ex-officio October 2012
Govco Holding Berhad[16] Ahli Lembaga Pengarah
Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)[16] Ahli Lembaga Pengarah

Penghormatan sunting

Mohd. Irwan Serigar ialah penerima pelbagai anugerah dan darjah kebesaran pada peringkat persekutuan, negeri dan pentadbiran termasuk di Unit Perancang Ekonomi. Anugerah yang diterima beliau termasuk Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 1989 di Unit Perancang Ekonomi, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 1989 di Jabatan Perdana Menteri, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 1996 di Unit Perancang Ekonomi, dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2005 di Kementerian Kewangan. Beliau juga pernah menerima anugerah Kertas Kerja Terbaik pada Persidangan Antarabangsa Pertama Akademi Perniagaan Gunaan Asia pada 2003.

Pengiktirafan persekutuan sunting

Pengiktirafan negeri sunting

  Kelantan

  Pahang

  Melaka

Rujukan sunting

  1. ^ "The Younger Generation Love Entrepreneurship But Lack Support, Here's What Local Startups Have To Say About It". Malaysian Digest. 17 March 2016.
  2. ^ "Malaysia tells the world's entrepreneurs: We want you". Nikkei Asian Review.
  3. ^ "Business Leaders". 4-Traders.
  4. ^ "1MDB to shut down, says Irwan Serigar". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-03. Dicapai pada 2018-03-21.
  5. ^ "WSJ: Treasury sec-gen to replace Zeti as Bank Negara governor". Malay Mail. March 12, 2016.
  6. ^ "Malaysian finance official set to be central bank governor: WSJ". Reuters. March 12, 2016.
  7. ^ "CEO's Biodata". CEO Faculty Programme.
  8. ^ {{cite web |title= A-Rating due to strong finances: Irwan Serigar |url= http://www.thesundaily.my/news/2017/09/28/rating-due-strong-finances-irwan-serigar |publisher=[[Sun Daily|The Sun Daily |date= 28 September 2017 |accessdate= }}
  9. ^ "Irwan appointed TRX and Bandar Malaysia chairman". The Star (Malaysia). 17 May 2017.
  10. ^ "Kawal Selia Sandbox Negara jamin ekosistem pikat pelaburan". BH Online. 14 February 2018.
  11. ^ "MaGIC jadi perintis gerakan MasSIVE". Utusan Online. 17 May 2017.
  12. ^ "Economist: Markets may roil if 1MDB-linked Treasury official made BNM chief". Malay Mail. March 18, 2016.
  13. ^ "Treasury Sec-Gen Irwan Serigar heads 1MDB board". The Star (Malaysia). 31 May 2016.
  14. ^ "Tan Sri Dr. Mohd Irwan Serigar Abdullah". Tabung Haji. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-02-12.
  15. ^ "Newly-appointed Secretary General of Treasury becomes board member". The Borneo Post. October 19, 2012.
  16. ^ a b "Mohd Irwan Serigar Bin Abdullah P.S.M., S.S.A.P., D.C.S.M., D.P.S.K., D.I.M.P." Bloomberg.

Pautan luar sunting

Jawatan politik
Didahului oleh
Wan Abdul Aziz Wan Abdullah
Ketua Setiausaha Perbendaharaan
2011 – kini
Pemegang jawatan kini